09/04/2023
Hari ini mari kita bercerita mengenai kawan ataupun sahabat. Pentingkah kita mempunyai kawan? Jawapannya sudah tentu, ya. Dunia perhubungan itu luas. Dunia kita bukan hanya setakat dengan ahli keluarga sahaja. Jadi orang yang lebih rapat dengan kita selain keluarga sudah semestinya kawan. Normal rasanya sekiranya kita rasa sunyi apabila kita kehilangan kawan akibat berjauhan atau sebagainya. Oleh itu, selagi kita masih diberi peluang untuk berjumpa rakan-rakan kita maka hargailah masa tersebut dengan pengisian aktiviti yang berfaedah dan bermanfaat. Elakkan melakukan aktiviti tidak sihat dan mendorong kepada kemudaratan. Kawan atau sahabat yang baik adalah mereka yang sering mendoakan kesejahteraan sahabatnya serta berusaha menjadi dorongan positif kepada kawan yang lain. Jangan terlalu pilih bulu dalam berkawan tetapi jangan sampai terlalu bebas sehingga terlupa bahawa kawan boleh berubah menjadi lawan. Meskipun penting bagi anak-anak untuk memiliki teman dan hubungan sosial yang sihat, tetapi sebagai orang tua, kita perlu memastikan bahawa pergaulan mereka tidak membahayakan diri mereka sendiri atau orang lain. Oleh karena itu, kita perlu memberikan panduan dan peraturan yang jelas tentang cara anak-anak dapat menjalankan hubungan yang sihat dengan teman-teman mereka. Bersama kita membentuk generasi sihat tanpa dadah. Tingkatkan potensi melalui prestasi bukan risiko.
__________________________________________________
Lebih baik cegah. Keprihatinan kepulihan adalah kehidupan. Hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235(AADK) atau 019-626 2233 untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari adk.gov.my ketahui perkhidmatan AADK. Kempen antidadah bersama Jabatan Penerangan Malaysia