Home Tuition Tc Athirah

Home Tuition Tc Athirah Establish 2017
We offer English tuition ONLINE & OFFLINE classes. Affordable price with many success stories

Everyone's success is the product of two things.

Allah's Help and Mercy & our efforts.

"REMAJA SEKARANG SUDAH TIDAK BOLEH DISELAMATKAN" Ungkapan yang mungkin diutarakan di kedai kopi baru-baru ini. Teringat ...
16/12/2021

"REMAJA SEKARANG SUDAH TIDAK BOLEH DISELAMATKAN"
Ungkapan yang mungkin diutarakan di kedai kopi baru-baru ini.

Teringat satu pengalaman semasa saya menjadi peguam YBGK.
Masuk sahaja dalam mahkamah, ternampak seorang anak muda berkulit sawo matang, seperti budak sekolah menengah bercampur dengan ODS dewasa yang lain.
Dalam hati 'ish tak patut dorg ni letak adik ni kat sini, mana boleh bercampur dengan orang dewasa!'
Terus saya interview adik tu, wajahnya tidak menunjukkan apa² perasaan. Tgk no IC rupanya baru sahaja masuk usia dewasa, 18 tahun. First yang terdetik, ni mesti kes dadah ni. Kes AADK, banyak budak² muda, ada yang dari sekolah rendah dah terjebak dengan dadah. Peguam YBGK lali dengan kes remaja begini. Rupanya..
Bila mengetahui adik ni disiasat bawah Seksyen 304, automatik mata saya terkebil-kebil seperti tidak boleh menerima realiti dan mulut terus terpacul
"adik faham tak situasi adik sekarang?!
Berdebar sangat jantung saya waktu tu. Terus mukanya menjadi merah dan mata mula bergenang tapi raut wajahnya masih seperti tiada apa perasaan.
Suaranya tertahan-tahan tika menceritakan kisahnya. Sebak saya mendengarnya.
Rupanya dia cuba meragut beg seorang pak cik tua. Dalam pergolakan, dia menolak pak cik itu dan terjatuh. Dipendekkan cerita, si mangsa MENINGGAL DUNIA disebabkannya (jatuh).
Ya, Seksyen 304 adalah kesalahan jenayah yang sangat berat. Membunuh.
Dari kes stealing bertukar ke culpable homicide. Sudah jatuh, ditimpa tangga.
Saya membayangkan jika adik ini
1. berfikir sebelum bertindak,
2. bergaul dengan kawan yang baik,
3. jika dia dibimbing dan dididik oleh orang dewasa yang bertanggungjawab,
4. jika dia sedar betapa dirinya disayangi Tuhan yang telah melengkapkan dirinya dengan segala potensi menjadi seorang yang hebat
pasti hidupnya tidak disia-siakan.
Buat ibu bapa yang membaca post ini, didiklah anak dari usia kecil. Jangan dibiarkan mereka mengikut hawa nafsu, jangan dibiarkan mereka berkawan dengan orang yang salah, jangan biar mereka mengikut trend/influencer yang memberi pengaruh buruk.
Tahukah anda adik tadi jika disabit kesalahan, dia kemungkinan besar akan menghabiskan masanya sehingga 30 tahun dalam penjara.
Al Quran (1400 tahun dahulu) menceritakan penyesalan ahli neraka yang salah memilih kawan,
Surah Al-Furqan 25:28
يَٰوَيْلَتَىٰ لَيْتَنِى لَمْ أَتَّخِذْ فُلَانًا خَلِيلًا
"CELAKANYA aku, alangkah baiknya kalau aku tidak mengambil si dia itu menjadi sahabat karib!
Tetapi Al Quran tidak mengajar kita bersikap pessimist. Tidak sekali-kali pada diri sendiri dan pada orang lain. Selagi kita masih hidup, selagi adik 304 masih hidup, jangan kita melabel sebagai manusia tidak guna, sia-sia hidup.
۞ قُلۡ يَـٰعِبَادِىَ ٱلَّذِينَ أَسۡرَفُواْ عَلَىٰٓ أَنفُسِهِمۡ لَا تَقۡنَطُواْ مِن رَّحۡمَةِ ٱللَّهِ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ يَغۡفِرُ ٱلذُّنُوبَ جَمِيعًا‌ۚ إِنَّهُ ۥ هُوَ ٱلۡغَفُورُ ٱلرَّحِيمُ (٥٣)
Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (53)
وَأَنِيبُوٓاْ إِلَىٰ رَبِّكُمۡ وَأَسۡلِمُواْ لَهُ ۥ مِن قَبۡلِ أَن يَأۡتِيَكُمُ ٱلۡعَذَابُ ثُمَّ لَا تُنصَرُونَ (٥٤)
Dan kembalilah kamu kepada Tuhan kamu dengan bertaubat, serta berserah bulat-bulat kepadaNya, sebelum kamu didatangi azab; kerana sesudah itu kamu tidak akan diberikan pertolongan. (54)
وَٱتَّبِعُوٓاْ أَحۡسَنَ مَآ أُنزِلَ إِلَيۡكُم مِّن رَّبِّڪُم مِّن قَبۡلِ أَن يَأۡتِيَڪُمُ ٱلۡعَذَابُ بَغۡتَةً۬ وَأَنتُمۡ لَا تَشۡعُرُونَ (٥٥)
Dan turutlah Al-Quran sebaik-baik (panduan hidup) yang diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu, sebelum kamu didatangi azab secara mengejut, sedang kamu tidak menyedarinya. (55)
Belum terlambat bagi sesiapa, mari menyelam di dalam lautan ibrah Al Quran. Moga generasi muda menjadi pendokong mutiara Al Quran, bangkit memahat kejayaan di pintu dunia dan diredhai Tuhan.
Untuk melihat usaha kami membimbing para remaja boleh klik di sini
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10223566792031201&id=1632112107

