Chess Puzzle

Chess Puzzle Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Chess Puzzle, Education Website, Pasir Mas.

Berkongsi skil dan rahsia untuk memenangi games dalam platform lichess.org menggunakan beberapa jurus asas dalam chess puzzle iaitu 5 prinsip, 13 taktik dan 7 konsep

Hubungi
+601132419014 ( no call, wasap only !!! )
+60134441174 ( no call, sms only !!! )

  : Siapakah 3 Chess Players From Malaysia ( title player ) Yang Menjadi Kegemaran   Untuk Dikaji Stail Permainan Mereka...
13/08/2026

: Siapakah 3 Chess Players From Malaysia ( title player ) Yang Menjadi Kegemaran Untuk Dikaji Stail Permainan Mereka ?

✍️ #1 - Ranking Number 1 = Kavin Mohan
✍️ #2 - Ranking Number 2 = Wong Yinn Long
✍️ #3 - Ranking Number 3 = Poh Yu Tian

Kenapa bukan Melayu ? Sebab gmknockout bukan jenis pilih bangsa. Diorang memang bagus dan hanya yang terbaik LAYAK untuk dikaji stail permainan mereka

Jika jiwa kita jenis s**a main stail ganas ( menyerang ), kaji jer stail permainan Poh Yu Tian. Memang dahsyat !!! Sebab awal-awal game lagi dah kasi pressure pada pihak lawan

Tapi jika jiwa kita jenis mementingkan main posisi yang mantap ( structure ), kaji jer stail permainan Wong Yinn Long. Memang s**ar pihak lawan nak menang !!! Biasanya, ia akan bawa main yang menjadi 'kekuatannya'. Siapa yang kurang mahir memang kena titik kaw-kaw punya!

Paling menarik, gmknockout dapati stail permainan Kavin Mohan 💪💪💪 Setakat ini, Wan Mohd Azmie jer yang main stail sama dengan beliau. Bezanya, beliau lebih pakar...

Jika main menyerang, ia akan pastikan sentiasa ada 'extra' pawn berbanding pihak lawan. Begitu juga bila main bertahan. Ikut mana pun, sebelum masuk fasa endgame... 'curilah' 1 'extra' pawn pakai apa jua taktik. Selebihnya... 'layan jer' kasi pressure pihak lawan... Sama ada sampai pihak lawan habis masa atau 'curi' lagi dan lagi 'extra' pawn setiap kali berpeluang

Alhamdulillah... Berbekalkan strategi permainan Kavin Mohan ( yang telah dikaji ), dapat menang 2 games terakhir tournament ini sebelum bergelar champion 🏆🥇😀

✅ Stail permainan Kavin Mohan

✍️ Round 6 - https://lichess.org/OMrerlGw/black 👈

✍️ Round 7 - https://lichess.org/dXON82sT 👈

✅ Stail permainan Wong Yinn Long

✍️ Round 5 -https://lichess.org/Kb3kih79/black #122 👈

✅ Stail permainan Poh Yu Tian

✍️ Round 2 - https://lichess.org/trRvYDVi #57 👈

✍️ Round 3 - https://lichess.org/7yVnCzPG/black #68 👈

( walaupun tinggal 1 minit lebih jer sebab problem Internet di luar jangkaan, masih mampu berbaki 16 seconds sebelum habis masa 😲 )

✅ Stail permainan GM_Knockout @ MorphyTal

✍️ Round 4 - https://lichess.org/YusUz41w #45 👈

Pada pendapat kamu, stail permainan siapa yang paling menarik 🤔 Lain player, lain stailnya. Yang penting, kamu mampu main bermacam-macam jenis stail ikut situasi semasa games 😀

Itulah kelebihan mereka yang berlatih pakai - boleh PILIH nak main stail macam mana walaupun tak reti 😅

  : Rahsia Menjadi 'Strong Player' Melalui Kelebihan Status Anak Nombor Berapa Mengikut kajian, didapati setiap chess pl...
08/08/2026

: Rahsia Menjadi 'Strong Player' Melalui Kelebihan Status Anak Nombor Berapa

Mengikut kajian, didapati setiap chess player memiliki 'kekuatan tersembunyi' sekiranya dia tahu dia anak nombor berapa dalam family. Tak wajib betul, harus salah...

