Prasekolah SK Padang Matsirat

Prasekolah SK Padang Matsirat Bijak, Berani, Bestari

13/08/2026
TAHNIAH WIRA CILIK PRASEKOLAH SK PADANG MATSIRAT! πŸ†πŸŽ‰Alhamdulillah, syabas dan setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada a...
16/07/2026

TAHNIAH WIRA CILIK PRASEKOLAH SK PADANG MATSIRAT! πŸ†πŸŽ‰

Alhamdulillah, syabas dan setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada anak-anak Prasekolah SK Padang Matsirat atas pencapaian cemerlang dalam Karnival Sukan Murid Prasekolah Peringkat Daerah Langkawi 2026.

πŸ₯‰ 15 Julai 2026
Tempat Ketiga – Bola Jaring

πŸ₯ˆ 16 Julai 2026
Naib Johan – Futsal

Kejayaan ini merupakan hasil daripada usaha gigih para murid, komitmen para jurulatih, guru-guru, sokongan ibu bapa serta semangat kesukanan yang tinggi sepanjang pertandingan berlangsung.

Semoga pencapaian ini menjadi pembakar semangat untuk terus berusaha, meningkatkan potensi diri dan mengharumkan nama sekolah pada masa akan datang.

Tahniah sekali lagi kepada semua pemain, jurulatih-jurulatih serta guru guru-guru dan warga Prasekolah SK Padang Matsirat! πŸŒŸπŸ’™



23 April 2026πŸ“š PROGRAM JOM MEMBACA 10 MINIT πŸ“šProgram Jom Membaca 10 Minit telah berjaya dilaksanakan bersama murid-murid...
26/04/2026

23 April 2026

πŸ“š PROGRAM JOM MEMBACA 10 MINIT πŸ“š

Program Jom Membaca 10 Minit telah berjaya dilaksanakan bersama murid-murid Prasekolah SK Padang Matsirat dengan kerjasama Perpustakaan Desa Kg Yooi.

✨ Aktiviti ini bertujuan untuk menyemai minat membaca sejak usia awal serta membudayakan amalan membaca dalam kalangan murid.

Sepanjang program, murid-murid membaca bersama selama 10 minit dalam suasana yang santai dan menyeronokkan. Mereka juga berpeluang berkongsi cerita daripada bahan bacaan masing-masing.

πŸ“– Seramai 46 orang murid telah terlibat dengan penuh semangat!

πŸ’– Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan bagi melahirkan generasi yang cintakan ilmu dan gemar membaca.

Terima kasih kepada pihak Perpustakaan Desa Kg Yooi dan semua pihak dalam menjayakan program ini 🀝



20 April 2026🌍✨ PROGRAM GEOPARK TO SCHOOL 2026 ✨🌿Sekalung penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam m...
20/04/2026

20 April 2026

🌍✨ PROGRAM GEOPARK TO SCHOOL 2026 ✨🌿

Sekalung penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini, khususnya pihak LADA dan guru-guru yang komited ❀️

Semoga ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam kehidupan seharian anak-anak 🌟

πŸ…βœ¨ KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN SK PADANG MATSIRAT KALI KE-4516 April 2026Alhamdulillah, Kejohanan Olahraga Tahunan SK Pad...
20/04/2026

πŸ…βœ¨ KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN SK PADANG MATSIRAT KALI KE-45
16 April 2026

Alhamdulillah, Kejohanan Olahraga Tahunan SK Padang Matsirat telah berlangsung dengan jayanya dalam suasana yang penuh semangat, ceria dan meriah! πŸŽ‰

Murid-murid menunjukkan kesungguhan dan keberanian dalam setiap acara yang dipertandingkan seperti larian, sukaneka dan permainan berkumpulan πŸƒβ€β™‚οΈπŸƒβ€β™€οΈ Semua peserta memberikan komitmen yang sangat membanggakan! πŸ‘

Selain memupuk semangat kesukanan, program ini juga berjaya membina keyakinan diri, kerjasama dan disiplin dalam kalangan murid πŸ’ͺ

Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua guru, ibu bapa dan pihak yang terlibat atas sokongan serta kerjasama dalam menjayakan kejohanan ini ❀️

Tahniah kepada semua pemenang dan syabas kepada semua peserta! Anda semua hebat! 🌟

7 April 2026Alhamdulillah, Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Prasekolah SK Padang Matsirat berlangsung dengan penuh m...
20/04/2026

7 April 2026

Alhamdulillah, Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Prasekolah SK Padang Matsirat berlangsung dengan penuh meriah, ceria dan warna-warni! πŸŽ‰

Murid-murid tampil segak dan cantik dengan pakaian tradisional πŸ‘—πŸ§• sambil memeriahkan suasana dengan lagu raya 🎢 serta gelak tawa yang menceriakan majlis.

Jamuan raya turut dinikmati bersama dengan hidangan istimewa seperti spagheti, laksa, ketupat, rendang dan pelbagai kuih-muih πŸ½οΈπŸ˜‹

Terima kasih diucapkan kepada semua ibu bapa atas kerjasama dan sokongan padu dalam menjayakan program ini ❀️

Semoga kenangan indah ini akan sentiasa terpahat di hati anak-anak prasekolah πŸ’–



11-15 Januari 2026Part 3-Minggu Transisi Prasekolah SK Padang MatsiratMinggu pertama penuh senyuman, gelak tawa dan peng...
16/01/2026

11-15 Januari 2026

Part 3-Minggu Transisi Prasekolah SK Padang Matsirat

Minggu pertama penuh senyuman, gelak tawa dan pengalaman baharu!
Belajar sambil bermain, berkawan dan membina keyakinan diri.
Seronoknya jadi murid prasekolah! πŸŽ’πŸŽ¨


11-15 Januari 2026Part 2-Minggu Transisi Prasekolah SK Padang MatsiratMinggu pertama penuh senyuman, gelak tawa dan peng...
16/01/2026

11-15 Januari 2026

Part 2-Minggu Transisi Prasekolah SK Padang Matsirat

Minggu pertama penuh senyuman, gelak tawa dan pengalaman baharu!
Belajar sambil bermain, berkawan dan membina keyakinan diri.
Seronoknya jadi murid prasekolah! πŸŽ’πŸŽ¨


11-15 Januari 2026Part 1-Minggu Transisi Prasekolah SK Padang MatsiratMinggu pertama penuh senyuman, gelak tawa dan peng...
16/01/2026

11-15 Januari 2026

Part 1-Minggu Transisi Prasekolah SK Padang Matsirat

Minggu pertama penuh senyuman, gelak tawa dan pengalaman baharu!
Belajar sambil bermain, berkawan dan membina keyakinan diri.
Seronoknya jadi murid prasekolah! πŸŽ’πŸŽ¨


26/11/2025

SKPM Preschool Annual Birthday Party 2025
Theme: Pyamas Party

Address

SK PADANG MATSIRAT
Padang Matsirat

Opening Hours

Monday 08:00 - 12:00
Tuesday 08:00 - 12:00
Wednesday 08:00 - 12:00
Thursday 08:00 - 12:00
Sunday 08:00 - 12:00

Telephone

+6049553494

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Prasekolah SK Padang Matsirat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share