24/08/2026
๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐
๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ (๐๐๐๐) ๐๐๐๐
Alhamdulillah, seramai 275 pelajar yang bakal melanjutkan pengajian ke Mesir & Jordan telah menamatkan Kursus Intensif Bahasa Arab (KIBA) 2026 anjuran Institut Pengajian Bahasa Arab (IBRAZ), USIM.
Majlis Penutupan KIBA 2026 telah berlangsung pada 24 Ogos 2026 di Dewan Utama, Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU), USIM, dengan menghimpunkan para peserta, wakil agensi penaja, tenaga pengajar dan rakan strategik.
KIBA 2026 melibatkan:
๐ฒ๐พ 42 pelajar Program Pelajar Cemerlang (PPC) โ KPM
๐ฒ๐พ 79 pelajar tajaan MARA
๐ฒ๐พ 13 pelajar tajaan Bank Rakyat
๐ฒ๐พ 141 pelajar di bawah MedicMesir
Sepanjang kursus, peserta bukan sahaja diperkasa dengan kemahiran bahasa Arab, malah turut mengikuti aktiviti penghayatan bahasa, perkhemahan bahasa, persediaan mental dan psikologi serta latihan kenegaraan.
Semoga para peserta terus melangkah dengan ilmu, keyakinan, jati diri dan kompetensi bahasa Arab yang kukuh untuk menempuh pengajian di timur tengah.
Terima kasih kerana telah menjadi sebahagian daripada keluarga besar IBRAZ. Selamat maju jaya dan semoga dipermudahkan perjalanan menuntut ilmu!