✍️ #1 - Jika kamu anak sulung...

✅ Kamu kena main ikut peraturan !!!
- Belajar opening, middlegame dan endgame seperti apa yang diajar dalam buku
✅ Sebab SEKALI kamu 'keluar' daripada sistem, habis hancur games kamu
- Tak percaya, cubalah...

✍️ #2 - Jika kamu anak bongsu...

✅ Kamu jangan sesekali main ikut peraturan seperti anak sulung tapi kamu wajib main gaya bebas atau ikut s**a !!!
- Belajar opening stail sendiri, middlegame stail kamu s**a dan endgame yang kamu mahir
✅ Sebab SEKALI kamu main ikut peraturan, jiwa bebas kamu akan 'terseksa'...
- Itulah punca kamu asyik kalah memanjang walhal kamu 'strong player'

✍️ #3 - Jika kamu anak nombor 2...

✅ Kamu boleh PILIH nak main ikut peraturan atau 'langgar' peraturan, janji pilihan tersebut 'mencabar' diri kamu !!!
- Itu pasal anak nombor 2 s**a main atau sebab s**akan cabaran
✅ Nak kasi anak nombor 2 'menggila' agar 'langgar' semua 'strong players', senang jer...
- Cabar jer dia !!! Nanti tengoklah seorang demi seorang dia 'titik' kasi 'habis' !!!
❌ Kelemahannya satu jer... jangan suruh main seperti anak sulung ( ikut peraturan ) atau seperti anak bongsu ( ikut s**a )
✅ Wajib beri dia target 🎯 agar dia ada 'arahan jelas' siapa yang dia nak 'langgar'. Selebihnya, tengok jer apa yang bakal berlaku 😅

: Untuk makluman, adalah anak nombor 2 👌

  : Rahsia Meningkatkan Motivasi Diri Agar Dapat 'survive' Dalam Tournament ✍️  #1 - Pertama, wajib tetapkan nilai setia...
21/07/2026

: Rahsia Meningkatkan Motivasi Diri Agar Dapat 'survive' Dalam Tournament

✍️ #1 - Pertama, wajib tetapkan nilai setiap kemenangan. Ambil 'semangat bola sepak dunia' pun okey. Check 'perbezaan' nilai yang diperolehi pas**an yang menang bagi kejohanan bola sepak dunia 2026

✅ Champion 🥇🏆 = USD 51 juta
☝️ Team Spain

✅ Runner-up 🥈🏆= USD 34 juta
☝️ Team Argentina

✅ Top 3 🥉🏆 = USD 30 juta
☝️ Team England

✅ Top 4 = USD 28 juta
☝️ Team France

✅ Top 8 @ Quarter-Finals
= USD 20 juta
☝️ Team Norway / Team Belgium / Team Switzerland / Team Morocco

✍️ #2 - Kedua, nilaikan berapa kerugian dialami jika kalah supaya kita jadi lebih bersungguh-sungguh untuk main sampai menang

✅ Nilai kerugian team France selepas kalah dengan team England
= USD 2 juta ( 4-6 )
☝️ Ini bermakna lebihan cetakan gol 2 biji tersebut bernilai USD 1 juta sebiji ( tampak kecil tapi impaknya cukup besar pada team )

✅ Nilai kerugian team Argentina selepas kalah dengan team Spain = USD 17 juta 😱😱😱 ( 0-1 )
☝️ Nampak ??? Walaupun sebiji jer gol, tapi nilainya begitu besar pada team Argentina sebab kalah kat Final

