SK Pasir Gudang 4

  • Home
  • SK Pasir Gudang 4

SK Pasir Gudang 4 This page is created to establish a connection with the parents, teachers and students.

Dijemput kepada semua ibu bapa untuk hadir demi kecemerlangan anak-anak SK PASIR GUDANG 4.
10/04/2026

Dijemput kepada semua ibu bapa untuk hadir demi kecemerlangan anak-anak SK PASIR GUDANG 4.

📢 *JEMPUTAN MESYUARAT PIBG & HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN* 📢Assalamualaikum & salam sejahtera,Dengan segala hormatnya, pi...
10/04/2026

📢 *JEMPUTAN MESYUARAT PIBG & HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN* 📢

Assalamualaikum & salam sejahtera,
Dengan segala hormatnya, pihak sekolah menjemput ibu bapa / penjaga untuk hadir ke Mesyuarat PIBG & Hari Anugerah Kecemerlangan 🎉

🗓 Tarikh: Sabtu, 11 April 2026
⏰ Masa: 8.00 pagi – 12.00 tengah hari

Pelbagai aktiviti menarik disediakan termasuk 🎁 cabutan bertuah dengan hadiah seperti air fryer, kipas berdiri, mesin kopi, vacuum, wang tunai serta banyak lagi hadiah yang menarik!

🌟 Rebut peluang memenangi HADIAH UTAMA!

Kehadiran dan sokongan pihak tuan/puan amatlah dihargai dalam menjayakan program ini serta sebagai tanda sokongan terhadap kecemerlangan anak-anak.
Sekian, terima kasih.

::MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN PEMIMPIN KECIL 2026::::SEKOLAH KEBANGSAAN PASIR GUDANG 4::Tarikh : 12 FEBRUARI 2026Hari : KH...
13/02/2026

::MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN PEMIMPIN KECIL 2026::
::SEKOLAH KEBANGSAAN PASIR GUDANG 4::

Tarikh : 12 FEBRUARI 2026
Hari : KHAMIS
Tempat : DEWAN ALTURA

Majlis Watikah Pelantikan Pemimpin Kecil SK Pasir Gudang 4 telah berlangsung dengan jayanya dalam suasana yang penuh tertib dan bermakna. Majlis disempurnakan oleh :

1.SM Sabaruddin Bin Othman (PPS)
2.Koperal Sobri Bin Salleh (PPS)

Tahniah diucapkan kepada murid- murid yang dilantik sebagai Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Pembimbing Rakan Sebaya, Ketua dan Penolong Ketua Kelas, Pengawas SPBT dan barisan “Student Leader Board (SLB)”.

Pelantikan ini merupakan satu amanah dan tanggungjawab besar dalam membantu membentuk disiplin serta sahsiah pelajar.

Semoga semua pemimpin kecil dapat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan menjadi contoh terbaik kepada rakan-rakan.

SKPG4 : DOOR TO EXCELLENCE

::MAJLIS PENUTUPAN MINGGU TRANSISI 2026::Alhamdulillah, majlis penutupan minggu transisi 2026 telah berlangsung dengan l...
12/02/2026

::MAJLIS PENUTUPAN MINGGU TRANSISI 2026::

Alhamdulillah, majlis penutupan minggu transisi 2026 telah berlangsung dengan lancar dan penuh keceriaan.

Sepanjang minggu transisi, murid-murid Tahun 1 telah melalui pelbagai aktiviti menarik, menyeronokkan dan bermakna bagi membantu mereka menyesuaikan diri dengan alam persekolahan.

Terima kasih diucapkan kepada semua guru dan pihak yang terlibat secara langsung dalam menjayakan program ini,

Semoga pengalaman awal ini menjadi kenangan yang indah dan bermakna buat anak-anak Tahun 1 SK Pasir Gudang 4.

01/02/2026

Panduan Pendaftaran Murid Tahun 1 bagi Sesi Akademik 2027.

Ibubapa dan penjaga boleh dah save siap-siap untuk daftar anak bulan depan!

01/02/2026

::CUTI BERGANTI::

CUTI SEMPENA THAIPUSAM
1 FEBRUARI 2026 | AHAD

CUTI BERGANTI
2 FEBRUARI 2026 | ISNIN

KEMBALI SEMULA KE SEKOLAH
3 FEBRUARI 2026 | SELASA

TAHNIAH RUMAH TERRA!!!!!!!JUARA MERENTAS DESA 2026🔥🔥🔥🔥🔥🔥🔥🔥🔥🔥🔥🔥🔥🔥
27/01/2026

TAHNIAH RUMAH TERRA!!!!!!!
JUARA MERENTAS DESA 2026
🔥🔥🔥🔥🔥🔥🔥🔥🔥🔥🔥🔥🔥🔥

27/01/2026
::KEJOHANAN MERENTAS DESA SEKOLAH KEBANGSAAN PASIR GUDANG 4::🔥Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua murid yang telah...
27/01/2026

::KEJOHANAN MERENTAS DESA SEKOLAH KEBANGSAAN PASIR GUDANG 4::

🔥Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua murid yang telah menyertai Kejohanan Merentas Desa SKPG4 2026.
🔥Semangat kesukanan, daya juang dan disiplin yang ditunjukkan amat membanggakan.
🔥Terima kasih juga kepada pihak pentadbir, PDRM, PIBG,guru-guru dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.

SKPG4 : DOOR TO EXCELLENCE

::PELANTIKAN DUTA SAHSIAH MURID 2026 & PEMERKASAAN 5 SIFIR SAHSIAH::🎖️🎖️Hari yang penuh bermakna buat anak-anak hebat. D...
27/01/2026

::PELANTIKAN DUTA SAHSIAH MURID 2026 & PEMERKASAAN 5 SIFIR SAHSIAH::

🎖️🎖️Hari yang penuh bermakna buat anak-anak hebat. Dilantik bukan sekadar satu penghargaan, tetapi satu amanah dan tanggungjawab untuk menjadi contoh akhlak, disiplin dan kepimpinan kepada rakan- rakan.

🎖️🎖️ Tahniah dan syabas buat

🎗️NURUL IMANI BINTI AHMAD FIRDAUS
🎗️MARISSA ZAHRA BINTI MOHAMAD FIRDAUS

🎖️🎖️ Terima kasih ibu bapa atas sokongan berterusan dalam membentuk sahsiah anak-anak yang cemerlang dunia akhirat.

📌 “Bijak itu pilihan, berakhlak itu keperluan.”

⭐️5 Sifir Sahsiah ialah amalan harian yang membentuk disiplin, adab dan jati diri murid SKPG4. Ia menekankan bahawa kecerdasan tanpa akhlak tidak lengkap kerana kejayaan sebenar bermula dengan sikap dan nilai murni.

⭐️5 SIFIR SAHSIAH

1. Saya duduk saya diam.
2. Nampak sampah saya kutip.
3. Saya berjalan saya beratur.
4. Buka kasut saya susun.
5. Hormat guru Hormat semua.

TARIKH :26.01.2026
HARI : ISNIN
TEMPAT : DEWAN ALTURA

SKPG4 : DOOR TO EXCELLENCE

Address

JALAN MAWAR 45

81700

Opening Hours

Monday 09:00 - 13:00
Tuesday 09:00 - 13:00
Wednesday 09:00 - 13:00
Thursday 09:00 - 13:00
Sunday 09:00 - 13:00

Telephone

+6072532889

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Pasir Gudang 4 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SK Pasir Gudang 4:

Shortcuts

  • Want your school to be the top-listed School/college?

Share