Jabatan Kejuruteraan Awam Politeknik Mukah

Jabatan Kejuruteraan Awam Politeknik Mukah JABATAN KEJURUTERAAN AWAM

28/04/2026

๐ŸŽ‰ Tahniah & Syabas! ๐ŸŽ‰

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2025 Politeknik Mukah atas pencapaian yang membanggakan ini.

Pengiktirafan ini adalah bukti dedikasi, komitmen dan usaha gigih dalam memberikan perkhidmatan terbaik serta menyumbang kepada kecemerlangan organisasi.

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi untuk terus melakar kecemerlangan pada masa akan datang.

โœจ Teruskan berbakti, teruskan cemerlang! โœจ




๐Ÿ“ข Pembentangan Akhir Proposal FYP1Pembentangan Akhir Proposal FYP1 telah berlangsung dengan lancar semalam melibatkan pa...
18/04/2026

๐Ÿ“ข Pembentangan Akhir Proposal FYP1

Pembentangan Akhir Proposal FYP1 telah berlangsung dengan lancar semalam melibatkan para pelajar yang membentangkan hasil perancangan projek masing-masing.

Sepanjang sesi ini, pelajar telah membentangkan komponen penting seperti flow chart methodology, Gantt chart, cost estimation serta expected outcomes sebagai persediaan sebelum melangkah ke fasa seterusnya projek.

Terima kasih diucapkan kepada semua panel pensyarah atas komitmen dan kerjasama dalam menjayakan sesi pembentangan ini. Semoga segala maklum balas yang diberikan dapat membantu pelajar menambah baik kualiti projek mereka pada masa akan datang.




Malam Apresiasi Jabatan Kejuruteraan Awam bagi Sesi 2:2025/2026 anjuran kelab CIENSTA telah berlangsung dengan penuh mer...
18/04/2026

Malam Apresiasi Jabatan Kejuruteraan Awam bagi Sesi 2:2025/2026 anjuran kelab CIENSTA telah berlangsung dengan penuh meriah dan penuh warna pada 17 April 2026, mengangkat tema โ€œPasukan Bola Sepakโ€ yang menyerlahkan semangat berpasukan, kesatuan dan daya saing dalam kalangan pelajar.

Program ini telah menghimpunkan sebanyak 13 buah kelas yang terdiri daripada 3 kelas Sijil Kejuruteraan Awam dan 10 kelas Diploma Kejuruteraan Awam. Setiap kelas tampil kreatif dengan identiti pasukan masing-masing, menjadikan suasana majlis lebih hidup, ceria dan penuh semangat kesukanan.

Majlis ini telah disempurnakan oleh Pengarah Politeknik Mukah, Tuan Suhaili Bin Aleh, yang turut menyampaikan penghargaan kepada para pelajar atas komitmen dan pencapaian sepanjang sesi pengajian. Turut hadir memeriahkan majlis ialah Timbalan Pengarah Akademik Politeknik Mukah, Encik Iskandar Bin Reduan, bersama barisan Ketua Jabatan, Ketua Program serta para pensyarah yang sentiasa menjadi tulang belakang kecemerlangan pelajar.

Malam apresiasi ini bukan sahaja bertujuan untuk meraikan kejayaan dan usaha para pelajar, malah menjadi platform untuk mengukuhkan hubungan silaturahim antara warga Jabatan Kejuruteraan Awam. Dengan suasana yang santai namun bermakna, program ini berjaya menyemai semangat kekitaan, kerjasama dan kebanggaan sebagai sebahagian daripada komuniti kejuruteraan awam.

Semoga penganjuran program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang dalam usaha melahirkan pelajar yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, malah memiliki nilai kepimpinan, semangat berpasukan dan jati diri yang tinggi.




Semalam telah berlangsung dengan jayanya program Civil Engineering Care (CEC): Integrasi Sistem Hidroponik Lestari di Ma...
18/04/2026

Semalam telah berlangsung dengan jayanya program Civil Engineering Care (CEC): Integrasi Sistem Hidroponik Lestari di Madrasah Al-Quran Mukah (MAQUM), Kampung Judan Ulu ๐ŸŒฑโœจ

Program ini menyaksikan penglibatan aktif pasukan sukarelawan dari Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Mukah dalam melaksanakan pemasangan serta baik pulih sistem hidroponik, di samping berkongsi ilmu berkaitan pengoperasian dan penyelenggaraan sistem tersebut.

