PIBG SMK Saujana Indah

PIBG SMK Saujana Indah Page PIBG SMK Saujana Indah khas untuk warga ibu bapa dan guru SMK SAUJANA INDAH, Nibong Tebal.

πŸŽ‰ JOM RAMAI-RAMAI HADIR! πŸŽ‰Sambutan Hari Tanpa Tembakau Sedunia & Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) 2025πŸ“ SMK...
23/07/2025

πŸŽ‰ JOM RAMAI-RAMAI HADIR! πŸŽ‰
Sambutan Hari Tanpa Tembakau Sedunia & Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) 2025
πŸ“ SMK Saujana Indah, Nibong Tebal, S.P.S, Pulau Pinang
πŸ“… Sabtu | 26 Julai 2025
πŸ•– 7.00 pagi - 2.00 petang

🌟 Tema Tahun Ini:
"Disebalik Daya Tarikan. Dedah Taktik Industri Produk Merokok"
➑️ Bersama-sama kita dedahkan strategi sebenar di sebalik produk rokok & v**e!

---

πŸ”₯ APA YANG MENANTI ANDA? πŸ”₯
βœ… Saringan Kesihatan PERCUMA!
πŸ”Ή Pap Smear
πŸ”Ή Pemeriksaan Pergigian
πŸ”Ή Derma Darah

πŸƒβ€β™‚οΈ Zon Aktif
πŸ”Έ 10,000 Langkah Fun Healthy Walk
πŸ”Έ Aerobathon 1 Hour Non-Stop
πŸ”Έ Sukaneka & Explorace

🎨 Zon Kreatif
πŸ”Έ Pertandingan Mewarna
πŸ”Έ Face Painting
πŸ”Έ Origami

🎀 Zon Interaktif & Edukasi
πŸ”Έ Pameran agensi kerajaan & NGO
πŸ”Έ Pertandingan Pidato DM
πŸ”Έ Let's Talk About To***co

🚐 Outreach - Wellness On Wheels
🎁 Cabutan Bertuah menanti anda! (Basikal pun ada 😍)

---

πŸ’ͺ Aktiviti Menarik & Bermanfaat Untuk Semua Lapisan Umur!
Datang bersama keluarga, sahabat & komuniti!

Ada jualan makanan dan minuman juga!

🌿 Jom sama-sama & demi masa depan yang lebih baik!

πŸ“² Tag kawan-kawan & share sekarang!

12/4/25: MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-20. Alhamdulillah, selesai sudah upacara yang di tunggu iaitu Mesyuarat Agung PIBG...
12/04/2025

12/4/25: MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-20.

Alhamdulillah, selesai sudah upacara yang di tunggu iaitu Mesyuarat Agung PIBG SMK Saujana Indah kali ke-20.

Kali ini lebih meriah kerana digabungkan dengan jamuan Hari Raya dan juga di rasmikan oleh YB Dato' Hj Rashidi bin Zinol, Exco Perdagangan, Pembangunan Keusahawanan dan Luar Bandar. Juga merangkap sebagai ADUN Sg. Acheh '

Ribuan Terima Kasih buat YB Dato' atas kesudian untuk menghadiri majlis ini dan sudi merasmikannya. Begitu juga kepada para ibu ayah yang sudi hadir memberi sokongan.

Sumbangan prihatin dari PIBG SMKSI kepada waris pelajar NURUL FARISHA BT AZFARIZAL (5 Perniagaan) dan anakanda MUHAMMAD ...
12/04/2025

Sumbangan prihatin dari PIBG SMKSI kepada waris pelajar NURUL FARISHA BT AZFARIZAL (5 Perniagaan) dan anakanda MUHAMMAD FARISH IMAN BIN ASFARIZAL (4 LANDSKAP) yang terlibat dengan kebakaran rumah di lorong 13 Taman Ilmu pada 8/3/2025.

Tkasih guruΒ², ibu ayah dan anak2 SMKSI.

Sumbangan khairat telah pun disampaikan kepada wakil keluarga Aziem Azraf bin Mohd Azhar (melalui abang) yang kehilangan...
12/04/2025

Sumbangan khairat telah pun disampaikan kepada wakil keluarga Aziem Azraf bin Mohd Azhar (melalui abang) yang kehilangan ayah En Azhar pada 15/2/2025.

Jutaan terima kasih atas keprihatinan para ibu bapa, guru dan murid yang sudi menyumbang.

14/3/25: Majlis Anugerah Kecemerlangan SMK Saujana Indah.
12/04/2025

14/3/25: Majlis Anugerah Kecemerlangan SMK Saujana Indah.