☑️ Nilai kerugian team Morocco selepas kalah dengan team France = USD 8 juta ( 0-2 )
☝️ Ini bermakna sebiji gol bernilai USD 4 juta dalam game suku akhir ini

☑️ Nilai kerugian team Belgium selepas kalah dengan team Spain = USD 31 juta ( 1-2 )
☝️ Nampak ? Bila kalah kepada Champion 🏆 🥇 dalam suku akhir, impak kerugian cukup besar walaupun sekadar lebihan 1 gol

☑️ Nilai kerugian team Norway selepas kalah dengan team England = USD 10 juta ( 1-2 )
☝️ Nampak ? Kalah kepada team yang dapat tempat ketiga dalam suku akhir, impak kerugian agak besar walaupun sekadar lebihan 1 gol

☑️ Nilai kerugian team Switzerland selepas kalah dengan team Argentina = USD 14 juta ( 1-3 )
☝️ Ini bermakna lebihan cetakan gol 2 biji tersebut bernilai USD 7 juta sebiji dalam game suku akhir ini

✍️ #3 - Ketiga, anggap 'kad merah' dan 'kad kuning' wujud dalam game chess kita main macam bola sepak

✅ Caranya...

☝️Anggap 'mistake' = kad kuning
☝️Anggap 'blunder' = kad merah'

Perhatikan game yang kita main selepas habis tournament khusus kat https://lichess.org/team/lichess-swiss 👈

Banyak terima 'kad kuning' atau 'kad merah' atau 'clean' terus ?

Jika 'clean' terus, alhamdulillah... Itu kemenangan berasaskan USAHA yang tidak boleh dipertikai sesiapa tapi jika ada terima 'kad kuning' atau lebih teruk 'kad merah' bermakna ada 'benda tak kena' walaupun berjaya mara jauh ke depan

Apa maksud 'benda tak kena' sini ?

✍️ Mungkin kita tak 'perform' pun tapi disebabkan 'campur tangan' pihak tertentu termasuk kita dapat pergi jauh ke depan ( play not fair )
✍️ Mungkin juga kita memang 'perform' tapi disebabkan 'referee' buat pengadilan yang 'berat sebelah' seperti cetak gol dikira batal time kita tapi time pihak lawan sepatut kena 'kad kuning' atau 'kad merah' tiba-tiba 'referee' buat bodoh, maka 'tersekatlah' kita untuk mendapat kemenangan

Atas sebab itulah, kekadang kita perlu check dulu siapa pengadil sebelum join sesuatu tournament!

Bukan apa...

Jika yang 'perform' pun boleh 'tersekat' akibat 'permainan licik' pengadil, jika 'not perform', lagilah..

Ingat !!! Dalam sistem online tournament, tiada siapa 'boleh atur' lawan siapa...

Bermakna 'laluan s**ar' atau 'laluan mudah' bergantung pada rezeki masing-masing

Tapi dalam offline tournament, risau ada 'lompong' disebabkan 'campur tangan' pengadil licik yang 'atur' game siapa yang lawan siapa

Bukan semua pengadil begitu tapi memang ada pengadil yang kerjanya agar 'orangnya' sahaja yang menang

Jika diimbas bola sepak dunia 2026 yang baru berakhir, ada perbezaan 'laluan' di antara Johan dan Naib Johan dan semestinya cetakan gol yang diperolehi pun berbeza

✅ Laluan Sukar team Spain sebagai Champion 🥇🏆
✍️ #1 - Austria ( 3-0 )
✍️ #2 - Portugal ( 1-0 )
✍️ #3 - Belgium ( 2-1 )
✍️ #4 - France ( 2-0 )

Total = 8 gol

✅ Laluan Mudah team Argentina sebagai Naib Johan 🥈🏆
✍️ #1 - Cabo Verde ( 3-2 )
✍️ #2 - Egypt ( 3-2 )
✍️ #3 - Switzerland ( 3-1 )
✍️ #4 - England ( 2-1 )

