JRKV Politeknik Muadzam Shah

JRKV Politeknik Muadzam Shah Program yang ditawarkan dibawah Jabatan Rekabentuk & Komunikasi Visual adalah berteraskan kepada kreativiti dan penciptaan.

Selamat datang ke FB Rasmi Jabatan Rekabentuk & Komunikasi Visual (JRKV), PMS

โœ… Diploma Rekabentuk Grafik
โœ… Diploma Teknologi Media Cetak (WBL)

โœจ "๐‘ณ๐’‚๐’Œ๐’‚๐’“ ๐‘ด๐’‚๐’”๐’‚ ๐‘ซ๐’†๐’‘๐’‚๐’ ๐‘จ๐’๐’…๐’‚ ๐’…๐’†๐’๐’ˆ๐’‚๐’ ๐‘ฒ๐’“๐’†๐’‚๐’•๐’Š๐’—๐’Š๐’•๐’Š ๐’ƒ๐’†๐’“๐’”๐’‚๐’Ž๐’‚ ๐‘ฑ๐‘น๐‘ฒ๐‘ฝ๐‘ท๐‘ด๐‘บ" โœจ Ini adalah selaras dengan Dasar Industri Kreatif Negara yang telah memperuntukan sejumlah dana sebagai pemangkin kepada pembangunan aktiviti industry kreatif Program โ€“ program yang ditawarka

n adalah seperti berikut:

โ€ข Diploma Rekabentuk Grafik (Pengambilan pertama sesi Jun 2011)

โ€ข Diploma Teknologi Media Cetak (Pengambilan pertama pada sesi Jun 2014)

PROGRAM DIPLOMA REKABENTUK GRAFIK

Rekabentuk grafik adalah satu proses kreatif gabungan dari elemen seni dan teknologi. Gabungan kedua-dua elemen ini akan mewujudkan satu komunikasi melalui penggunaan pelbagai media, proses dan teknik yang bersesuaian. Kaedah komunikasi ini telah berubah dari sempadan tradisional kepada era baru dengan penggunaan motion graphic, komunikasi persekitaran dan media baru. Graduan akan menghasilkan rekabentuk yang akan menggambarkan elemen inovasi dan kreativiti serta berkebolehan untuk diterima bekerja di dalam industri rekabentuk grafik sama ada didalam Malaysia dan luar negara. Program ini juga menekankan kepada kepekaan/kesedaran terhadap budaya, ekonomi dan sosial. PROGRAM DIPLOMA MEDIA CETAK

Program ini memberi penekanan kepada aspek pengurusan teknikal dan teknologi percetakan semasa, meliputi percetakan pengiklanan, komersial, penerbitan, pembungkusan, pengedaran, pemasarandanpembangunanteknologi. Secara umumnya, sebahagian syarikat percetakan di Malaysia masih beroperasi dalam skala yang kecil.Industri percetakan dan penerbitan Negara perlu membuat inovasi bagi meningkatkan mutu pengeluaran kearah menjadikan Malaysia sebagai hub industry percetakan serantau.

JEMPUTAN SEBAGAI PENCERAMAH SESI TELAAH @ KPTDr. Zulina Kamarulzaman, Pensyarah Utama JRKV Politeknik Muadzam Shah telah...
04/09/2026

JEMPUTAN SEBAGAI PENCERAMAH SESI TELAAH @ KPT

Dr. Zulina Kamarulzaman, Pensyarah Utama JRKV Politeknik Muadzam Shah telah dijemput sebagai penceramah bagi Sesi Telaah @ KPT yang bertajuk โ€œ Modest Fashion, Professional Image โ€“ Tampil Bergaya, Kekal Beretikaโ€, anjuran Bahagian Standard Swasta, Jabatan Pendidikan Tinggi. Sesi ini telah diadakan di Ruang Telaah, Lobi Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Perkongsian yang disampaikan menekankan kepentingan penampilan profesional yang sopan, kemas dan bersesuaian dengan etika perkhidmatan, khususnya dalam membina keyakinan diri serta membentuk imej profesional dalam persekitaran kerja.

