PSSCM Uitm Cns KP

Call Website Contact the school

PSSCM Uitm Cns KP Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Kuala Pilah

Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera,Salam UiTM Dihatiku, Salam Malaysia MADANI.25 September 2026 | 12 Rabiulawal 1448Hل...
24/08/2026

Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera,
Salam UiTM Dihatiku, Salam Malaysia MADANI.

25 September 2026 | 12 Rabiulawal 1448H

لهم صل على تيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد

PSSCM UiTM Kuala Pilah mengucapkan selamat menyambut maulidur rasul kepada seluruh umat Islam.

*Hari ini kita memperingati kelahiran insan agung iaitu Nabi Muhammad SAW. Oleh itu, marilah sama-sama kita memperbanyakkan berselawat ke atas baginda serta menghidupkan sunnah sebagai tanda kita mencintainya.

Rasulullah bersabda:

"Barangsiapa yang berselawat ke atasku sekali, maka Allah akan berselawat (rahmat) kepadanya sepuluh kali."
(HR. Muslim)

"SILAT TONGGAK JATI DIRI BANGSA"
Sekian,
PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA (PSSCM),
UiTM CAWANGAN NEGERI SEMBILAN, KAMPUS KUALA PILAH,
SESI 2026/2027

Assalamualaikum wbt,Salam Sejahtera,Salam UiTM DiHatiku,Salam Malaysia MADANI.MAJLIS PENANGGUHAN KELAS PSSCM UITM KUALA ...
13/08/2026

Assalamualaikum wbt,

Salam Sejahtera,

Salam UiTM DiHatiku,

Salam Malaysia MADANI.

MAJLIS PENANGGUHAN KELAS PSSCM UITM KUALA PILAH telah berjaya diadakan pada 1 Julai 2026 (Rabu) bertempat di Bengkel Tekstil dengan penuh meriah dan bermakna.
Alhamdulillah, majlis diserikan dengan penyampaian hadiah, penyerahan sijil penghargaan, jamuan potluck, serta hidangan utama nasi hujan panas yang menjadi kegemaran ramai.

Terima kasih tidak terhingga kepada semua ahli yang hadir, membawa juadah, dan bersama-sama memeriahkan majlis ini. Kehadiran kalian menjadikan majlis lebih indah dengan ukhuwah dan kegembiraan yang terjalin.

Semoga momentum ini menjadi pemangkin semangat untuk kita terus maju bersama dalam keluarga besar PSSCM UiTM KP.
Sekian,

PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA (PSSCM), UiTM CAWANGAN NEGERI SEMBILAN, KAMPUS KUALA PILAH,

SESI 2026/2027

12/08/2026
02/08/2026

Tahniah kepada

YAB Dato' Ismail bin Lasim

atas pelantikan sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan Ke-12.

Semoga dikurniakan kekuatan, kebijaksanaan dan keberkatan dalam memimpin Negeri Sembilan ke arah yang lebih maju dan sejahtera.

Daripada
Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM)
Cawangan Negeri Sembilan

27/07/2026
05/07/2026
16/01/2026

Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) mengucapkan Salam Israk Mikraj kepada seluruh umat Islam tidak kira di mana anda berada.

Peristiwa agung Israk dan Mikraj bukan sekadar perjalanan luar biasa Rasulullah SAW, tetapi membawa pengajaran besar tentang ketaatan, disiplin dan hubungan hamba dengan Allah SWT.

Peringatan ini menguatkan lagi keimanan kita, memperkemaskan akhlak serta membentuk jati diri yang teguh — selari dengan nilai perjuangan PSSCM dalam memelihara warisan ilmu, adab dan nilai Islam.

Salam Israk Mikraj 1447H





14/01/2026

DAULAT TUANKU

​Merafak Sembah Setinggi-tinggi Ucapan Tahniah sempena Hari Keputeraan Ke-78 DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir.

​Semoga Allah memberkati pemerintahan Kebawah Duli Tuanku.

​Sembah Takzim daripada kami:
Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) Cawangan Negeri Sembilan.

​

media sosial link PSSCMCNS

https://www.facebook.com/psscmns

https://www.youtube.com/

https://www.tiktok.com/

https://www.instagram.com/silatcekakn9/

Address

UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Kuala Pilah, Pekan Parit Tinggi
Parit Tinggi
72000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PSSCM Uitm Cns KP posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to PSSCM Uitm Cns KP:

Shortcuts

Share