Total = 11 gol

Kesimp**annya, kita s**ar nak 'kawal' siapa yang bakal jadi pengadil untuk tournament yang kita main tapi kita masih boleh kawal 'rentak permainan' sendiri

Percayalah... Menang dengan 'skil' lebih 'bertahan lama' berbanding menang dengan 'cara licik' seperti bantuan pengadil yang 'berat sebelah'

Sebab bila pengadil yang 'berat sebelah' tersebut dah tiada atau bertukar kepada pengadil lain, kita tidaklah 'hilang arah' sebab 'skil' sentiasa 'melekat' dengan diri kita - gmknockout

Admin Chess Puzzle
gmknockout.blogspot.com
dinchesspuzzle.blogspot.com

21 Julai 2026 Bersamaan
6 Safar 1448H
Wakaf Bharu Kelantan

  : Kenapa perlu bergantung pada opening ciptaan orang lain jika kita ada opening ciptaan kita sendiri ?Menurut sumber d...
13/07/2026

: Kenapa perlu bergantung pada opening ciptaan orang lain jika kita ada opening ciptaan kita sendiri ?

Menurut sumber dipercayai iaitu Transfermarkt, nilai pas**an France sekarang bersamaan USD1.78 billion manakala nilai pas**an Spain p**a bersamaan USD1.43 billion

Okey. Sekarang... Jom kita 'convert' nilai tersebut kepada chess... 😅

✍️ #1 - Kemampuan mahir main bertahan yang bagus bernilai USD1.43 billion
✍️ #2 - Kemampuan mahir main menyerang yang bagus p**a bernilai USD 0.35 billion ( 1.78 - 1.43 )
✍️ #3 - Jika ikut formula nisbah, ia bermaksud :
✅ 0.35 : 1.43 = 1X serangan kena 'back up' dengan 4X pertahanan, baru cun!

Nampak ? Main menyerang itu bagus tapi jika posisi tidak ada '4X back up'... s**ar nak menang

Sebab itu, prinsip asas nombor 2 dalam ilmu chess puzzle adalah...
✍️ Setiap pergerakan ada 'back up' ( 3X ) !!!

Maksudnya di sini...

✅ #1 - 'Back up' dengan 5 konsep asas dalam ilmu chess puzzle
✅ #2 - 'Back up' dengan 13 taktik asas dalam ilmu chess puzzle
✅ #3 - 'Back up' dengan 7 konsep asas dalam ilmu chess puzzle

Oh ya! Itu baru 3X 'back up'. Di mana 1X 'back up' lagi agar cukup 4X ?

✍️ Jawapannya... SETIAP PERGERAKAN ADA TUJUAN !!!

Inilah yang gmknockout pakai. Hanya 4 patah perkataan jer

❌ Tak perlu hafal
❌ Senang nak praktik
❌ Boleh 'bertukar-tukar' ikut situasi semasa game ( 'pecah' law )

Jadi, boleh 'faham sendiri' kenapa gmknockout TAK PERLU study opening...

Tapi lebih fokus pada middlegame dan endgame jer...

Sebab prinsip nombor 1 dalam ilmu chess puzzle sendiri adalah opening yang gmknockout main...

Kenapa perlu bergantung pada opening ciptaan orang lain jika kita ada opening ciptaan kita sendiri ?

Fikir-fikirkanlah....😅

Admin Chess Puzzle
gmknockout.blogspot.com
dinchesspuzzle.blogspot.com

Pasir Mas Kelantan
13 July 2026 Bersamaan 27 Muharram 1448H

  : Menurut pengalaman, ramai di antara kita pergi sekolah belajar agar dapat kerja bila dah habis sekolah nanti...Ada y...
05/07/2026

: Menurut pengalaman, ramai di antara kita pergi sekolah belajar agar dapat kerja bila dah habis sekolah nanti...

