PASTI As-Syakirin Bandar Universiti Pagoh

PASTI As-Syakirin Bandar Universiti Pagoh PUSAT ASUHAN TUNAS ISLAM (PASTI)

02/04/2026

Jemputan buat seluruh warga PASTI Kawasan Pagoh, Para Murid, Ibu Bapa dan Alumni PASTI Kawasan Pagoh ke :
πŸŽ‰ Rumah Terbuka Aidilfitri PASTI Kawasan Pagoh
πŸ“ Dataran Restoran Lamisa (Sebelah Shell Bukit Pasir)
πŸ“… 12 April 2026
⏰ 11.00 pagi – 3.00 petang

Ayuh kita eratkan ukhuwwah, semua dijemput hadir bersama keluarga πŸ€—

🌿✨ LAWATAN SAMBIL BELAJAR PASTI AS-SYAKIRIN 2025 ✨🌿Pada 8 November 2025 (Sabtu), murid-murid PASTI As-Syakirin telah men...
09/11/2025

🌿✨ LAWATAN SAMBIL BELAJAR PASTI AS-SYAKIRIN 2025 ✨🌿
Pada 8 November 2025 (Sabtu), murid-murid PASTI As-Syakirin telah mengadakan lawatan pendidikan ke Taman Rama-Rama & Reptilia Melaka. πŸ¦‹πŸ

Lawatan ini memberi peluang kepada anak-anak untuk mengenali pelbagai jenis rama-rama yang berwarna-warni dan reptilia yang unik. Seronok betul melihat wajah teruja mereka sambil menimba ilmu di luar bilik darjah! πŸ˜πŸ“š

Terima kasih kepada semua guru dan ibu bapa yang terlibat menjayakan program ini. 🌸

Tak kenal maka tak cinta, jom kenali Rasulullah SAW agar tertanamnya cinta kita pada baginda Rasulullah SAW
07/09/2025

Tak kenal maka tak cinta, jom kenali Rasulullah SAW agar tertanamnya cinta kita pada baginda Rasulullah SAW

*JEMPUTAN MAULIDUR RASUL 1447H, CERAMAH PA|_ESTI3 & SOLAT HAJAT SEMPENA SUMUD NUSANTARA**"PASTI AS-SYAKIRIN BERSOLIDARIT...
06/09/2025

*JEMPUTAN MAULIDUR RASUL 1447H, CERAMAH PA|_ESTI3 & SOLAT HAJAT SEMPENA SUMUD NUSANTARA*
*"PASTI AS-SYAKIRIN BERSOLIDARITI"*

Dengan penuh takzim, semua penduduk kariah Taman Harmoni Vista & Taman Harmoni Permai dijemput hadir bagi memeriahkan majlis:

πŸ“… Tarikh: 8 September 2025 (Isnin)
πŸ•– Masa: 7.00 PM – 10.45 PM
πŸ“ Tempat: PASTI As-Syakirin, No.43, Jalan Harmoni Vista 5, Taman Harmoni Vista Edu Hub Pagoh

πŸ—“οΈ Tentatif Program:
πŸ•– 7.00 PM – Kehadiran peserta
πŸ•Œ 7.20 PM – Solat Maghrib berjemaah
πŸ“Ώ 7.40 PM – Bacaan Zikir al-Mathurat
πŸ•Œ 8.30 PM – Solat Isyak berjemaah
🀲 8.45 PM – Solat Hajat & Munajat
πŸ“– 9.00 PM – Tazkirah Maulidur Rasul
🎀 9.30 PM – Ceramah Pa|est!€
πŸ‘€ Oleh: Dr. Ustaz Shafiq Sahimi
πŸ› 10.15 PM – Jamuan ringan
πŸšΆβ€β™‚οΈ 10.45 PM – Bersurai

🀝 Anjuran Bersama:
β€’ PASTI As-Syakirin
β€’ NGO Pagoh Prihatin

πŸ‡΅πŸ‡Έ Ayuh Semarakkan cinta kepada Rasulullah SAW.
πŸŒ™ Ayuh bersama menunjukkan solidariti buat saudara kita di G!
πŸ“’ Sebarkan, ajak keluarga dan sahabat hadir bersama!

πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡Ύ


!3

*"Barang siapa yang berselawat kepadaku sekali, Allah akan berselawat kepadanya sepuluh kali..."*
(Hadis Riwayat Muslim)

12/08/2025

π—žπ—˜π—‘π—¬π—”π—§π—”π—”π—‘ π— π—˜π——π—œπ—” :
π—šπ—¨π—₯𝗨 π—£π—”π—¦π—§π—œ π—§π—”π—‘π—šπ—šπ—¨π—‘π—šπ—π—”π—ͺ𝗔𝗕 𝗣𝗔𝗦, π—‘π—œπ—ž π—‘π—”π—­π— π—œ π—£π—˜π—₯π—Ÿπ—¨ π— π—œπ—‘π—§π—” π—žπ—˜π—₯𝗔𝗝𝗔𝗔𝗑 π—™π—’π—žπ—¨π—¦ π—œπ—¦π—¨ π—šπ—¨π—₯𝗨 π——π—œ 𝗕𝗔π—ͺ𝗔𝗛 π—§π—”π—‘π—šπ—šπ—¨π—‘π—šπ—π—”π—ͺ𝗔𝗕 π—žπ—˜π—₯𝗔𝗝𝗔𝗔𝗑

PASTI Malaysia memandang serius kenyataan YB Nik Nazmi, Ahli Parlimen Setiawangsa, yang cuba menggambarkan PASTI seolah-olah melanggar undang-undang. Kenyataan tersebut jelas mengabaikan fakta sejarah, peranan, dan sumbangan besar PASTI kepada masyarakat dan negara.

1. PASTI Sah di Sisi Undang-undang
PASTI telah beroperasi sejak 1984 dan sehingga kini mempunyai alumni melebihi satu juta pelajar. Jika PASTI sebuah institusi yang tidak sah, sudah tentu pihak Kerajaan telah lama mengharamkan PASTI dari beroperasi. Sebaliknya pihak Kerajaan sendiri turut mengiktiraf PASTI apabila Kerajaan melalui Pejabat Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) pada Julai 2020 telah memberikan sumbangan RM100,000.00 kepada PASTI semasa isu pendemik covid-19.

2. Sumbangan PASTI Kepada Negara
Tanpa menggunakan dana kerajaan, PASTI telah mendidik ratusan ribu kanak-kanak dengan pendidikan pra-sekolah berteraskan Islam. Kejayaan ini terbukti apabila jumlah murid meningkat setiap tahun hasil kepercayaan ibu bapa terhadap kualiti pendidikan dan pembentukan sahsiah murid.

3. Guru PASTI: Ikhlas Berkhidmat, Tetap Dijaga Kebajikan
Guru-guru PASTI merupakan ahli PAS yang datang dari pelbagai latar belakang akademik termasuk PhD, Sarjana dan Ijazah. Mereka memberikan khidmat secara sukarela dan sepenuh hati sebagai satu bentuk perjuangan. Walaupun menerima saguhati, mereka turut mendapat bantuan kebajikan dan inisiatif meringankan kos sara hidup. Semua guru PASTI juga dibenarkan untuk mencaruman dengan PERKESO melalui Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) dan KWSP di bawah iSaraan.

4. Perbandingan Tidak Wajar
Adalah tempang untuk membandingkan PASTI dengan institusi pendidikan swasta komersial. Guru PASTI adalah pendidik sukarela yang berjuang demi agama dan bangsa.
Jika Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan mengesahkan guru takmir tidak tertakluk kepada gaji minimum dan Kerajaan tidak bercadang menyediakan skim caruman KWSP dan PERKESO kerana guru takmir tidak memenuhi takrifan pekerja, maka kenapa isu gaji minimum, caruman KWSP dan PERKESO guru PASTI yang juga bukan pekerja p**a dibangkitkan?

5. Persoalan Besar kepada Kerajaan
Jika benar kebajikan guru adalah keutamaan YB, mengapa isu gaji guru takmir dan guru KAFA yang berada di bawah tanggungjawab kerajaan masih belum diselesaikan sehingga hari ini? Mengapa kerajaan begitu teruja menyerang PASTI jika ianya bukan bermotifkan politik?

Kesimp**an
PASTI Malaysia menegaskan bahawa serangan politik terhadap PASTI adalah tindakan yang tidak menghormati jasa pendidik yang telah membina asas pendidikan Islam sejak 1984. Jika benar prihatin, kerajaan sepatutnya menyelesaikan isu gaji guru di bawah jagaan sendiri terlebih dahulu sebelum mempersoalkan sebuah gerakan pendidikan yang tidak membebankan kewangan negara.

PASTI – Membina Generasi Rabbani

Ustaz Mohd Aizat bin Zakaria
Ketua Sektor Pendidikan
Dewan Pemuda PAS Malaysia



07/06/2025

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

InsyaAllah, ibadah Korban PASTI Kawasan Pagoh akan dilaksanakan pada Ahad, 8 Jun 2025, jam 8.30 pagi bertempat di Rumah Sembelihan Kampung Tui, Bukit Kepong.

