Tadika-tadika Swasta Papar

Tadika-tadika Swasta Papar Tadika-tadika Swasta Papar yang berdaftar dibawah KPM,PPD Papar.

πŸŒ™ Program Haji Cilik 2026 πŸ•‹πŸ“… Tarikh: 11 Julai 2026 (Sabtu)πŸ•— Masa: 8.00 pagi-12.00 tengah hari. πŸ“ Tempat: Dewan Datuk Sal...
19/07/2026

πŸŒ™ Program Haji Cilik 2026 πŸ•‹
πŸ“… Tarikh: 11 Julai 2026 (Sabtu)
πŸ•— Masa: 8.00 pagi-12.00 tengah hari.
πŸ“ Tempat: Dewan Datuk Salleh Sulung, Papar
Alhamdulillah, Program Simulasi Haji Cilik 2026 telah berlangsung dengan jayanya.
Melalui Program Simulasi Haji Cilik, anak-anak berpeluang mempelajari dan menghayati rukun-rukun haji melalui aktiviti amali yang menyeronokkan. Program ini membantu mereka mengenali ibadah haji sejak usia muda, di samping menyemai nilai kesabaran, disiplin, kerjasama dan semangat beribadah.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua ibu bapa, para guru serta semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan sokongan sehingga program ini dapat dijalankan dengan lancar.
Semoga pengalaman yang bermakna ini menjadi kenangan indah dan memberi manfaat kepada anak-anak pada masa hadapan. πŸ’š

14 Jun 2026πŸŽ‰ Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua penerima Anugerah Kecemerlangan Tadika Swasta Daerah Papar 2025.S...
17/06/2026

14 Jun 2026
πŸŽ‰ Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua penerima Anugerah Kecemerlangan Tadika Swasta Daerah Papar 2025.

Semoga pengiktirafan ini menjadi inspirasi dan pemangkin semangat kepada semua warga pendidik untuk terus memberikan yang terbaik dalam mendidik serta membentuk generasi masa depan.

πŸ† ANUGERAH KECEMERLANGAN TADIKA
β€’ Tadika Kin Kiau Kinarut
Pengiktirafan atas kejayaan sebagai Johan Pertandingan Tarian Rampaian Tadika Swasta Peringkat Negeri Sabah mewakili Zon Selatan.

πŸ† ANUGERAH PENGURUSAN DIGITAL CEMERLANG 2025
β€’ Tadika Anakku Pintar Papar

πŸ† ANUGERAH KUALITI PENDIDIKAN PRASEKOLAH CEMERLANG
β€’ Tadika Sinar Suria Lok Kawi

πŸ† ANUGERAH TADIKA INSPIRASI CERIA
β€’ Encik Thie Ting Pun
β€’ Tadika Kin Kiau Kinarut

πŸ† ANUGERAH PENGLIBATAN AKTIF TADIKA
β€’ Marinah Binti Mohammed
β€’ Tadika Khalifah Gemilang Papar

πŸ† ANUGERAH GURU KREATIF DAN INOVATIF
β€’ Liaw Giok Shen
β€’ Tadika Cheng Hwa Papar

πŸ† ANUGERAH GURU BERDEDIKASI
β€’ Olivia Thong Shie Yuen
β€’ Tadika St Joseph Papar

πŸ† ANUGERAH GURU DIGITAL INOVATIF
β€’ Yvonne Cheah Ya Chin
β€’ Tadika Kin Kiau Kinarut

πŸ† ANUGERAH TOKOH KEPIMPINAN TADIKA SWASTA PAPAR
β€’ Chua Lim Hong
β€’ Tadika Kin Kiau Kinarut

πŸ† ANUGERAH PENAMPILAN TERBAIK HARI GURU 2026
β€’ Vannesa Chong Vui Nee
β€’ Tadika Kin Kiau Kinarut

🌹 Penghargaan Khas kepada Ahli Jawatankuasa yang Bersara
β€’ Puan Siow Ngit Lan

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas segala jasa, pengorbanan serta dedikasi yang telah dicurahkan sepanjang perkhidmatan dalam dunia pendidikan awal kanak-kanak.

✨ Guru Bitara, Nadi Negara ✨

πŸŽ‰ Majlis Sambutan Hari Guru Tadika Swasta Daerah Papar 2026 πŸŽ‰14 Jun 2026 mencatat sejarah apabila Majlis Sambutan Hari G...
15/06/2026

πŸŽ‰ Majlis Sambutan Hari Guru Tadika Swasta Daerah Papar 2026 πŸŽ‰

14 Jun 2026 mencatat sejarah apabila Majlis Sambutan Hari Guru Tadika Swasta Daerah Papar julung-julung kalinya diadakan di Dewan SJKC Kin Kiau, Kinarut.

Seramai guru daripada 17 buah tadika swasta di daerah Papar telah bersama-sama meraikan sambutan ini sebagai tanda penghargaan atas jasa, dedikasi dan komitmen para pendidik dalam membentuk generasi masa depan.

Majlis telah disempurnakan oleh Tuan Bakri Bin Sudin, Pegawai Pendidikan Daerah Papar, dan dianjurkan oleh PPD Papar dengan kerjasama Jawatankuasa Tadika Swasta Daerah Papar.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada para penaja dan penyumbang yang telah menjayakan majlis ini:

🌟 Encik Thie Ting Pun, Pengerusi Ahli Lembaga Tadika Kin Kiau, atas sumbangan dan sokongan yang diberikan.

🌟 HK Seafood Restaurant Sdn. Bhd.

🌟 KK Drinks Sdn. Bhd.

🌟 Adik Miqayla Ariqa Binti Alexander Lloyd, Adik Leah Avillah dan Adik Elstelle Huminodun Eldrick.

🌟 Serta semua tadika swasta daerah Papar yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan majlis ini.

Semoga semangat kerjasama dan penghargaan terhadap profesion perguruan ini terus mekar demi kecemerlangan pendidikan anak-anak kita.

✨ Guru Bitara, Nadi Negara ✨

26/05/2026

Selamat Hari Raya Aidiladha. Semoga pengorbanan kita diterima Allah dan membawa keberkatan dalam hidup.

Happy teachers day
16/05/2026

Happy teachers day

Selamat Hari Guru πŸ’πŸ’πŸ’πŸŽ‰πŸŽ‰πŸŽ‰
16/05/2026

Selamat Hari Guru πŸ’πŸ’πŸ’πŸŽ‰πŸŽ‰πŸŽ‰

"Happy Mother's Day to all the amazing women! Thank you for the love and care you give"❀️❀️
10/05/2026

"Happy Mother's Day to all the amazing women! Thank you for the love and care you give"❀️❀️

09/05/2026

Address

Papar
89600

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Tadika-tadika Swasta Papar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category