Perpustakaan Siber Politeknik Muadzam Shah

Perpustakaan Siber Politeknik Muadzam Shah Perpustakaan Siber Politeknik Muadzam Shah diwujudkan bagi membantu proses Pembelajaran dan Pengajar Ia terletak di tingkat satu bangunan kuliah pelajar.

Pengenalan

Perpustakaan ini diasaskan bermula pada bulan Julai 2004. Bermula dengan sebuah bilik modul yang menempatkan hampir 2000 buah modul pelajar politeknik, dan dengan penambahbaikan yang telah dilaksanakan, pelajar dapat menikmati kemudahan yang lebih selesa walaupun dengan status politeknik yang masih menumpang di Sekolah Menengah Teknik Muadzam Shah. Pada Disember 2010, perpustakaan Poli

teknik Muadzam Shah telah memulakan operasinya di kampus tetap PMS dengan infrastruktur dan kemudahan yang lebih baik. Memiliki bangunan 2 tingkat yang tersergam dan kondusif sebagai mercu tanda keagungan ilmu, perpustakaan PMS telah menyediakan pelbagai kemudahan yang diatur secara berperingkat untuk semua pengguna. Fungsi

Perpustakaan Politeknik Muadzam Shah diwujudkan untuk membantu proses pembelajaran dan pengajaran pelajar Politeknik ini. Ia juga diwujudkan bertujuan untuk memainkan peranan sebagai pusat maklumat kepada pengguna khususnya staf dan pelajar Politeknik Muadzam Shah. Fasiliti

Pada ketika ini, Perpustakaan Siber Politeknik Muadzam Shah menyediakan pelbagai kemudahan selain tempat yang selesa dan kondusif. Sesuai dengan penambahbaikan yanng dilaksanakan, perpustakaan PMS kini mempunyai beberapa kemudahan canggih bagi memudahkan proses pelaksanaan di bahagian Sirkulasi khasnya. Antara kemudahan yang disediakan adalah:-

- Self Check (Sistem Pinjaman Melalui KIOSK)
- Book Drop (Sistem Pemulangan Bahan Melalui "ATM" Book Drop Machine)
- Ruang Siber
- Web OPAC (Sistem Pencarian Bahan Koleksi Melalui Online)

Keahlian

Keahlian Perpustakaan adalah dibuka kepada semua pelajar, pensyarah dan staf Politeknik Muadzam Shah. Untuk makluman semua, Kelayakan meminjam bahan bagi pelajar adalah sebanyak 2 naskah buku selama 2 minggu manakala pensyarah/staf p**a boleh meminjam sebanyak 4 naskah buku 3 minggu. Denda lewat memulangkan buku adalah dua puluh sen sehari. Waktu Perkhidmatan

Isnin - Jumaat : 8.30 pagi – 4.45 petang

Jumaat : 8.30 pagi – 12.00 t/hari, 2.45 petang - 4.45 petang
Sabtu, Ahad & Cuti umum : Tutup

30/04/2019

"Trend terkini membaca melalui Sumber Elektronik"

Perkhidmatan Maklumat EBSCO (EBSCOHost) merupakan pangkalan data terbesar yang menyediakan akses kepada e-Buku, artikel daripada beribu-ribu judul e-Jurnal dan pelbagai sumber maklumat daripada lebih 100 pangkalan data. Selain membuat carian/memuat turun artikel jurnal, pengguna juga boleh mengakses sebanyak 5,277 judul e-buku dalam pelbagai subjek, antaranya kesenian, perniagaan, ekonomi, pendidikan, pemasaran, sains sosial, perubatan dan lain-lain. EBSCOHost merupakan antara pangkalan data yang pop**ar di dunia, dan telah digunakan secara meluas di kebanyakan perpustakaan dan komuniti perniagaan selama lebih daripada 60 tahun. Tontoni video tutorial mengenai panduan penggunaan pangkalan data EBSCO secara berkesan di Saluran Youtube EBSCOHost untuk lebih kefahaman.

Pastikan anda sudah mendaftar sebagai ahli u-Pustaka. Layari http://www.u-library.gov.my/ atau imbas pada QR code. Akses hanya di dalam premis PNM sahaja.



23/04/2019



22/04/2019

Semasa menunggu, sama ada di hospital, klinik, perhentian bas, sebelum mesyuarat bermula, menanti tiba di destinasi dan sebagainya, isi masa terluang dengan membaca. Sekejap tetapi bermanfaat.



