MRSM Mukah

MRSM Mukah MRSM Mukah merupakan MRSM ketiga di Negeri Sarawak dan telah siap dibina pada 2 Julai 2009.

Selamat Menyambut Kaamatan dan Hari Gawai! Semoga perayaan ini membawa kegembiraan, keberkatan, dan mengeratkan persauda...
31/05/2026

Selamat Menyambut Kaamatan dan Hari Gawai!

Semoga perayaan ini membawa kegembiraan, keberkatan, dan mengeratkan persaudaraan kita.

Daripada :

Warga Kerja MRSM Mukah

Pada 18-20 Mei yang lepas telah berlangsung pertandingan ATPS 2026 : Powering Your Innovation yang bertempat di KLCC.Seb...
21/05/2026

Pada 18-20 Mei yang lepas telah berlangsung pertandingan ATPS 2026 : Powering Your Innovation yang bertempat di KLCC.

Sebanyak 14 sekolah daripada seluruh Malaysia telah terpilih sebagai finalis bagi pertandingan tersebut.

Walaupun keputusan akhir tidak berpihak kepada MRSM Mukah, namun saya tetap berbangga terhadap dua pelajar kita yang mampu untuk membentangkan idea di atas pentas dengan English serta mampu untuk menjawab soalan-soalan daripada juri-juri professional antaranya daripada syarikat Petronas dan Global Turbine Asia (GTA).

Berikut merupakan keputusan akhir pertandingan:

Johan : SMK Seri Mahkota
Naib Johan : SMK Aminuddin Baki
Tempat ketiga : SMK Bandar Putra 2

Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat terutamanya kepada pihak pengurusan serta guru-guru.








Iklan Jawatan Kosong Guru Sambilan MRSM MukahSubjek : Bahasa Melayu (1 Kekosongan)Calon-calon yang berminat dan mempunya...
20/05/2026

Iklan Jawatan Kosong Guru Sambilan MRSM Mukah

Subjek : Bahasa Melayu (1 Kekosongan)

Calon-calon yang berminat dan mempunyai kelayakan tersebut bolehlah menghantar Resume dan Salinan-salinan sijil akademik (SPM – Ijazah) yang telah disahkan melalui e-mel ke alamat berikut:-

[email protected]

atau

melalui pos/serahan tangan ke alamat :-
Maktab Rendah Sains MARA Mukah,
Lot 910, Blok 76 Mukah Land District,
Jalan Bestari,
96400 Mukah,
Sarawak.

Tarikh tutup permohonan : 05 Jun 2026








Selamat Hari Guru 2026!‘Terima kasih atas segala pengorbanan dan dedikasi cemerlang dalam menndidik anak bangsa’‘Guru Bi...
15/05/2026

Selamat Hari Guru 2026!

‘Terima kasih atas segala pengorbanan dan dedikasi cemerlang dalam menndidik anak bangsa’

‘Guru Bitara, Nadi Negara’
‘Pekerja Madani, Kesuma Bangsa’








13/05/2026
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada para penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2025 MRSM Mukah 🌟Pengiktirafan in...
04/05/2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada para penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2025 MRSM Mukah 🌟

Pengiktirafan ini adalah bukti dedikasi, komitmen dan usaha berterusan anda dalam memberikan perkhidmatan terbaik. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi untuk terus melakar kecemerlangan pada masa hadapan.

Senarai penerima adalah seperti berikut:

1. Allison Pauliya Amin
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan

2. Roslindawaty Binti Baharin
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan

3. Keliman Anak Law
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan

4. Faiz Hatim Bin Hanapi
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan

5. Sahira Binti Basirudin
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan

6. Alexander Anak Abat
Penolong Pegawai Tadbir

7. Khalid Bin Ali
Penjaga Jentera Elektrik

Terima kasih atas sumbangan dan khidmat bakti yang tidak ternilai. Teruskan berusaha dan menjadi contoh terbaik kepada semua! 💐

Ikhlas Daripada Pengurusan & Warga Kerja MRSM Mukah








Pada 11-13 April 2026, Pertandingan Mathematics Supreme League (MASUL) 2026 telah berlangsung di MRSM Serting, Negeri Se...
04/05/2026

Pada 11-13 April 2026, Pertandingan Mathematics Supreme League (MASUL) 2026 telah berlangsung di MRSM Serting, Negeri Sembilan.