Ada yang 10 tahun belajar kat sekolah... Start darjah 1 ( 7 tahun )... Sampailah tingkatan 5 ( 17 tahun )...

Bahkan ada yang sambung belajar ke universiti dan seumpama... Agar bila keluar nanti, dapat kerja yang bergaji lebih besar...

Tapi pernahkah kita terfikir...

Adakah kerja bergaji sahaja yang perlu dikejar ? Atau adakah kerja tetap sahaja yang menjamin keselesaan hidup masa depan ?

Kat sini... Terp**ang mengikut kepercayaan masing-masing...

Tapi gmknockout lebih percaya apa yang dijanjikan Rasulullah SAW...

"9/10 rezeki datang daripada perniagaan"

Berniaga - sesuatu yang ditakuti ramai orang kita untuk menceburinya

Risiko ? Rugi ? Tiada masa depan ? Dan banyak lagi negatifnya walhal hakikat sebenar... Yang BERKATA begitu adalah orang yang TAK PERNAH berniaga atau orang yang berniaga TANPA ILMU atau TANPA PENGALAMAN sehingga jatuh rugi sampai serik nak berniaga lagi

Kata kuncinya di sini :

✍️ #1 - Tak pernah
✍️ #2 - Tanpa ilmu
✍️ #3 - Tanpa pengalaman

Okey. Macam mana nak ELAK ketiga-tiga 'penyakit' ini serentak sebagai persediaan awal ?

✅ Ikut jer apa yang Rasulullah SAW pernah buat dulu...
✍️ IKUT KELUAR PERGI BERNIAGA bersama dengan ahli perniagaan yang PERNAH BERNIAGA + ADA ILMU + ADA PENGALAMAN @ dalam erti kata lain - jadi 'kuli' dia dulu !!!

✅ Persoalan seterusnya, berapa lama perlu ikut jadi 'kuli' ?
✍️ Jawapannya bergantung sejauh mana kita cepat belajar tentang perniagaan tersebut !!!
- jadi 'kuli' dia sambil belajar...
✍️ InsyaAllah... Tidaklah selama kita belajar kat sekolah dulu sebab itu asas ilmu pengetahuan seperti skil membaca, menulis, mengira. Now, kita belajar ilmu untuk 'survive' seperti skil menjual, skil berunding, skil berkomunikasi dan seumpama

InsyaAllah... Jika ikut step yang betul daripada awal, berniaga akan menjadi sesuatu yang seronok... menimbulkan kebahagiaan tersendiri terutama bila kita dapat 'solve' masalah orang lain melalui perniagaan yang dijalankan - sambil tolong orang sambil buat duit 😅

Tapi itulah... Bukan semua orang sanggup berkuli dengan orang bisnes - tak SANGGUP susah training dalam bisnes diceburi walhal tahu ganjaran lumayan menanti kat hujungnya bila berjaya 'follow' dan 'bertahan' 💪

Lebih ramai sanggup kejar gaji tetap atau kerja bergaji asal cukup bulan ada gaji tanpa peduli gaji banyak sikit... Tanpa peduli kualiti kerja... Asal cukup masa, boleh terus balik rumah. Esok sambung rutin sama... Janji tak dibuang kerja

Dalam dunia chess pun sama. Ramai mengejar posisi cantik. Terlalu jaga material @ pieces agar sentiasa lebih banyak berbanding pihak lawan

Dan bila suatu masa mereka diuji dengan posisi teruk atau material @ pieces banyak kurang berbanding pihak lawan, mulalah PANIK !!!

Waktu itu dah TERLAMBAT...

Sebab mereka TAK PERNAH training untuk main sebegitu...