Alhamdulillah, segala aktiviti berjalan lancar dengan kerjasama yang amat baik daripada pihak MAQUM serta para peserta. Semoga usaha kecil ini memberi manfaat berpanjangan dan menyokong amalan pertanian lestari dalam komuniti ๐ŸŒฟ

Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini. Semoga semangat kesukarelawanan ini terus subur dan kita dapat bekerjasama lagi pada masa akan datang ๐Ÿ’ช




Bukan Sekadar Sukan: Kejohanan Olahraga JKA Latih Kepimpinan PelajarJabatan Kejuruteraan Awam (JKA), Politeknik Mukah, t...
12/04/2026

Bukan Sekadar Sukan: Kejohanan Olahraga JKA Latih Kepimpinan Pelajar

Jabatan Kejuruteraan Awam (JKA), Politeknik Mukah, telah berjaya menganjurkan Kejohanan Sukan Olahraga Tahunan JKA Kali Ke-2 yang berlangsung di Stadium Mukah dan mendapat sambutan meriah daripada warga jabatan. Kejohanan pada tahun ini telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Akademik Politeknik Mukah, Encik Iskandar bin Reduan, dan turut dihadiri Ketua Jabatan Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan, Puan Sanmastri binti Sanusi, sebagai tanda sokongan padu kepada usaha pembangunan sahsiah dan kesukanan pelajar.

Kejohanan ini menghimpunkan lebih 300 orang pelajar JKA sebagai atlet dan penyokong, sekali gus menjadikan acara ini sebagai salah satu platform penting untuk mengukuhkan semangat kebersamaan, disiplin dan jati diri pelajar JKA.

Istimewanya tahun ini, penganjuran kejohanan disokong sepenuhnya oleh 36 orang pelajar Semester 2 dari pelbagai jabatan yang mengikuti Kursus Kokurikulum Sukan Olahraga 2, yang bertindak sebagai jawatankuasa pelaksana bagi memenuhi pentaksiran akhir kursus mereka. Di bawah bimbingan pensyarah kursus, Encik Daniel anak Edward Padang, para pelajar telah menguruskan pelbagai aspek penganjuran termasuk persediaan padang, teknikal acara, urus setia, protokol dan pengendalian majlis.

JUARA keseluruhan pada tahun ini sekali lagi disandang oleh Kontigen Rumah Sukan WATER (Biru). Tempat kedua dimenangi oleh Kontigen Rumah Sukan STRUCTURE (Merah), manakala tempat ketiga disandang oleh Kontigen Rumah Sukan ENVIRONMENT (Hijau). Tahniah kepada semua kontigen yang telah menunjukkan semangat kesukanan dan persaingan yang sihat sepanjang kejohanan berlangsung.

Melalui kejohanan ini, pelajar JKA bukan sahaja berpeluang menonjolkan bakat dalam acara trek dan padang, malah berpeluang mengasah kemahiran kepimpinan, komunikasi, pengurusan acara dan kerja berpasukan yang sangat penting dalam dunia kejuruteraan.

Tahniah dan syabas kepada semua warga JKA โ€“ pensyarah, petugas, atlet dan penyokong โ€“ yang telah menjayakan kejohanan ini.
JKA nang steady, terus melahirkan pelajar yang cemerlang di bilik kuliah dan di lapangan!




Seramai 96 pelajar Diploma Kejuruteraan Awam Semester 4 telah melaksanakan lawatan tapak bagi aktiviti Project Based Lea...
12/04/2026

Seramai 96 pelajar Diploma Kejuruteraan Awam Semester 4 telah melaksanakan lawatan tapak bagi aktiviti Project Based Learning (PBL) untuk kursus DCC40452 Water Supply & Sewerage System di sekitar Politeknik Mukah Sarawak (PMU) pada Khamis, 9 April 2026. Lawatan dimulakan di zon masing-masing bagi membuat pemerhatian sistem agihan air dan sistem pembetungan, termasuk mengenal pasti komponen sistem, susun atur paip serta keadaan sebenar di lapangan. Seterusnya, pelajar meneruskan lawatan ke kawasan Sewage Treatment Plant (STP) bagi melihat dengan lebih jelas sistem pembetungan dan proses rawatan kumbahan, termasuk aliran kumbahan, manhole, paip pembetungan serta unit rawatan sebelum pelepasan effluent. Sepanjang lawatan, pegawai Unit Pembangunan dan Penyelenggaraan Fasiliti (UPPF) turut memberikan perkongsian ilmu dan pengalaman secara langsung di lapangan yang sangat bermanfaat kepada pelajar, bukan sahaja bagi menyokong pelaksanaan PBL malah sebagai persediaan menghadapi dunia pekerjaan selepas tamat pengajian. Terima kasih kepada pihak UPPF Politeknik Mukah atas kerjasama dan sokongan dalam menjayakan lawatan tapak ini.