Lebih daripada sekadar gaya berpakaian, modest fashion turut mencerminkan nilai diri, keterampilan dan rasa hormat terhadap persekitaran profesional. Penampilan yang bersesuaian bukan sahaja menyerlahkan keterampilan diri, malah menjadi sebahagian daripada komunikasi bukan lisan yang mampu mencerminkan keyakinan, kredibiliti dan profesionalisme seseorang.

Semoga perkongsian ilmu dan kepakaran yang disampaikan oleh Dr. Zulina Kamarulzaman dapat memberikan manfaat serta membantu warga KPT dalam memahami kepentingan penampilan yang bersesuaian dengan imej profesional. Diharapkan perkongsian ini turut menjadi panduan kepada warga KPT untuk tampil sopan, kemas dan lebih yakin, di samping mengekalkan nilai etika dan profesionalisme dalam melaksanakan tugas seharian.

Turut hadir bersama dalam sesi ini ialah Encik Husaini Amir bin Azizan, Pengarah Bahagian Standard Swasta, Jabatan Pendidikan Tinggi.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Bahagian Standard Swasta, Jabatan Pendidikan Tinggi atas jemputan serta peluang yang diberikan kepada Dr. Zulina Kamarulzaman untuk berkongsi ilmu dan kepakaran dalam bidang imej dan keterampilan profesional.

โ€œStronger Together, Soaring Higherโ€

โ€œLakar Masa Depan Anda dengan Kreativiti bersama JRKV PMSโ€

Polytechnic of Muadzam Shah





PROGRAM LAWATAN AKADEMIK _THE PRINT EXPERIENCE: EXPLORING TO THE PRINTING PROCESS TECHNOLOGY_Pada 12 dan 13 Ogos 2026, J...
26/08/2026

PROGRAM LAWATAN AKADEMIK _THE PRINT EXPERIENCE: EXPLORING TO THE PRINTING PROCESS TECHNOLOGY_

Pada 12 dan 13 Ogos 2026, Jabatan Rekabentuk & Komunikasi Visual (JRKV), Politeknik Muadzam Shah telah mengadakan Program Lawatan Akademik _The Print Experience: Exploring to the Printing Process Technology_ ke Photobook Malaysia Sdn Bhd, Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) dan IPMEX 2026 di MITEC.

Lawatan ini melibatkan 30 orang pelajar Diploma Teknologi Media Cetak (DMC) daripada kelas DMC 2A dan DMC 2B, diiringi oleh beberapa orang pensyarah program DMC dan DRG.

Sepanjang lawatan ke Photobook Sdn Bhd dan PNMB, pelajar didedahkan dengan operasi sebenar dalam industri percetakan, terutama proses cetakan offset dan percetakan digital. Melalui lawatan ini, pelajar dapat berinteraksi secara langsung dengan tenaga pakar, menyaksikan penggunaan teknologi dan mesin terkini, serta memahami amalan terbaik dalam penghasilan produk percetakan. Pengalaman ini bukan sahaja meningkatkan pengetahuan praktikal pelajar, tetapi juga memberi inspirasi dan pemahaman yang lebih mendalam tentang kerjaya mereka di masa hadapan. Seterusnya, pelajar dibawa ke lawatan IPMEX 2026 di MITEC bagi melihat tentang perkembangan inovasi teknologi terkini, jentera canggih, dan amalan mampan dalam industri percetakan, pembungkusan, dan komunikasi visual di rantau ASEAN.

Semoga lawatan ini dapat memperkukuhkan pengetahuan, meningkatkan pemahaman praktikal pelajar, pendedahan kepada teknologi terkini, kemahiran insaniah, dan membina hubungan strategik dengan industri, sekaligus mempersiapkan mereka untuk kerjaya dalam sektor percetakan.

