SMITI Nurul Hidayah Pekan Naka

  • Home
  • SMITI Nurul Hidayah Pekan Naka

SMITI Nurul Hidayah Pekan Naka Sekolah Menengah Integrasi Teras Islam (SMITI) Nurul Hidayah Pekan Naka

20/12/2025
[Jumaat Barakah: Jom Bantu Siapkan Bumbung SMITI Nurul Hidayah]Sahabat dermawan yang dirahmati Allah,SMITI Nurul Hidayah...
18/04/2025

[Jumaat Barakah: Jom Bantu Siapkan Bumbung SMITI Nurul Hidayah]

Sahabat dermawan yang dirahmati Allah,
SMITI Nurul Hidayah kini sedang berusaha menyiapkan bumbung bangunan utama sekolah demi keselesaan anak-anak menuntut ilmu.

Jumlah dana yang diperlukan adalah sebanyak RM100,000.

Jom rebut peluang infak pada hari Jumaat yang penuh keberkatan ini.
Tak mampu beri banyak? Tak mengapa. Kita boleh bantu dengan nilai barang keperluan berikut:
• RM20 untuk sebahagian besi C Channel
• RM11 untuk sebatang besi Batten
• RM35 untuk 1 kotak skru

Setiap ringgit anda adalah batu bata kepada tapak ilmu generasi akan datang.

Salurkan sumbangan ke:
*552022623473*
*MAYBANK*
*SRITI NURUL HIDAYAH*

Semoga Allah membalas dengan ganjaran yang berlipat ganda di dunia dan akhirat. Aamiin.

21/03/2025

SMITI NURUL HIDAYAH : Ayuh bersama mempertingkatkan amalan malam

*1. Keutamaan Malam 21 Ramadhan*
- Malam ini boleh menjadi salah satu malam yang lebih baik dari 1,000 bulan.
- ⁠Anjuran untuk memperbanyakkan ibadah seperti solat malam, doa, dan membaca Al-Quran.

*2. Doa Malam Lailatul Qadar*
- Doa yang diajarkan oleh Rasulullah SAW:
اللهم إنك عفو تحب العفو فاعف عني
“Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa‘fu ‘anni.”
(Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, Engkau s**a memberi keampunan, maka ampunilah aku.)

*3. Amalan yang Dianjurkan*
- Qiyamullail (solat tahajud, witir, dan solat sunat lain).
- ⁠Bersedekah walaupun sedikit.
- ⁠Berzikir dan memperbanyakkan istighfar.
- ⁠Merenung dan bermuhasabah diri.

[PROGRESS PEMBANGUNAN SMITI NURUL HIDAYAH]Alhamdulillah, pembangunan tapak SMITI Nurul Hidayah terus berjalan dengan izi...
13/03/2025

[PROGRESS PEMBANGUNAN SMITI NURUL HIDAYAH]

Alhamdulillah, pembangunan tapak SMITI Nurul Hidayah terus berjalan dengan izin Allah. Setiap hari, kami menyaksikan sedikit demi sedikit perubahan, dari tanah kosong kepada binaan yang bakal menjadi tempat menimba ilmu bagi generasi akan datang.

Di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini, kami mengharapkan dan berdoa agar Allah menghadirkan para dermawan yang sudi menyumbang demi kelangsungan projek pembangunan ini. Semoga setiap sen yang disumbangkan menjadi saham akhirat dan membawa keberkatan yang berpanjangan.

Bagi yang ingin turut serta dalam usaha ini, sumbangan boleh disalurkan melalui:
5520 6857 2922 Maybank
SMITI NURUL HIDAYAH

Semoga Allah merahmati setiap usaha dan sumbangan kalian. Jazakumullahu khairan.

Hubungi 01110541622

RAMADHAN KARIM... Jom kaut sebanyak mungkin pahala dengan infaq seorang RM10. Semoga Allah permudahkan segala urusan kit...
07/03/2025

RAMADHAN KARIM... Jom kaut sebanyak mungkin pahala dengan infaq seorang RM10. Semoga Allah permudahkan segala urusan kita. Amin🤲

WAKAF PEMBANGUNAN SMITI NAKA

06/03/2025
06/03/2025
06/03/2025
06/03/2025

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

*DOA PAGI HARI JUMAAT*

*6 Ramadhan 1446H*
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم

ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاك نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين

‎بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

‎اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن

Alhamdulillah kami bersyukur kepada Mu Ya Allah atas setiap nikmat yang Engkau telah kurniakan. Kami bersyukur kepada Mu atas nikmat taufik dan hidayah-Mu. Kami bersyukur atas nikmat iman dan Islam.

