Pertubuhan Seni Gayong Naga Sakti Malaysia Negeri Johor

Pertubuhan Seni Gayong Naga Sakti Malaysia Negeri Johor Pertubuhan Seni Gayong Naga Sakti Malaysia
Negeri Johor

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam hormat.Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih diucapka...
09/08/2026

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam hormat.

Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada Pasukan Gayong Naga Sakti Kulai selaku tuan rumah dan jawatankuasa penganjur bagi Majlis Adat Istiadat Perlimau Tapak dan Seni, Ujian Kenaikan dan Majlis Penyampaian Bengkung Naga Sakti Johor Bil. 2 Tahun 2026.

Ucapan penghargaan khas ditujukan kepada Pengarah Program, Norhisham Bin A. Rahim, atas kepimpinan, perancangan dan komitmen dalam memastikan keseluruhan perjalanan program ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan teratur.

Terima kasih juga diucapkan kepada wakil Gayong Naga Sakti Kulai, Cikgu Abdul Jalil Bin Karimin, Cikgu Nor Azilah Binti Omer, bersama seluruh barisan jawatankuasa Naga Sakti Johor atas segala usaha, tenaga dan kerjasama yang diberikan dalam menjayakan program ini.

Penghargaan turut diberikan kepada pihak Masjid Al Ehsan, Taman Wawasan atas kesudian menyediakan tempat serta memberikan kerjasama yang baik sepanjang program berlangsung.

Setinggi-tinggi penghargaan juga ditujukan kepada Cikgu Rizal Husin, CRizal Husin Presiden merangkap Waris Amanah Silat Seni Gayong, atas kepimpinan, sokongan, tunjuk ajar serta amanah dalam memelihara dan meneruskan legasi ilmu serta adat perguruan Silat Seni Gayong.

Tidak dilupakan, terima kasih kepada Cikgu Zulkeffly Md Yasin, selaku Penasihat Naga Sakti Johor serta wakil Perlimau 2, atas kesudian hadir, memberikan sokongan dan membantu dalam memastikan kesinambungan adat istiadat perguruan Silat Seni Gayong terus dipelihara.

Ucapan penghargaan turut diberikan kepada barisan penguji daripada Gayong Naga Sakti Pusat NAGA SAKTI Malaysia yang telah meluangkan masa, tenaga dan ilmu dalam melaksanakan penilaian serta memberikan panduan kepada para peserta sepanjang sesi ujian dijalankan.

Terima kasih kepada semua urusetia dan jawatankuasa pelaksana yang bertungkus-lumus daripada persediaan awal sehingga tamatnya majlis. Segala komitmen, kerjasama dan semangat berpasukan amat dihargai dalam memastikan perjalanan program berjalan dengan lancar.

Ucapan penghargaan dan terima kasih juga kepada semua gurulatih daripada semua Gelanggang Gelanggang yang sentiasa membimbing, melatih dan mencurahkan ilmu kepada anak-anak Gayong sehingga berjaya ke tahap ini.

Akhir sekali, penghargaan dan terima kasih kepada semua ibu bapa dan penjaga yang sentiasa memberikan sokongan, dorongan serta pengorbanan bermula daripada sesi latihan, persediaan ujian sehingga tamatnya majlis penyampaian bengkung.

Semoga segala usaha, jasa dan pengorbanan semua pihak mendapat keberkatan serta menjadi sumbangan yang berterusan dalam memartabatkan seni warisan Silat Seni Gayong.

Bismillah.Good luck buat semua peserta.Semoga dipermudahkan segala urusan buat Team Penganjur.Mulai!!NAGA SAKTI Malaysia...
23/07/2026

Bismillah.

Good luck buat semua peserta.

Semoga dipermudahkan segala urusan buat Team Penganjur.

Mulai!!

NAGA SAKTI Malaysia

20/07/2026
Latihan Mingguan Gelanggang Laksamana Bentan6 May 2026/ Rabu8.30 - 10.30 malamDewan Laksamana BentanLatih tubi dan ulang...
10/05/2026

Latihan Mingguan Gelanggang Laksamana Bentan

6 May 2026/ Rabu

8.30 - 10.30 malam
Dewan Laksamana Bentan

Latih tubi dan ulang kaji dijalankan bagi setiap pesilat mengikut aras tahap masing-masing. Alhamdulillah aktiviti dapat dijalankan dengan lancar,
- asas 1-6
- golongan 31
- tambahan asas elakkan bahagian 1 dn 2 untuk mulus,
- awan putih asas elakan kaki,
- hijau asas elakkan kaki tapak 1sampai 5.
- pra ujian untuk mulus.