11/04/2019

Al-Hasan Al-Bashriy rahimahullaah, beliau pernah berkata:
“Sungguh aku mempelajari satu bab dari ilmu lalu aku mengajarkannya kepada seorang Muslim di jalan Allah (aitu mempelajari dan mengajarkannya karena Allah semata) lebih aku cintai daripada aku mempunyai dunia seluruhnya.” (Al-Majmuu’ Syarh Al-Muhadzdzab, karya Al-Imam An-Nawawiy, 1/21)

10/04/2019
Budaya membaca di kalangan pemimpin.
25/02/2019

Budaya membaca di kalangan pemimpin.


Ada orang tanya saya, buku apa yang Dr Sam baca sekarang?

Hmmmm, sebenarnya ada 11 buku yg saya SEDANG baca, ada yg hampir habis, ada yang 30%, dan berharap akan habis sebelum masuk bulan Mei nanti. Senarai buku tersebut;

1) Al-Ahkam al Sulthaniah - al Mawardi
2) Sejarah Darul Iman - Misbaha
3) Strategies of Prophet Muhammad - Omar Khayyam Sheikh
4) Commanders of the Muslim Army - Mahmood Ahmad Ghadanfar
5) A Higher Loyalty - James Comey
6) Fear - Bob Woodward
7) Soldier Spy - Tom Marcus
8) Dark Actors - Dr Robert Lewis
9) Prisoners of Geography - Tim Marshall
10) Who Thought This Was A Good Idea - Alyssa Mastromonaco
11) The Fourth Industrial Revolution - Klaus Schwab

Bukan nak kempen buku, cuma nak kempen baca buku. Jom!

DEKAD MEMBACA KEBANGSAANDekad Membaca Kebangsaan (DMK) 2020-2030 adalah inisiatif Kerajaan yang berhasrat  menjadikan Ma...
22/01/2019

DEKAD MEMBACA KEBANGSAAN

Dekad Membaca Kebangsaan (DMK) 2020-2030 adalah inisiatif Kerajaan yang berhasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara berbudaya membaca dan menjadikan rakyat Malaysia berilmu bertaraf dunia selari dengan slogannya iaitu . Bagi menyokong dan merealisasikan DMK semua Kementerian, Jabatan dan Agensi khususnya melalui sektor perpustakaan akan terlibat secara langsung dan perlu menjalankan pelbagai aktiviti/galakan membaca dan kelimuan. Dalam hal ini, Perpustakaan Negara Malaysia telah dipertanggungjawabkan untuk menerajui Jawatankuasa Kecil Pelaksana Sektor Perpustakaan selain menganggotai Jawatankuasa Induk dan juga Jawatankuasa Pelaksana DMK.



KUALA LUMPUR IBU KOTA BUKU DUNIA 2020

Kuala Lumpur telah diiktiraf sebagai Ibu Kota Buku Dunia (World Book Capital) yang ke-20 pada tahun 2020. Pengiktirafan ini diberikankan oleh UNESCO kepada sesebuah bandar raya yang menunjukkan komitmen yang tinggi kepada penganjuran aktiviti, promosi buku dan pembacaan. Sehubungan itu Bandar raya Kuala Lumpur menerusi pelbagai sektor/organisasi tidak terkecuali sektor perpustakaan akan melaksanakan pelbagai aktiviti perbukuan, kesusasteraan dan gerakan membaca bermula pada 23 April 2020 hingga 22 April 2021. Di bawah naungan UNESCO, Kuala Lumpur telah bersedia untuk bergerak ke peringkat antarabangasa dengan slogan KL BACA : Menyantuni Masyarakat Melalui Pembacaan (KL BACA: Caring Through Reading).

Pendaftaran ahli kelab baharu... Tahniah
21/01/2019

Pendaftaran ahli kelab baharu... Tahniah


Penggunaan kaedah 'QR Code' untuk carian buku di rak.
16/01/2019

Penggunaan kaedah 'QR Code' untuk carian buku di rak.


Jom Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik Muadzam Shah
11/01/2019

Jom Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik Muadzam Shah


11/01/2019

Promosi 'Dekad Membaca Kebangsaan'

Pro Pms

Address

Politeknik Muadzam Shah, Lebuhraya Tun Abdul Razak
Pahang Tua
26700

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perpustakaan Siber Politeknik Muadzam Shah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category