๐ŸŽจโœจ VICAMP COLLOQUIUM 14: VISCOM INNOVATION CAMPโœจ๐ŸŽจJabatan Rekabentuk & Komunikasi Visual (JRKV), Politeknik Muadzam Shah ...
10/08/2026

๐ŸŽจโœจ VICAMP COLLOQUIUM 14: VISCOM INNOVATION CAMPโœจ๐ŸŽจ

Jabatan Rekabentuk & Komunikasi Visual (JRKV), Politeknik Muadzam Shah dengan sukacitanya membawakan VICAMP โ€“ Viscom Innovation Camp, Session 1: 2026/2027.

๐Ÿ“… Tarikh:11 Ogos 2026
โฐ Masa:8.00 pagi โ€“ 5.00 petang
๐Ÿ’ป Tempat:Secara atas talian

VICAMP Colloquium 14 merupakan platform akademik yang dianjurkan bagi menilai proposal, idea awal dan perancangan projek akhir tahun (Final Year Project) pelajar semester akhir bagi program:

๐ŸŽจ Diploma Rekabentuk Grafik (DRG)
๐Ÿ–จ๏ธ Diploma Teknologi Media Cetak (DMC)

Program ini turut menampilkan perkongsian ilmu, pandangan profesional dan pengalaman daripada barisan panel akademik serta industri yang berpengalaman dalam bidang reka bentuk grafik dan percetakan.

๐Ÿ‘ค Encik Mohammad Naim & Encik Ahmad Syahmi
Director, NA Media Sdn. Bhd. & Creative Designer Cetak Now

๐Ÿ‘ค Prof. Siti Farhana & Encik Muhammad Hafiz
Associate Professor, College of Creative Art (UiTM)&
Senior Graphic Designer, Percetakan Bumi Restu

๐Ÿ’ก Melalui sesi kolokium ini, para pelajar berpeluang membentangkan idea, konsep dan proposal projek,seterusnya menerima pandangan, komen serta cadangan penambahbaikan daripada panel yang berpengalaman bagi memastikan projek akhir yang dirancang lebih kreatif, relevan, inovatif dan mempunyai potensi untuk dibangunkan.

โœจ Semoga VICAMP Colloquium 14 menjadi pemangkin kepada penghasilan projek akhir yang berkualiti serta mencerminkan kreativiti dan kompetensi pelajar JRKV.

โ€œLakar Masa Depan Anda dengan Kreativiti bersama JRKV PMS.โ€๐ŸŽจ

๐ŸŽ‰ Tahniah kepada Peserta Program Pemerkasaan Kompetensi Digital Pensyarah (Adobe Certified Professional) ๐ŸŽ‰Unit E-Learnin...
06/08/2026

๐ŸŽ‰ Tahniah kepada Peserta Program Pemerkasaan Kompetensi Digital Pensyarah (Adobe Certified Professional) ๐ŸŽ‰

Unit E-Learning Politeknik Muadzam Shah (PMS) telah berjaya menganjurkan Program Pemerkasaan Kompetensi Digital Pensyarah (Adobe Certified Professional) pada 4 Ogos 2026 (Selasa) bertempat di Makmal Grafik 1, Jabatan Rekabentuk & Komunikasi Visual (JRKV), Politeknik Muadzam Shah.

Program ini dikendalikan oleh Ts. Nurul Fadzilah binti Abdul Wahab dan Ts. Fatin Nabihah binti Saari serta dibantu oleh En. Wan Ahmad Iman bin Wan Zainuddin. Penganjuran program ini bertujuan memperkukuh kompetensi digital pensyarah melalui latihan intensif serta pensijilan profesional bertaraf antarabangsa dalam penggunaan aplikasi Adobe yang menjadi standard industri kreatif.