Who says you cannot have fun during online class 😁 With Year 1 before ending our session. Kids love to play while learni...
21/06/2021

Who says you cannot have fun during online class 😁

With Year 1 before ending our session. Kids love to play while learning.

Zaman dulu-dulu 😊
08/05/2021

Zaman dulu-dulu 😊

Assalamualaikum, Hopefully latihan-latihan yang anak-anak kita dah buat selama seminggu ini dapat membantu tulisan dan k...
05/03/2021

Assalamualaikum,

Hopefully latihan-latihan yang anak-anak kita dah buat selama seminggu ini dapat membantu tulisan dan kemahiran mereka.

Boleh share hasil lukisan & tulisan mereka dengan kami.

Semoga bermanfaat.
Share supaya dapat menolong ramai orang :) Terima kasih. Have a nice day!

Teacher Athirah

Assalamualaikum, I am sentence builder worksheet for Day 4. Boleh share kepada rakan-rakan ya. Ramai yang dah pandai bin...
04/03/2021

Assalamualaikum,

I am sentence builder worksheet for Day 4.

Boleh share kepada rakan-rakan ya.

Ramai yang dah pandai bina ayat dan tulisan lebih kemas & cantik? :)

Ok kids, It's day 3. How's your progress? Harapnya ada peningkatan ya :) Teacher Athirah Belajar rajin-rajin ya.
03/03/2021

Ok kids,

It's day 3. How's your progress?

Harapnya ada peningkatan ya :)

Teacher Athirah
Belajar rajin-rajin ya.

Assalamualaikum selamat pagi, Seperti yang dijanjikan, ini worksheet I'm a sentence builder untuk hari yang kedua. :) Ad...
02/03/2021

Assalamualaikum selamat pagi,

Seperti yang dijanjikan, ini worksheet I'm a sentence builder untuk hari yang kedua. :)

Ada yang dah siap latihan semalam?
Meh share sikit tulisan. Teacher nak tengok cantik x? :)

Assalamualaikum semua, Minggu ni sekolah dah nak buka :) Ada yang risau anak dah masuk sekolah tapi masih belum pandai b...
01/03/2021

Assalamualaikum semua,

Minggu ni sekolah dah nak buka :)

Ada yang risau anak dah masuk sekolah tapi masih belum pandai buat ayat dalam English?

Atau tulisan masih cakar ayam :(

Saya selalu gunakan latihan ini untuk anak-anak murid saya. Sesuai untuk mereka yang homeschool atau persediaan untuk sekolah.

Sangat mudah, pelajar perlukan gunting, gam & pensel warna.

1. Ajar anak-anak susun perkataan yang di dalam kotak.

2. tampal & susun di bahagian atas worksheet

3. Tulis semula di dalam garisan agar tulisan bulat-bulat & lebih besar. Mesti ikut arahan soalan. Huruf besar dan noktah.

4. Kemudian ni favourite part ramai murid, mereka diminta untuk melakarkan gambar mengikut apa yang mereka faham daripada ayat yang telah disusun.

5. Ibu bapa boleh menanda worksheet tersebut mengikut tick boxes yang disediakan.

Worksheet ini sesuai untuk anak-anak berumur 5 tahun hingga 8 tahun.

Nantikan update dr kami setiap hari ya, setiap hari kami akan berikan latihan ini selama seminggu. :)

Semoga bermanfaat. Jika rasakan ini membantu orang lain dialu-alukan share.

Address

Pandan Perdana
55300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Home Tuition Tc Athirah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category