07/04/2026
PERTANDINGAN PROJEK KEJURUTERAAN AWAM (CENPRO KE-27) telah berlangsung dengan jayanya pada pagi tadi di Politeknik Mukah...
07/04/2026

PERTANDINGAN PROJEK KEJURUTERAAN AWAM (CENPRO KE-27) telah berlangsung dengan jayanya pada pagi tadi di Politeknik Mukah Sarawak (PMU). ๐Ÿ’ก

Bertemakan โ€œSkills Utilized; Success Realized", pertandingan ini merupakan platform kepada pelajar Diploma Kejuruteraan Awam untuk mempamerkan hasil projek akhir mereka bagi kursus DCC50194 โ€“ Final Year Project 2. Pelbagai idea kreatif, inovatif dan berpotensi komersial telah diketengahkan, sekali gus membuktikan keupayaan pelajar dalam mengaplikasikan ilmu serta kemahiran yang dipelajari sepanjang pengajian.

Program ini turut memberi ruang kepada pelajar untuk mengasah kemahiran penyelesaian masalah secara kritis dan inovatif, di samping meningkatkan keyakinan diri dalam pembentangan projek. Penglibatan pihak industri dan alumni juga telah memberi nilai tambah melalui perkongsian ilmu, bimbingan serta pendedahan awal kepada dunia pekerjaan sebenar.

Selain itu, Mini Karnival Keusahawanan JKA turut diadakan bagi memeriahkan suasana dan menyokong semangat keusahawanan dalam kalangan pelajar. ๐ŸŽ‰

Tahniah dan syabas kepada semua peserta serta pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga usaha ini menjadi pemangkin kepada kejayaan yang lebih cemerlang pada masa akan datang!





BENGKEL UJIAN CALIFORNIA BEARING RATIO (CBR) & AGGREGATE CRUSHING VALUE (ACV)๐Ÿ“ Central Regional Laboratory, Sibu๐Ÿ“… 1 Apri...
02/04/2026

BENGKEL UJIAN CALIFORNIA BEARING RATIO (CBR) & AGGREGATE CRUSHING VALUE (ACV)

๐Ÿ“ Central Regional Laboratory, Sibu
๐Ÿ“… 1 April 2026

Pelajar Diploma dan Sijil Semester 2, Jabatan Kejuruteraan Awam Politeknik Mukah telah berpeluang menyertai Bengkel Ujian California Bearing Ratio (CBR) dan Aggregate Crushing Value (ACV) di Central Regional Laboratory, Sibu. Bengkel ini memberi pendedahan secara langsung kepada pelajar mengenai kaedah pelaksanaan ujian makmal serta kepentingannya dalam menilai kekuatan tanah dan agregat dalam bidang kejuruteraan awam.

Pihak Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Mukah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak Central Regional Laboratory, Sibu atas kesudian berkongsi ilmu, pengalaman serta memberi peluang pembelajaran yang sangat bermakna kepada para pelajar. Semoga kerjasama seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang.


Selamat Hari Raya Aidilfitri ๐ŸŒ™Maaf zahir dan batin.Semoga sambutan Aidilfitri ini membawa kebahagiaan dan kesejahteraan ...
21/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri ๐ŸŒ™
Maaf zahir dan batin.

Semoga sambutan Aidilfitri ini membawa kebahagiaan dan kesejahteraan buat anda sekeluarga. Diharapkan juga agar detik indah bersama insan tersayang serta kemeriahan juadah raya dapat mengeratkan lagi silaturahim.

Ikhlas daripada,
Jabatan Kejuruteraan Awam
Politeknik Mukah โœจ


JUH SUNGKEI JKA 2026 ๐ŸŒ™Pada 11 Mac 2026, warga Jabatan Kejuruteraan Awam (JKA), Politeknik Mukah bersama para pelajar JKA...
11/03/2026

JUH SUNGKEI JKA 2026 ๐ŸŒ™

Pada 11 Mac 2026, warga Jabatan Kejuruteraan Awam (JKA), Politeknik Mukah bersama para pelajar JKA telah menjayakan Program Juh Sungkei JKA 2026 yang berlangsung di Pusat Islam, Politeknik Mukah.

Program dimulakan dengan aktiviti gotong-royong (rewang) pada sebelah pagi sebagai persediaan untuk majlis berbuka puasa. Pensyarah, staf dan pelajar berganding bahu membantu dalam suasana penuh kerjasama dan semangat kekeluargaan.

Sebelah petang p**a, semua yang terlibat berkumpul untuk majlis berbuka puasa dalam suasana santai dan penuh kemesraan. Program ini menjadi platform untuk mengeratkan silaturahim antara pensyarah, staf dan pelajar, di samping memeriahkan lagi suasana Ramadan.

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.



Address

KM 7. 5, Jalan Oya
Mukah
96400

Opening Hours

Monday 07:30 - 16:30
Tuesday 07:30 - 16:30
Wednesday 07:30 - 16:30
Thursday 07:30 - 16:30
Friday 07:30 - 16:30

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Kejuruteraan Awam Politeknik Mukah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Jabatan Kejuruteraan Awam Politeknik Mukah:

Shortcuts

Share