Kalaulah mereka BERSEDIA awal dengan CUKUP TRAINING, InsyaAllah... Main apa posisi pun okey jer. Teruk atau cantik posisi sama jer bagi mereka sebab dah 'biasa'. Pieces down pun tak terjejas

Kata kuncinya di sini :

✍️ #1 - Cukup Training ( Bersedia )

Sama juga dengan dunia bisnes. Jika kita dah 'berkuli' bertahun-tahun dengan ahlinya... Hanya untuk belajar selok-belok dalam bisnes tersebut agar betul-betul mahir, apa lagi yang nak ditakutkan... Tiada lagi nak 'buang masa' + 'buang tenaga' untuk kejar kerja bergaji atau bergaji tetap macam orang lain

Chess pun gitulah. Jika kita dah 'cukup training' dengan ilmu chess puzzle yang lebih memfokus kepada skil untuk main dalam dan , kenapa nak 'buang masa' + 'buang tenaga' belajar 1001 macam hanya agar berharap posisi jadi cantik dan material @ pieces TAKKAN down seperti majoriti newbie fikir walhal posisi cantik buruk atau material @ pieces down up itu 'biasa' jer - hakikat sebenar dalam tournament, tiada tempat untuk yang lemah 'berbunyi' mencari alasan bila kalah

Ingat !!! Kalau dah kalah tu, kena terimalah. Jangan mencipta alasan lagi. Usaha cari jalan agar next time tidak mengulangi kekalahan sama

Bukankah kalah menang seri itu adat pertandingan ? Sama juga dengan bisnes. Bukankah untung rugi balik modal itu adat perniagaan ?

Yang penting, belajar setup 'mindset' untuk terima dulu !!!

Kalau tak dapat terima, sama ada kita TAK PERNAH masuk tournament atau TAK PERNAH buat bisnes atau kita PERNAH masuk tournament tapi asyik kalah memanjang sampai trauma atau PERNAH buat bisnes ikut kaedah yang salah sampai rugi teruk sehingga 'lari' kejar kerja bergaji

Fikir-fikirkanlah... Sekadar share pengalaman 👍

Admin Chess Puzzle
gmknockout.blogspot.com
dinchesspuzzle.blogspot.com

06 July 2026 Bersamaan 20 Muharram 1428H

Pasir Mas Kelantan

  : Menurut pengalaman, ramai orang menyangka hidup akan berubah bila peluang datang...Hakikat sebenar, hidup hanya akan...
02/07/2026

: Menurut pengalaman, ramai orang menyangka hidup akan berubah bila peluang datang...

Hakikat sebenar, hidup hanya akan berubah bila kita BERSEDIA sambut peluang tersebut...

Sekarang, cuba kita convert kepada chess...

Ramai newbie menyangka game akan menang bila posisi cantik. Itu pasal ramai yang asyik berlatih main posisi bermula dengan belajar terbaik mengikut kepercayaan masing-masing

Hakikat sebenar dalam dunia chess tournament, game yang bakal kita main TAKKAN SAMA dengan opening yang kita telah kaji. Bahkan jika kita hidup 20 tahun ke depan lagi pun agar dapat habis belajar semua opening dalam chess sekalipun, game tetap TAKKAN SAMA setiap kali kita main. Posisi tetap BERBEZA

Jadi, buat apa kita 'buang masa' + 'buang otak' belajar benda yang kita TAK MAMPU kawal ?

Bukankah lebih baik jika 'masa' dan 'otak' kita difokuskan pada benda yang kita MAMPU kawal ?

Ingat !!! Target 🎯 kita dalam hidup bukan sekadar kejar peluang atau berlatih posisi jer jika dalam chess. Lambat laun kita bakal penat !!! Ibarat mengejar sesuatu yang di luar kawalan kita... oleh sebab ia di luar kemampuan kita, disitulah permulaan kesilapan kita... sedikit demi sedikit... akhirnya kalah game walhal dah bertahun berlatih. Itulah 'harga yang perlu dibayar' jika konsisten berlatih kaedah yang salah daripada awal lagi

Kenapa tidak kita BERSEDIA jer sekarang dan terus 'ngap' bila peluang tersebut datang ?

