21/08/2026
🌟 PROGRAM KAPSUL KERJAYA “KENALI KERJAYA, CIPTA IMPIAN” 🌟
📅 21 Ogos 2026 (Jumaat)
🏫 SK Desa Cempaka
👩🏫 Anjuran: Unit Bimbingan dan Kaunseling
Alhamdulillah, telah berlangsung Program Kapsul Kerjaya “Kenali Kerjaya, Cipta Impian” yang bertujuan memberikan pendedahan kepada murid tentang pelbagai pilihan kerjaya serta membantu mereka mengenali potensi, minat dan kebolehan diri sebagai persediaan membina masa depan.
Program ini telah menampilkan barisan penceramah daripada pelbagai bidang kerjaya, iaitu:
👮 Dr Muhammad Syahmi bin Jaafar
Pengarah, Bahagian Visa, Pas dan Permit, Jabatan Imigresen Malaysia, Putrajaya
🩺 Dr Muhamad Hazizi bin Muhamad Hasani
Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan
✈️ Kanagarajah Gopalakrishnan
Licensed Aircraft Engineer (LAE), Sepang Aircraft Engineering Sdn. Bhd.
👨💼 Fareza Fazidi bin Fazi
Senior Manager Commercial, PECCA Aviation Services Sdn. Bhd.
💻 Noraziaan Bt Abd Rashid
Project Manager, Mahkota Technologies Sdn. Bhd.
Perkongsian daripada para penceramah telah membuka minda murid tentang realiti dunia pekerjaan, laluan pendidikan, kemahiran yang diperlukan serta cabaran dalam bidang kerjaya masing-masing.
Semoga program ini dapat menjadi pencetus inspirasi kepada murid untuk lebih mengenali potensi diri, menetapkan cita-cita dan berusaha mencapai impian mereka.
✨ “Kenali Potensi, Terokai Kerjaya, Cipta Masa Depan!” ✨
Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua penceramah, guru serta semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga perkongsian yang diberikan menjadi ilmu dan inspirasi yang bermakna buat anak-anak SK Desa Cempaka. 💙