Seramai 7 orang pensyarah JRKV telah berjaya memperoleh pensijilan Adobe Certified Professional seperti berikut:

โœจ Adobe Certified Professional โ€“ Visual Design Using Adobe Photoshop

Diploma Rekabentuk Grafik (DRG)
โ€ข Pn. Safiani binti Hj. Osman

โœจ Adobe Certified Professional โ€“ Graphic Design & Illustration Using Adobe Illustrator

Diploma Rekabentuk Grafik (DRG)
โ€ข Pn. Haizatul Akma binti Hazali
โ€ข Dr. Norazean binti Miswat
โ€ข Pn. Nur Atiqah binti Abdullah Johar
โ€ข En. Muhammad Ikqbar bin Kamarulzaman

Diploma Teknologi Media Cetak (WBL)
โ€ข Ts. Norizzati binti Abd. Latif
โ€ข Ts. Nafisah binti Mat Nasir

Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pensyarah yang telah berjaya memperoleh pensijilan profesional ini. Kejayaan ini membuktikan komitmen warga JRKV dalam memperkasakan kemahiran profesional, meningkatkan kompetensi digital serta memastikan pengajaran dan pembelajaran sentiasa relevan dengan kehendak industri kreatif masa kini.

Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga Politeknik Muadzam Shah untuk terus meningkatkan kompetensi, memperkukuh budaya pembelajaran sepanjang hayat dan melakar lebih banyak kejayaan pada masa hadapan.

โœจ โ€œStronger Together, Soaring Higherโ€ โœจ

โ€œLakar Masa Depan Anda dengan Kreativiti bersama JRKV PMSโ€






Selamat berjaya diucapkan kepada 5 orang pensyarah Jabatan Rekabentuk & Komunikasi Visual, Politeknik Muadzam Shah bagi ...
02/08/2026

Selamat berjaya diucapkan kepada 5 orang pensyarah Jabatan Rekabentuk & Komunikasi Visual, Politeknik Muadzam Shah bagi urusan validasi kenaikan pangkat bagi gred DH13, DH12 dan DH10 bagi tahun 2026. Semoga dipermudahkan segala urusan!
VALIDASI GRED DH13
๐ŸŒŸPn. Zahana binti Yusoff (Ketua Jabatan)
๐ŸŒŸTs. Nor Azilah binti Azmil
VALIDASI GRED DH12
๐ŸŒŸTs. Hazwani binti Hashim
VALIDASI GRED DH10
๐ŸŒŸPn. Noor Yuslizawati binti Yusof
๐ŸŒŸEn. Mohd Firdaus bin Mohd Fauzi
Seluruh warga JRKV PMS mendoakan agar segala urusan dipermudahkan buat kesemua calon validasi bagi sesi kali ini. Semoga berjaya dan mendapat kenaikan ke gred baharu nanti.

โ€œStronger Together, Soaring Higherโ€

โ€œLakar Masa Depan Anda dengan Kreativiti bersama JRKV PMSโ€

Polytechnic of Muadzam Shah





All the Best Team JRKV PMS!๐Ÿ†Semoga berjaya kepada Nurul Fatin Najwa binti Mohd Rodi dan Nurul Fatin Aqilah binti Ismail ...
02/08/2026

All the Best Team JRKV PMS!๐Ÿ†
Semoga berjaya kepada Nurul Fatin Najwa binti Mohd Rodi dan Nurul Fatin Aqilah binti Ismail yang akan beraksi dalam POLYCCSkills 2026 bidang Graphic Design Technology di bawah bimbingan En. Muhammad Hafizuddin bin Azhar, Ts. Nor Azilah binti Azmil dan Ts. Farhah binti Mohd Shafiei.