Itu pasal kita kena berlatih Chess Puzzle...

✅ Bersedia dengan ilmu 5 prinsip asas
✅ Bersedia dengan ilmu 13 taktik asas
✅ Bersedia dengan ilmu 7 konsep asas

Sebab dengan ilmu chess puzzle ni...

Tak kira apa jua posisi pun kita main... Tak kira apa jua peluang pun datang jika dalam hidup... Asal datang jer, kita dah boleh terus 'ngap' sebab kita dah CUKUP TRAINING ilmu2 tersebut... Kita cepat 'nampak' peluang...

Bahkan sampai satu tahap, kita sampai level boleh cipta peluang sendiri atau posisi yang macam mana kita nak main tanpa perlu 'bersusah-payah' bergantung pada opening tertentu

Itulah yang membezakan kita dengan players lain. Mana sama standard permainan orang yang BERGANTUNG berlatih dengan dengan orang yang berlatih pakai - ibarat orang yang asyik bercakap pasal undang-undang sementara menunggu kelengkapan penuh sebelum pergi berperang dengan orang yang bersedia berperang dengan menggunakan apa sahaja yang ada di tangan

Ingat !!! Dalam 'real' peperangan, siapa yang berlatih pakai chess engine, ia terpaksa 'meletakkan' kat luar 'dewan peperangan' sebab terikat dengan undang-undang tapi...

Siapa yang berlatih pakai chess puzzle, ia boleh 'bawa masuk' ilmu tersebut ke dalam 'dewan peperangan' tanpa sesiapa tahu... Dan jika ada yang tahu pun, tiada sesiapa boleh halang sebab BUKAN terikat dengan undang-undang pun...

-

:

✍️ #1 - Hidup = Game
✍️ #2 - Peluang = Posisi
✍️ #3 - Bersedia = Cukup Training

Admin Chess Puzzle
gmknockout.blogspot.com
dinchesspuzzle.blogspot.com

03 Julai 2026 Bersamaan 17 Muharram 1448H
Pasir Mas Kelantan

  : Ada 2 Kelebihan Diperolehi Oleh Orang Yang Menghidupkan Sunnah Rasulullah SAW Dengan Mengamalkan Puasa Sunat Isnin K...
01/07/2026

: Ada 2 Kelebihan Diperolehi Oleh Orang Yang Menghidupkan Sunnah Rasulullah SAW Dengan Mengamalkan Puasa Sunat Isnin Khamis

✍️ #1 - Memiliki 'perisai' daripada melakukan maksiat ( sewaktu berada kat dunia )
✍️ #2 - Memiliki 'pendinding' daripada api Neraka ( sewaktu berada kat akhirat )

Apa maksud 'perisai' kat sini ?

✅ Time godaan maksiat datang, InsyaAllah... Kita mampu tepis
✅ Dan jika kita tidak mampu tepis, InsyaAllah... Ada jer 'halangan' yang datang agar 'menutup' segala ruang ( masa ) dan peluang ( kemampuan) sehingga akhirnya godaan maksiat 'hilang'

Yang paling best tentang kelebihan puasa sunat ni jika diamalkan secara konsisten...

☝️ Dijamin sihat !!!

Dan bila badan sihat... Otak sihat... InsyaAllah...

Jika main chess, laju jer move... Bukan makan apa-apa vitamin pun...

Hanya hidupkan amalan sunnah Rasulullah SAW dengan bersungguh-sungguh iaitu puasa sunat Isnin Khamis...

Sebab percaya apa yang Rasulullah SAW buat pasti ada hikmahnya yang tersembunyi

Bukankah Rasulullah SAW orang paling bijak orangnya ?

Jadi, jika hobi kita main chess... Yang berkait dengan ilmu tentang kepandaian otak, kenapa tidak tiru jer apa yang Rasulullah SAW buat ?

