10/08/2026
⚜️TAHNIAH PENGAKAP KANAK-KANAK SK PANDAN PERDANA! ⚜️
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Saudara Aqif Rizzqi, Saudara Siddiq Yassir dan Saudara Aqlan Imran, murid Kelas 6 Alpha, yang telah lulus dengan jayanya dalam Perkhemahan Lencana Keris Emas Daerah Hulu Langat 2026 pada 24 hingga 26 Julai 2026, bertempat di SK Taman Bukit Teratai. 🎉👏
Lebih membanggakan, pasukan Pengakap Kanak-Kanak SK Pandan Perdana turut berjaya meraih tempat ke-5 dalam acara Malam Kebudayaan. 🏆🎭✨
Syabas dan penghargaan turut diberikan kepada Guru Pembimbing, En. Abdul Razif, Pn. Siti Azni dan Pn. Yazmin atas segala bimbingan, komitmen dan sokongan dalam membentuk murid yang berdisiplin, berani, kreatif dan berketerampilan. 👏🌟
Tahniah dan syabas kepada semua! Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi untuk terus mengorak langkah dan mencipta lebih banyak kecemerlangan dalam dunia kepengakapan. ⚜️💪
“Buat Sehabis Baik” ⚜️
PPD Hulu Langat Rasmi