05/08/2026
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐ซ๐๐ข๐ง๐ข๐ง๐ ๐จ๐ ๐๐ซ๐๐ข๐ง๐๐ซ๐ฌ (๐๐จ๐) ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐
5 Ogos 2026 โ Pusat Khazanah Ilmu Turath (U-KIT), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menganjurkan Bengkel Training of Trainers (ToT) Guru Turath MTTNP yang menghimpunkan seramai enam orang guru daripada Maahad Tahfiz Turath Negeri Pahang (MTTNP) Cawangan Balok dan Lipis.
Bengkel ini bertujuan meningkatkan kompetensi guru dalam penyampaian dan pengajaran ilmu turath, di samping menyelaras pendekatan pedagogi yang lebih sistematik, berkesan dan selari dengan keperluan semasa.
Sepanjang bengkel, para peserta didedahkan dengan pelbagai sesi perkongsian, perbincangan dan latihan yang memfokuskan kepada pengukuhan kaedah pengajaran, penyediaan bahan pembelajaran serta pembangunan kompetensi guru turath.
Semoga program ini menjadi pemangkin kepada usaha memperkasa pendidikan turath serta melahirkan barisan guru yang berwibawa dalam menyampaikan khazanah ilmu Islam kepada generasi akan datang.