27/02/2025
โ๏ธ ๐ฆ๐๐ ๐๐ก๐๐ฅ ๐๐๐๐๐๐ก ๐ฃ๐๐ก๐ฌ๐๐๐๐๐๐๐๐ก, ๐ง๐๐๐๐ก๐๐๐๐ ๐ฃ๐๐ฃ๐๐ฅ ๐๐๐ก ๐ฃ๐๐ก๐จ๐๐๐ฆ๐๐ก ๐๐๐ฃ๐ข๐ฅ๐๐ก ๐ฃ๐ฅ๐ข๐๐๐ ๐ง๐๐๐จ๐ก ๐๐๐๐๐ฅ ๐๐๐๐ ๐ฃ๐๐ก๐ฆ๐ฌ๐๐ฅ๐๐ ๐๐๐ก ๐ฃ๐๐๐๐๐๐ฅ ๐๐๐ฃ๐๐ข๐ ๐ ๐๐ข๐๐๐ ๐ฉ๐ข๐๐๐ฆ๐๐ข๐ก๐๐ ๐ ๐จ๐๐๐ญ๐๐ ๐ฆ๐๐๐ ๐ง๐๐๐จ๐ก ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฑ โ๏ธ
Pada 20 Februari 2025 (Khamis) baru-baru ini, Jabatan Penyelidikan dan Inovasi Kolej Vokasional Muadzam Shah, Pahang telah mengadakan Seminar Kajian Penyelidikan, Technical Paper dan Penulisan Laporan Projek Tahun Akhir bagi pensyarah dan pelajar Diploma Kolej Vokasional Muadzam Shah.
Seminar ini bertujuan untuk memberi pendedehan kajian yang berkualiti, Membantu pelajar memahami isi-isi penting di dalam slide, meningkatkan kemahiran pelajar dan pensyarah dalam mengurus sumber rujukan secara efisen dan memberi pendedahan kepada pensyarah berkaitan penulisan technical Paper.
Seminar ini telah berlangsung dalam dua slot. slot pertama pada jam 9.00 pagi dihadiri oleh semua pensyarah diploma program dan slot kedua dihadiri oleh pelajar pada jam 10.00 pagi.
Seminar ini telah disampaikan oleh encik Muhammad Fazrulhelmi bin Ahmad yang merupakan pensyarah dari Jabatan Teknologi Maklumat, Pusat Pengajian Diploma UTHM. Beliau telah berkongsikan berkaitan kaedah penulisan laporan akhir yang berkualiti dan mengikut standard yang betul disamping memberi input baharu kepada pelajar berkaitan penulisan laporan akhir ini.
Diharapkan seminar ini dapat memberikan nilai tambah kepada semua pensyarah diploma sebagai penyelia kepada projek tahun akhir pelajar. Diharapkan juga pelajar dapat mengaplikasikan ilmu yang diperoleh ini dalam penulisan laporan projek tahun akhir yang berkualiti dan memenuhi keperluan program. InsyaAllah.