Semoga apa yang dipelajari diingati sehingga akhir hayat.

Latihan dipimpin oleh Cikgu Ts. Mohd Firdaus Syaid Cikgu Mohammad Sakas Lyonis Syaid dan Cikgu Azmil

Kota Tinggi Johor Bahru Malaysia
NAGA SAKTI Malaysia

Latihan Mingguan Gelanggang Semerah Padi 6-05-2026 Rabu8.30 - 1030 malamDewan HomeStay Kg Temenin Baru Latih tubi dan ul...
10/05/2026

Latihan Mingguan Gelanggang Semerah Padi

6-05-2026 Rabu

8.30 - 1030 malam

Dewan HomeStay Kg Temenin Baru

Latih tubi dan ulang kaji dijalankan bagi setiap pesilat mengikut aras tahap masing-masing. Alhamdulillah aktiviti dapat dijalankan dengan lancar. Semoga apa yang dipelajari diingati sehingga akhir hayat.

- Senaman regangan badan
- Asas Gerakan Bhg 1
- Bunga Tanjung

Latihan dipimpin oleh Cikgu Syakirin

Kota Tinggi Johor Bahru Malaysia
NAGA SAKTI Malaysia

Latihan Mingguan Gelanggang Terakol Sakti08/05/2026 Jumaat8.30 - 1030 malamDewan Komuniti Taman Medan JayaLatih tubi dan...
10/05/2026

Latihan Mingguan Gelanggang Terakol Sakti

08/05/2026 Jumaat

8.30 - 1030 malam

Dewan Komuniti Taman Medan Jaya

Latih tubi dan ulang kaji dijalankan bagi setiap pesilat mengikut aras tahap masing-masing. Alhamdulillah aktiviti dapat dijalankan dengan lancar. Semoga apa yang dipelajari diingati sehingga akhir hayat.

- Senaman regangan badan
- Latihan Litar Asas Gerakkan

Latihan dipimpin oleh Cikgu Khairul, Cikgu Fairuz, Cikgu Kediq & Pembantu Akmal Haki.

Kota Tinggi Johor Bahru Malaysia
NAGA SAKTI Malaysia

Silat Seni GayongGelanggang Naga Sakti Selatan.Taman Bukit Dahlia, Jalan Sejambak.   PASIR GUDANG Taman Bukit Dahlia Pas...
03/05/2026

Silat Seni Gayong
Gelanggang Naga Sakti Selatan.
Taman Bukit Dahlia, Jalan Sejambak.




PASIR GUDANG
Taman Bukit Dahlia Pasir Gudang
NAGA SAKTI Malaysia

Bismillah.Alhamdulilah.10 Emas 10 Perak 6 GangsaKEJOHANAN SENI SILAT MRSM NEGERI JOHOR 2 MEI 2026Tahniah buat semua pesi...
03/05/2026

Bismillah.
Alhamdulilah.

10 Emas 10 Perak 6 Gangsa
KEJOHANAN SENI SILAT MRSM NEGERI JOHOR 2 MEI 2026

Tahniah buat semua pesilat Naga Emas, MRSM JOBA, terbaik buat coaches/manager, Fuad , Zazali Mohamad Zarul Hafiz Mahmud .

Naga Sakti Johor
Naga Sakti Malaysia



Assalamualaikum.Bismillah.Sementara Team Pencak Silat NSJ yg dketuai oleh Cg Zali & Cg Fuad, Zazali Mohamad , Fuad sedan...
26/04/2026

Assalamualaikum.
Bismillah.

Sementara Team Pencak Silat NSJ yg dketuai oleh Cg Zali & Cg Fuad, Zazali Mohamad , Fuad sedang berperang di Game Pendekar Seabad UM, kami keluarga NSJ di bumi selatan hadir di panggung Tgv Cinema Toppen Johor Bahru , bagi menyokong filem Gayong 2. Filem Gayong Rasmi.

Rate dpd admin: 10/10.🔥🐲
Buah2 dan pukulan2 Gayong ✅️
Aksi dan koreo silat.✅️
Jalan cerita ✅️
Cameo ✅️

Harap ada Gayong 3 : Meor, Majid, Awang.







NAGA SAKTI Malaysia

Address

Jalan Sejambak, Taman Bukit Dahlia
Pasir Gudang

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pertubuhan Seni Gayong Naga Sakti Malaysia Negeri Johor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share