22/02/2026
Assalamu'alaikum...Lagi panduan amalan di bulan Ramadhan. Satu hadith yang diriwayatkan oleh Abu Daud 2357, Ad-Daruquthni dalam sunannya 2279, Al-Bazzar dalam Al-Musnad 5395 dan Al-Baihaqi dalam As-Shugra 1390, yang kategorikan sebagai Hasan oleh sebilangan 'ulama' hadith. Maksud dari hadith ini ialah Dari Ibnu Umar radhiyallahu 'anhuma, beliau mengatakan: Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam, apabila beliau berbuka, beliau membaca: (doa di atas).
Bila doa ini dilafazkan? ada ulama' berpandangan doa ini dibaca setelah berbuka.
Antara panduan yang baik untuk diamalkan cara atau kaifiat berbuka adalah:
1. Membaca basmalah sebelum makan kurma atau minum (berbuka).
2. Mulai berbuka.
3. Membaca doa berbuka ini.
*** peringatan juga detik menjelang waktu berbuka juga saat yang dikatakan mustajab doa orang yang berpuasa, jadi doalah keperluan dunia dan akhirat masing-masing.