๐—ฆ๐—˜๐—ฆ๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—๐—จ๐—ฅ๐—œ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—”๐—ก๐——๐—œ๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—œ๐—ก๐—ข๐—ฉ๐—”๐—ฆ๐—œ ๐—ง๐—ฉ๐—˜๐—ง ๐—ž๐—˜๐—•๐—”๐—ก๐—š๐—ฆ๐—”๐—”๐—ก (๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ฆ๐—”) ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ๐Ÿ“… Tarikh: 28 Julai 2026 (Selasa)๐Ÿ“ Tempat: Kolej Komunit...
30/07/2026

๐—ฆ๐—˜๐—ฆ๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—๐—จ๐—ฅ๐—œ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—”๐—ก๐——๐—œ๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—œ๐—ก๐—ข๐—ฉ๐—”๐—ฆ๐—œ ๐—ง๐—ฉ๐—˜๐—ง ๐—ž๐—˜๐—•๐—”๐—ก๐—š๐—ฆ๐—”๐—”๐—ก (๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ฆ๐—”) ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

๐Ÿ“… Tarikh: 28 Julai 2026 (Selasa)
๐Ÿ“ Tempat: Kolej Komuniti Masjid Tanah, Melaka

Sesi penjurian bagi Pertandingan Inovasi TVET Kebangsaan (PERISA) 2026 telah berlangsung dengan jayanya. Program ini merupakan inisiatif tahunan yang dirangka bagi menggalakkan pembangunan idea kreatif melalui penyelidikan, inovasi dan aplikasi teknologi dalam pelbagai bidang TVET. PERISA โ€™26 terbuka kepada penyertaan daripada pelbagai lapisan termasuk individu, pelajar, penyelidik serta warga institusi pendidikan, sekali gus menjadikannya platform yang inklusif untuk mengetengahkan idea dan produk inovasi berimpak tinggi.

Pensyarah Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual (JRKV), Politeknik Muadzam Shah, Ts. Nurul Fadzillah binti Abdul Wahab, telah menerima jemputan dan lantikan sebagai panel juri bagi pertandingan ini.

Semoga amanah yang diberikan ini terus menjadi pengiktirafan terhadap kepakaran warga JRKV PMS dalam bidang reka bentuk dan inovasi, di samping menyumbang kepada pemerkasaan budaya penyelidikan, inovasi serta kecemerlangan TVET. Semoga pencapaian ini turut menjadi inspirasi kepada seluruh warga Politeknik Muadzam Shah untuk terus mengorak langkah ke arah kecemerlangan.

โ€œStronger Together, Soaring Higherโ€

โ€œLakar Masa Depan Anda dengan Kreativiti bersama JRKV PMSโ€

Polytechnic of Muadzam Shah





๐ŸŽ‰ PROGRAM LEVEL UP REALITY: PENGENALAN DUNIA IMMERSIVE TECH BERJAYA DILAKSANAKAN ๐ŸŽ‰Alhamdulillah, Program Level Up Realit...
29/07/2026

๐ŸŽ‰ PROGRAM LEVEL UP REALITY: PENGENALAN DUNIA IMMERSIVE TECH BERJAYA DILAKSANAKAN ๐ŸŽ‰

Alhamdulillah, Program Level Up Reality: Pengenalan Dunia Immersive Tech sempena National Training Week (NTW) 2026 telah berjaya dilaksanakan pada 29 Julai 2026 secara hybrid di Bilik E-Learning, Politeknik Muadzam Shah dan Google Meet.

Program ini telah dikendalikan oleh Encik Muhammad Hafizuddin bin Azhar, yang berkongsi ilmu serta pendedahan mengenai teknologi imersif seperti Virtual Reality (VR), Augmented Reality (AR), Mixed Reality (MR) dan Extended Reality (XR) serta potensi penggunaannya dalam bidang pendidikan, industri dan inovasi digital.

Seramai 101 orang peserta telah menyertai kursus ini, melibatkan 20 orang peserta secara fizikal di Bilik E-Learning Politeknik Muadzam Shah dan 81 orang peserta secara dalam talian, yang terdiri daripada pelajar serta komuniti.

Sepanjang sesi berlangsung, para peserta didedahkan kepada konsep asas teknologi imersif, perbezaan antara VR, AR, MR dan XR, aplikasi teknologi dalam pelbagai sektor serta peluang pembangunan kandungan digital yang semakin mendapat perhatian dalam era Revolusi Industri 4.0.

