20/12/2025
Tarikh:20/12/2025
Hari:Sabtu
Dengan penuh rasa syukur, kami warga PPDK Cahaya Kaseh Mukah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah bersama-sama menjayakan Program OKU dan Hari Keluarga PPDK Cahaya Kasih Mukah 2025 yang berlangsung pada hari ini.
Ucapan terima kasih yang tidak terhingga ditujukan kepada ibu bapa dan penjaga yang sentiasa memberi sokongan, kepercayaan dan kasih sayang tanpa jemu kepada anak-anak pelatih. Sokongan anda menjadi kekuatan utama dalam membentuk keyakinan dan perkembangan mereka.
Tidak dilupakan juga kepada para pelatih PPDK Cahaya Kasih, yang telah menunjukkan semangat, keberanian dan keceriaan sepanjang program ini berlangsung. Kehadiran dan penyertaan anda semua menceriakan majlis serta menjadi inspirasi kepada kami.
Seterusnya, ribuan terima kasih diucapkan kepada barisan petugas dan jawatankuasa pelaksana yang telah bertungkus-lumus merancang dan melaksanakan program ini dengan penuh dedikasi, komitmen dan keikhlasan.Terima kasih juga yang tidak terhingga kepada Yb Roystone yang telah sudi hadir bersama bagi merasmi memeriahkan lagi program ini, dan tidak lupa kepada Pegawai kebajikan Masyarakat Bahagian Mukah yang turut serta.
Penghargaan khas turut diberikan kepada Pengerusi PPDK Cahaya Kasih Mukah iaitu Encik Harish bin Abdullah atas kepimpinan, sokongan dan dorongan berterusan yang menjadi tunjang kejayaan penganjuran program ini.
Akhir kata, semoga usaha murni ini mendapat keberkatan dan menjadi kenangan indah buat kita semua. Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang demi kesejahteraan dan keceriaan komuniti OKU.
Sekian, terima kasih.