Jika belum mampu nak puasa Isnin Khamis sebulan sekali, takkanlah setahun sekali pun tak pernah buat ?

Fikir-fikirkanlah...



/s : Alhamdulillah... Hari ini, baru 1 rahsia gmknockout pecahkan untuk jadi pandai main chess selain 'training' macam biasa iaitu amalan puasa sunat Isnin Khamis. InsyaAllah... Nanti gmknockout share 2 lagi rahsia amalan lain jika diizinkan Allah SWT. Semoga bermanfaat 👌

  : Ilmu Pengurusan ✅ #1 - Perihal Duit✍️ Nak ada duit, kena ada plan ( apa proses yang perlu dibuat step by step sampai...
26/06/2026

: Ilmu Pengurusan

✅ #1 - Perihal Duit

✍️ Nak ada duit, kena ada plan ( apa proses yang perlu dibuat step by step sampai selesai )
✍️ Apa plan kita nak buat, start bila, stop bila, buat sendiri atau minta orang lain buatkan

✅ #2 - Perihal Masa

✍️ Nak ada masa, kena pandai susun ( apa plan PS, PTS, TPS dan TPTS )
✍️ P = Penting / S = Segera / T = Tak

✅ #3 - Perihal Tanggungjawab

✍️ Nak mampu pikul tanggungjawab, kena ada hala tuju hidup yang jelas ( apa yang kita nak sebenarnya, sedang mendekati impian atau menjauhi impian )
✍️ Selagi tiada hala tuju hidup yang jelas atau ada hala tuju hidup tapi masih samar-samar, agak s**ar untuk kita memikul tanggungjawab

p/s : Ingat !!! Akhir usaha MESTI 'menampakkan hasil' dan proses pertengahan usaha tersebut KENA 'menunjukkan tindak balas'. Awal usaha, cukup dengan BERSEDIA '1001 macam plan'
- gmknockout

  : Mindset Seorang Champion 🏆 ✍️  #1 - Chess bukan sekadar s**an✅ Ia tentang melawan apa yang berada di dalam diri kamu...
15/06/2026

: Mindset Seorang Champion 🏆

✍️ #1 - Chess bukan sekadar s**an
✅ Ia tentang melawan apa yang berada di dalam diri kamu sendiri dan menang

✍️ #2 - Pencatur sebenar bukan sekadar orang yang menang trofi 🏆🥇
✅ Ia tentang orang yang melawan dalam 'permainan hidup' dalam kehidupan sebenar dan menang

✍️ #3 - Ingat !!! Tiada sesiapa boleh mengalahkan kamu...
✅ Sehingga kamu 'benarkan' diri kamu dikalahkan

✍️ #4 - Tournament ini SANGAT PENTING sebab kamu PERLU 'mengalahkan diri kamu sendiri'
✅ Jadi, teruskanlah konsisten berlatih !!!

Apa maksud 'mengalahkan diri kamu sendiri' ?

1) Lawan 'rasa malas' untuk berlatih 'on time'
2) Lawan 'rasa takut' untuk join tournament
3) Lawan 'rasa kurang percaya diri sendiri' dengan kerap join tournament
4) Lawan 'rasa penat berlatih' agar betul-betul hadam segala ilmu dalam Chess Puzzle iaitu 5 prinsip, 13 taktik dan 7 konsep

InsyaAllah... Bila dah cukup 4 syarat ini, kamu akan menjadi 'kerbau 🐃 yang TAK TERKALAH' -

Admin Chess Puzzle
gmknockout.blogspot.com ( )
dinchesspuzzle.blogspot.com ( )

Pasir Mas Kelantan
15 Jun 2026 Bersamaan 29 Zulhijjah 1447H

Address

Pasir Mas

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Chess Puzzle posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Chess Puzzle:

Shortcuts

Share