26/2/25: PAMERAN KEMAHIRAN MURID BERKEPERLUAN PENDIDIKAN KHAS (MBPK) SEMPENA MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL ALTERNATIF SEKOLAH...
26/02/2025

26/2/25: PAMERAN KEMAHIRAN MURID BERKEPERLUAN PENDIDIKAN KHAS (MBPK) SEMPENA MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL ALTERNATIF SEKOLAH MENENGAH( SASM).

Alhamdulillah selesai acara besar di awal tahun 2025 dimana anak-anak PKKI di raikan dalam Majlis Penyampaian Sijil Alternatif Sekolah Menengah (SASM).

SMK Saujana Indah amat berbangga menjadi tuan rumah untuk majlis ini.

Ramai masih tidak tahu apa itu SASM.

Sijil Alternatif Sekolah Menengah (SASM) adalah sijil khas yang diberikan kepada murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) yang tidak mengambil atau tidak lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Kegunaan SASM untuk Murid PPKI:

1. Pengiktirafan Akademik & Kemahiran
SASM mengiktiraf pencapaian murid dalam program PPKI, termasuk subjek akademik dan kemahiran asas.

2. Membantu dalam Peluang Pekerjaan
Murid dengan SASM boleh memohon kerja di sektor yang tidak memerlukan SPM, seperti pembantu kedai, perkhidmatan pelanggan, dan industri kemahiran.

3. Menyambung Pelajaran ke TVET & Latihan Kemahiran
Boleh digunakan untuk memohon masuk ke institut latihan kemahiran seperti GiatMARA, Kolej Komuniti, ILP, IKBN, dan kolej vokasional.

4. Memudahkan Penyertaan dalam Program Keusahawanan
Murid boleh menggunakan sijil ini untuk menyertai kursus keusahawanan atau memohon bantuan untuk memulakan perniagaan sendiri.

SASM sangat berguna bagi murid PPKI untuk membina masa depan yang lebih baik walaupun mereka tidak mengambil SPM.
.

Jom sama-sama kita memberi sokongan dan semangat untuk mereka.

25/02/2025

Persiapan telah di buat!

Jemputan kepada semua waris!

*PAMERAN & JUALAN PAMERAN KEMAHIRAN MURID BERKEPERLUAN PENDIDIKAN KHAS (MBPK) SEMPENA MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL ALTERNATIF SEKOLAH MENENGAH( SASM)*

βœ… Sokong & raikan program oleh murid PPKI.
βœ… Ada pameran & jualan hasil kerja pelajar.
πŸ›οΈ Produk: Pastri, Pertanian, Roti, Hasil Kraftangan & banyak lagi!

Kehadiran anda sangat bermakna bagi mereka!

πŸ“… Tarikh: *26hb Februari 2025*
⏰ Masa: *9:00am-12:30pm*
πŸ“ Lokasi: *SMK Saujana Indah (Foyer Blok A)*

Jom bersama memeriahkan program ini!

20/2/25: PEMBERSIHAN KAWASAN SEKOLAH DENGAN KERJASAMA MBSP.Kami dari PIBG SMKSI ingin mengucapakan ribuan terima kasih k...
22/02/2025

20/2/25: PEMBERSIHAN KAWASAN SEKOLAH DENGAN KERJASAMA MBSP.

Kami dari PIBG SMKSI ingin mengucapakan ribuan terima kasih kepada Majlis Bandaraya Seberang Perai atas kerjasama yang diberikan dalam pembersihan dan penebangan pokok di SMK Saujana Indah.

Terima kasih juga kepada para guru yang mengambil berat akan persekitaran sekolah demi keselesaan dan keselamatan anak-anak kami.

Di harap, selepas ini penglibatan para ibu bapa SMKSI lebih ramai agar dapat membantu pihak sekolah dalam menceriakan persekitaran sekolah.

17/2/2025: SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH ANAK-ANAK HEBAT SMK SAUJANA INDAH! Kami barisan PIBG SMKSI mengucapkan jutaan teri...
19/02/2025

17/2/2025: SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH ANAK-ANAK HEBAT SMK SAUJANA INDAH!

Kami barisan PIBG SMKSI mengucapkan jutaan terima kasih atas kehadiran Tuan Haji Wan Sajiri Bin Wan Hassan, Ketua Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang atas kesudian beliau membuat tinjauan sesi hari pertama persekolahan anak-anak SMKSI pada 17/2/25 yang lepas.

Semoga tahun ini membawa kecemerlangan kepada semua anak-anak SMKSI.

Address

Nibong Tebal
14300

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PIBG SMK Saujana Indah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category