Antara pencapaian Pasukan MASUL MRSM Mukah:

1) Pertandingan Poster Math -
Tempat ke-13 MRSM Se-Malaysia (Top 15)

2) Maths Olimpiad Menengah Rendah

Atharid Dainuri - Gold Medal & Top 15 Individu MRSM Se-Malaysia
Allen Valdano - Silver Medal
Aura Huda - Bronze Medal
Nur Nivya Myasara - Bronze Medal

Keseluruhan: Ke-5 MRSM SeMalaysia

3) Maths Olimpiad Menengah Atas

Ivan Danory Danetey - Bronze Medal

Tahniah diucapkan kepada semua pelajar dan guru yang terlibat.

MRSM Mukah, MRSM Inspirasi








Selamat Menduduki Peperiksaan Akhir Semester 1/2026. Semoga dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan kejayaan yang ce...
04/05/2026

Selamat Menduduki Peperiksaan Akhir Semester 1/2026.

Semoga dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan kejayaan yang cemerlang.

Ikhlas daripada Pengurusan & Warga Kerja MRSM Mukah.








Kejohanan Bola Tampar Majlis Sukan Sekolah Bahagian (MSSB) Mukah Tahun 2026 kembali sebagai medan prestij buat jaguh-jag...
04/05/2026

Kejohanan Bola Tampar Majlis Sukan Sekolah Bahagian (MSSB) Mukah Tahun 2026 kembali sebagai medan prestij buat jaguh-jaguh muda di peringkat sekolah menengah. Berlangsung pada 16 hingga 17 April 2026, gelanggang SJK (C) Chong Boon Mukah menjadi saksi kepada pertembungan sengit antara sekolah-sekolah di bawah naungan Bahagian Mukah demi memburu gelaran juara.

Kejohanan kali ini memfokuskan kepada dua kategori utama iaitu Lelaki Bawah 18 Tahun (L18) dan Perempuan Bawah 18 Tahun (P18). Sebanyak tujuh buah institusi pendidikan telah mengesahkan penyertaan mereka, iaitu SMK St. Patrick, SMK Three Rivers, SMK Dalat, SMK Semop, MRSM Mukah, SMK Belawai dan SMK Mukah.

Selain memupuk semangat kesukanan dan disiplin yang tinggi dalam kalangan pelajar, kejohanan ini merupakan platform kritikal bagi panel pemilih untuk mengenal pasti bakat-bakat luar biasa. Objektif utamanya adalah untuk membentuk skuad elit yang akan menggalas cabaran sebagai wakil Bahagian Mukah ke peringkat Kejohanan MSS Negeri Sarawak.

Sepanjang dua hari kejohanan, pasukan L18 MRSM Mukah telah mendapat tempat ketiga dalam kumpulan, tidak layak untuk ke peringkat kalah mati manakala P18 MRSM Mukah telah memenangi satu perlawanan menentang SMK Mukah dan merangkul tempat ke 3 keseluruhan. Setiap pasukan mempamerkan strategi rejaman, hadangan, dan semangat juang yang tinggi. Marilah kita bersama-sama memberikan sokongan padu kepada atlet-atlet kita dalam usaha menjulang kecemerlangan sukan bola tampar di Bahagian Mukah.








Kejohanan Olahraga (KeJoRa) MRSM Mukah telah berlangsung selama 2 hari iaitu pada 7 sehingga 8 April bertempat di Stadiu...
04/05/2026

Kejohanan Olahraga (KeJoRa) MRSM Mukah telah berlangsung selama 2 hari iaitu pada 7 sehingga 8 April bertempat di Stadium Mukah.

Sebanyak 12 acara dipertandingkan terbahagi kepada 6 kategori iaitu Lelaki 18 tahun ke bawah, Perempuan 18 tahun ke bawah, Lelaki 15 tahun ke bawah, Perempuan bawah 15 tahun ke bawah, Lelaki 13 tahun ke bawah dan Perempuan 13 tahun ke bawah.
Selama 2 hari berlangsung nya Kejora ini menyaksikan beberapa rekod baharu kejohanan telah dipecahkan. Antaranya ialah dari atlit bernama Grace Mitchellyna Mani, Luke Odreck, Aloisya Mascella Bangi, Joshevans Jun Jacky Paren dan Nathaniel Shanele laja.
Johan keseluruhan Kejohanan Olahraga kali ke 12 2026 telah dimenangi oleh rumah sukan Germanium.








Address

MRSM Mukah
Mukah

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 16:00

Telephone

+6084874207

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MRSM Mukah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to MRSM Mukah:

Shortcuts

Share