Ya Allah rahmatilah kehidupan kami, berkatilah umur kami, sihatkanlah badan kami, terangkanlah hati kami, tetapkanlah iman kami, perbaikkanlah amal kami, luaskanlah rezeki kami, dekatkanlah kami kepada kebaikan dan jauhkanlah kami dari kejahatan, tunaikanlah hajat kami, baik dalam hajat agama, dunia atau akhirat.

Ya Allah ampunkanlah segala dosa kami, kerana kami terlalu banyak dosa kepada Mu Ya Allah.

Ampunkanlah dosa kedua-dua ibubapa kami, setiap titik susu ibu yang mengalir dlm diri kami Engkau gantikanlah dengan kebajikan untuknya yang boleh membawa ke syurga-Mu Ya Allah.

Ya Rahman Ya Rahim.
Pada setiap keringat yang mengalir pd tubuh ayah kami dlm mencari rezeki kpd keluarga kami Engkau gantikanlah dgn keampunan yang membawa ke syurga-Mu Ya Allah.

Sesungguhnya pengorbanan mereka tidak mampu kami membalasnya. Justeru itu kurniakanlah kpd kedua-dua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurga-Mu Ya Allah.

Ya Allah kami juga memohon ampun utk pasangan hidup kami, zuriat kami, kaum kerabat kami, sahabat-sahabat kami, guru-guru, ketua-ketua kami sama ada yang masih hidup atau yang terlebih dahulu pergi meninggalkan kami ke alam barzah. Golongkanlah mereka dalam golongan orang-orang yang Engkau redhai Ya Allah.

Ya Allah apabila tiba p**a giliran kami menuju barzah-Mu, maka Engkau ambillah kami dlm keadaan yang baik-baik dalam keampunan dan rahmat-Mu Ya Allah.

Ya Allah bantukanlah kami dalam menjalankan urusan agama kami, elokkanlah urusan dunia kami, yang padanya tempat kami mencari kehidupan. Elokkanlah urusan akhirat kami, yang padanya tempat kami akan kembali untuk selama-lamanya. Ya Allah, jadikanlah kehidupan kami ini sebagai tambahan segala kebaikan kepada kami, dan jadikanlah kematian sebagai ketenangan kepada kami dari segala kejahatan, Sesungguhnya kami ingin kembali kepada-Mu dengan jiwa yang tenang.

Kurniakanlah kepada kami kejayaan di Dunia dan di Akhirat dengan Rahmat serta keredhaan Mu Ya Allah

اَللّٰهُمَّ اغْفِرْلِىْ ذُنُوْبِىْ وَلِوَالِدَىَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِىْ صَغِيْرًا. وَلِجَمِيْعِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ،اَلْاَحْيَآءِ مِنْهُمْ وَاْلاَمْوَاتِ، وَتَابِعْ بَيْنَنَا وَبَيْنَهُمْ بِالْخَيْرَاتِ، رَبِّ اغْفِرْ وَارْحَمْ وَاَنْتَ خَيْرُالرَّاحِمِيْنَ، وَلاَحَوْلَ وَلاَقُوَّةَ اِلاَّبِاللهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيْمِ

‎رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَالْخَاسِرِيْنَ رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمين.ِ

اللهم اغفر له وارحمه وعافه واعف عنه ,1 Ramadhan 1446HDoa Buat Arwah Yang Telah BerwakafYa Allah, tempatkanlah arwah dala...
02/03/2025

اللهم اغفر له وارحمه وعافه واعف
عنه

,1 Ramadhan 1446H
Doa Buat Arwah Yang Telah Berwakaf

Ya Allah, tempatkanlah arwah dalam kalangan hamba-Mu yang beriman dan beramal soleh. Kurniakanlah pahala berterusan daripada wakaf yang disumbangkan, sebagai bekalan akhirat yang berpanjangan.

Jadikanlah setiap manfaat daripada wakaf tersebut sebagai cahaya yang menerangi kuburnya, dan kurniakan rahmat serta keampunan-Mu yang tiada batas.

اللهم اجعل وقفه هذا صدقةً جاريةً تنفعهُ إلى يوم القيامة

Semoga setiap manfaat daripada wakaf ini terus mengalir sebagai pahala jariah buat arwah hingga ke hari akhirat.

*Alfatihah buat Arwah Hj Said bin bin Lateh & Hjh Zainab binti Yaakob*

02/03/2025

Pagi ni sedang berjalan kerja2 menyiapkan tiang bagi level atas.

Address

Pekan Naka

06350

Telephone

+601110541622

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SMITI Nurul Hidayah Pekan Naka posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SMITI Nurul Hidayah Pekan Naka:

Shortcuts

  • Want your school to be the top-listed School/college?

Share