09/04/2026
"Alhamdulillah, selesai sudah Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Masjid Mukim Bukit Awang bagi tahun 2026.
Pihak penganjur ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua tetamu yang hadir memeriahkan majlis tersebut. Kami juga memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kekurangan dari segi layanan atau hidangan.
Terima kasih juga kepada barisan jawatankuasa dan sukarelawan yang bekerja keras di belakang tabir. Semangat gotong-royong anda adalah nadi kekuatan masjid kita.
Semoga ukhuwah kita terus erat. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin!"
Tarikh diadakan: 3/4/26 jumaat
11/03/2026
"Pecutan terakhir! Mari kita gandakan ibadah di 10 malam paling istimewa ini. Moga keberkatan menyelubungi kita sekeluarga."
07/03/2026
"Salam Nuzul Al-Quran 1447H. Semoga Al-Quran menjadi syafaat buat kita di akhirat kelak."
14/02/2026
"Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana Program Ambang Ramadan di Masjid Mukim Bukit Awang telah berlangsung dengan jayanya semalam. Terima kasih kepada semua jawatankuasa dan jemaah yang hadir memeriahkan majlis. Semoga persiapan ini menjadi pemangkin untuk kita lebih bersemangat mengimarahkan Ramadan yang bakal tiba."
24/05/2023
Kata guruku:
"Jagalah adab dgn biji tasbih ini yakni jangan buang merata terutama di lantai kerana ia menjadi wasilah (perantaraan) utk kita mengingati Allah swt"
23/05/2023
Empat perkara yang dapat menyakiti tubuh:
1)Banyak cakap
2)Banyak tidur
3)Banyak makan
4)Banyak jima'
19/05/2023
Jom sama2 kita membasahi bibir kita dgn memperbanyakkan berselawat keatas junjungan Nabi saw, khusus di hari jumaat ini...
12/05/2023
"إن أنعم عليهم فبفضله، وإن منعهم فبعدله"
Huraian: jika seseorang itu diberi kesenangan oleh Allah maka itu adalah dari kurnianya, dan jika seseorang itu berada dalam kesusahan maka itu adalah keadilan Allah swt.
Maka menjadi kewajipan diatas kita hamba, syukur apabila senang dan sabar apabila susah.
Rujukan: kitab sirajul tholibin syarah minhajul abidin, imam ngazali
13/12/2022
— قالَ عمرُ رضيَ اللَّهُ عنهُ : لا يبيعُ في سوقِنا هذا إلَّا مَن تفقَّهَ في الدِّينِ.
=Telah berkata oleh Umar R.A : tidak ada jual beli di pasar ini, melainkan orang itu mengerti dalam ugama.
Huraian: Seseorang penjual atau pembeli tidak seharusnya melakukan sesuatu perjualan atau sesuatu pembelian sehingga dia itu alim, reti,tahu atau pandai dalam bab-bab jual beli menurut ugama...Hal ini adalah utk mengelak berlakunya, riba, tipu daya dlm jual beli, dn seumpamanya lagi...
Nasihat: admin harap bagi sesiapa yg hendak berjual beli itu, disaranlah belajar dulu kaedah-kaedah, cara-cara dlm bab jual beli menurut ilmu feqah supaya kita selamat dn aman drpd berlakunya perkara-perkara yg tergelincir dari ajaran agama...
29/07/2022
"jadikanlah tahun ini lebih baik dari tahun2 sebelumnya"