Terima kasih diucapkan kepada semua peserta, penceramah dan pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga perkongsian ilmu ini dapat memberi inspirasi kepada peserta untuk meneroka dunia teknologi imersif dan memanfaatkan teknologi digital dalam pembelajaran, kerjaya serta inovasi masa hadapan."Level Up Your Reality!"




๐ŸŽ‰โœจ SEKALUNG TAHNIAH โœจ๐ŸŽ‰Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada๐ŸŒŸ Ts. Nur Hidayah binti Mohiddin ๐ŸŒŸKetua Program Diploma Te...
28/07/2026

๐ŸŽ‰โœจ SEKALUNG TAHNIAH โœจ๐ŸŽ‰

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada

๐ŸŒŸ Ts. Nur Hidayah binti Mohiddin ๐ŸŒŸ
Ketua Program Diploma Teknologi Media Cetak
Jabatan Rekabentuk & Komunikasi Visual (JRKV), Politeknik Muadzam Shah

atas Perakuan Pendaftaran sebagai Teknologis Profesional (Professional Technologist โ€“ Ts.) yang dianugerahkan oleh Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT).

Pengiktirafan ini merupakan satu pencapaian yang membanggakan serta membuktikan komitmen, kepakaran dan profesionalisme beliau dalam bidang teknologi dan pendidikan TVET.

Seluruh warga Jabatan Rekabentuk & Komunikasi Visual (JRKV), khususnya Program Diploma Teknologi Media Cetak (DMC), amat berbangga dengan kejayaan ini. Semoga pengiktirafan tersebut menjadi inspirasi kepada warga akademik dan pelajar untuk terus memperkasa ilmu, meningkatkan kompetensi profesional serta melakar lebih banyak kejayaan pada masa hadapan.

๐Ÿ’ Syabas dan tahniah atas pencapaian yang membanggakan ini. Semoga terus cemerlang dalam menggalas amanah serta memartabatkan bidang teknologi media cetak.

"Lakar Masa Depan Anda dengan Kreativiti bersama JRKV PMS"






SYABAS & TAHNIAH ATAS PEMANGKUAN KENAIKAN PANGKAT KE GRED DH14, DH13, DH12 dan DH10.Sekalung tahniah diucapkan kepada Pe...
27/07/2026

SYABAS & TAHNIAH ATAS PEMANGKUAN KENAIKAN PANGKAT KE GRED DH14, DH13, DH12 dan DH10.

Sekalung tahniah diucapkan kepada Pensyarah Jabatan Rekabentuk Komunikasi Visual (JRKV), Politeknik Muadzam Shah atas kejayaan menerima pemangkuan gred DH14, DH13, DH12 dan DH10.

DH14
* Zamzuri bin Arrippin
* Dr. Zulina binti Kamarulzaman

DH13
* Nurshima Emalina binti Sharif

DH12
* Muhammad Nasuha bin Yusop
* Mohamad Azmir bin Ahmad
* Ts. Nafisah binti Mat Nasir
* Nur Atiqah binti Abdullah Johar
* Dr. Rosmarwati binti Abd. Rahman

DH10
* Ts. Farhah binti Mohd Shafiei
* Ts. Fatin Nabihah binti Saari
* Ts. Noor Idayu binti Bujang
* Ts. Nurul Fadzillah binti Abdul Wahab

Semoga dengan kejayaan kenaikan pangkat ini mampu memberi inspirasi kepada semua warga pendidik dan warga JRKV Politeknik Muadzam Shah untuk terus berusaha dengan gigih dalam melaksanakan tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan.

โ€œStronger Together, Soaring Higherโ€

โ€œLakar Masa Depan Anda dengan Kreativiti bersama JRKV PMSโ€

Polytechnic of Muadzam Shah





Address

Lebuhraya Tun Abdul Razak
Pahang Tua
26700

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+6094502005

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JRKV Politeknik Muadzam Shah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to JRKV Politeknik Muadzam Shah:

Shortcuts

Share

Category