Marilah kita bersama-sama menyertai sebagai petugas dalam melaksanakan ibadah yang mulia ini. Semoga segala amalan kita diterima oleh Allah SWT dan diberkati sepanjang hayat.

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha.
πŸŒ™πŸ„

16/02/2025

Kenapa perlu masuk PASTI?

Israk Mikraj Nabi Muhammad SAW merupakan peristiwa dan mukjizat besar yang mengingatkan kita akan kekuasaan Allah SWT da...
26/01/2025

Israk Mikraj Nabi Muhammad SAW merupakan peristiwa dan mukjizat besar yang mengingatkan kita akan kekuasaan Allah SWT dan kefarduan solat lima waktu. Semoga kita terus berada dalam rahmat dan petunjuk Allah SWT, di dunia dan akhirat.

β€œMaha Suci Allah SWT yang sudah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin) yang Kami berkati sekelilingnya untuk memperlihatkan tanda (kekuasaan dan kebesaran) kami. Sesungguhnya Allah SWT jugalah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.”
(Surah Al-Isra’:1)

SALAM ISRAK MIKRAJ DARIPADA PASTI ASSYAKIRIN, BANDAR UNIVERSITI PAGOH..

"Sesungguhnya kita adalah kaum yang dimuliakan oleh Allah dengan Islam, maka janganlah kita mencari kemuliaan dengan sel...
06/11/2024

"Sesungguhnya kita adalah kaum yang dimuliakan oleh Allah dengan Islam, maka janganlah kita mencari kemuliaan dengan selainnya”

Kata-kata Saidina Umar Al-Khattab ini seharusnya menjentik jiwa-jiwa manusia untuk mempertahankan agama Islam ini sepenuh hati.

Perjuangan mempertahankan Islam di Pal@stin sangat meruntun jiwa kerana mereka mempertahankannya dengan darah dan nyawa.

Sebagai sahabat seagama kami di pihak PASTI akan menerapkan roh perjuangan ini kepada pelajar-pelajar PASTI

Sambutan 1 Tahun ini akan dilaksanakan secara serentak kepada semua PASTI di cawangan masing-masing.



28/10/2024

ππŽπ“πˆπ’ πŒπ€πŠπ‹π”πŒπ€π
π‚π”π“πˆ π‡π€π‘πˆ πƒπ„π„ππ€π•π€π‹πˆ 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ’

PASTI seluruh Negeri Johor akan bercuti pada:

πŸ‘πŸŽ πŽπ€π­π¨π›πžπ« πŸπŸŽπŸπŸ’ - 𝟐 ππ¨π―πžπ¦π›πžπ« πŸπŸŽπŸπŸ’

Selamat bercuti kepada anak-anak dan seluruh warga PASTI Johor.

Pejabat Pentadbiran,
Jabatan PASTI Negeri Johor

*🎊 PENDAFTARAN SESI 2025 DIBUKA @ PASTI AS-SYAKIRIN, TAMAN HARMONI VISTA, BANDAR UNIVERSITI PAGOH🎊**LOKASI‡️*🌐 No. 43, J...
18/08/2024

*🎊 PENDAFTARAN SESI 2025 DIBUKA @ PASTI AS-SYAKIRIN, TAMAN HARMONI VISTA, BANDAR UNIVERSITI PAGOH🎊*

*LOKASI‡️*

🌐 No. 43, Jalan Harmoni Vista 5, Harmoni Vista, Bandar Universiti Pagoh, 45500 Pagoh, Muar, Johor Darul Takzim.

*PROGRAM YANG DITAWARKAN SESI 2025‡️*
1. Praktikal wudhu' dan solat.
2. Nurul Quran dan hafazan.
3. Kurikulum Pra sekolah terbaik.
4. Kelas membaca intensif.
5. Hadith.
6. Tulisan Jawi.

Jom daftarkan anak-anak ke PASTI Bandar Universiti Pagoh.

==========

Bagi yang berminat, sila hubungi nombor yang tertera untuk mendapatkan maklumat lanjut:

Hubungi :
πŸ“ž Cikgu Fiffy
πŸ“± 011-17504245

www.wasap.my/601117504245/praDaftarPastiAssyakirin
==========

*PUSAT ASUHAN TUNAS ISLAM (PASTI)*
Harmoni Vista, Kawasan Pagoh, Johor D.T

_**Sesi Penjagaan harian dan transit juga disediakan_

Address

No. 43, Jalan Harmoni Vista 5, Taman Harmoni Vista
Pagoh
84600

Telephone

+60146464481

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PASTI As-Syakirin Bandar Universiti Pagoh posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to PASTI As-Syakirin Bandar Universiti Pagoh:

Shortcuts

Share