SK AGAMA MIS MUKAH

  • Home
  • SK AGAMA MIS MUKAH

SK AGAMA MIS MUKAH Official Website for SABK School, SK(A) Majlis Islam Sarawak Mukah.

Medium for sharing information and activities conducted in schools between teachers, parents, students, organization and community.

Assalamualaikum dan salam sejahtera ✨Bersama wartawan cilik TV An-Najah, Amna Ariana binti Irwan Syah, dalam liputannya ...
29/05/2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera ✨
Bersama wartawan cilik TV An-Najah, Amna Ariana binti Irwan Syah, dalam liputannya sepanjang Sambutan Hari Guru SKAMISMu 2026 yang telah diadakan pada 19 Mei 2026. Sambutan penuh meriah ini telah dikelola sepenuhnya PIBG SKAMISMu. Saksikan!

https://youtu.be/Caqb0z10dOY

Jangan lupa untuk like, subscribe dan share! ❤️

Bersama wartawan cilik TV An-Najah, Amna Ariana binti Irwan Syah, dalam liputannya sepanjang Sambutan Hari Guru SKAMISMu 2026 yang telah diadakan pada 19 Mei...

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha kepada semua ✨
26/05/2026

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha kepada semua ✨

Tahniah kepada semua murid yang berjaya meraih Anugerah Bintang NILAM bagi bulan April 2026 📚🥇Hannah bin Ahmad Ruzaini (...
23/05/2026

Tahniah kepada semua murid yang berjaya meraih Anugerah Bintang NILAM bagi bulan April 2026 📚

🥇Hannah bin Ahmad Ruzaini (863 bacaan)
🥈Izzaara Auroraa Raisyaa binti Izzat Hanif (816 bacaan)
🥉Hana Nabila binti Hussin (669 bacaan)
✨Izyan Zulaikha binti Abdullah (616 bacaan)
✨Muhammad Daniyal bin Kamaluddin (559 bacaan)
✨Dhiya Shafiyya binti Kamaluddin (476 bacaan)
✨Ayra Daryn binti Taib (456 bacaan)
✨Izzat Danish bin Mohammad Saifullah (320 bacaan)
✨Faliq Mateen Mohamad Azman bin Muhammad Faiq Ikhwandy (296 bacaan)
✨Asma Dhiya binti Taib (260 bacaan)
✨Kazimah Maisara binti Mohammad Hirowan (189 bacaan)
✨Hana Irdina binti Herman (182 bacaan)
✨Muhammad Al Imran bin Len (175 bacaan)
✨Nur Izz Zara Fizrie binti Mohammad Hajeri (173 bacaan)
✨Amna Ariana binti Irwan Syah (172 bacaan)
✨Muhammad Khalaf Dzakwan bin Mohamad Hairy (155 bacaan)
✨Firash Muhammad bin Herman (119 bacaan)
✨Aydina Qaffiya binti Kipli (113 bacaan)
✨Faruq Danial bin Fadhil Fidelis (106 bacaan)
✨Nur Azri Arsyad bin Idzamzamiee (101 bacaan)

Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi semua anak-anak SKAMISMu untuk terus menyemai budaya membaca. Teruskan membaca kerana setiap helaian yang dibaca adalah langkah menuju kejayaan 🤩



Tahniah dan syabas diucapkan kepada Syakira Zafirah Binti Zainal atas pencapaian cemerlang dalam Kejohanan Memanah Majli...
23/05/2026

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Syakira Zafirah Binti Zainal atas pencapaian cemerlang dalam Kejohanan Memanah Majlis Sukan Sekolah Sarawak 2026 yang berlangsung di Stadium Muhibbah, Bintulu Sarawak 🏹

Kecekalan, semangat juang dan dedikasi yang ditunjukkan telah membanggakan warga SKAMISMu. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada murid lain untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam bidang sukan dan kokurikulum ✨


Seramai 14 orang murid mewakili SKAMISMu ke Program Mahrajan Al-Quran, Nasyid dan Khat Sekolah-Sekolah (MQNKSS) Peringka...
23/05/2026

Seramai 14 orang murid mewakili SKAMISMu ke Program Mahrajan Al-Quran, Nasyid dan Khat Sekolah-Sekolah (MQNKSS) Peringkat Daerah Mukah. Program ini telah diadakan di SK Kg Petanak pada Khamis, 30 April 2026. Program ini melibatkan 4 pertandingan utama yang diwakili oleh murid yang berikut mengikut kategori masing-masing:

💫Tilawah Al-Quran
Rayyan Rahimi Madhanie bin Ramli & Aisya Alifa binti Abdul Aziz
💫Hafazan Al-Quran
Mohamad Darwisy Fakhrullah bin Mohamad Dalwis & Dhia Safiya binti Kamaluddin
💫Khat
Yusuf Islam bin Mohd Sahrir & Aasyifa Zuleykha binti Ismandi
💫Nasyid (Fathdeen)
Abdul Mu`Izz bin Masyiree, Awwal Azwar bin Abdul Aziz, Aydin Zuhaiiyr bin Ismandi, Muhammad Hanzalah bin Muhammad Nur Ilham, Muhammad Iman Uwais bin Mansor, Qaleeph Ahmad Naquib bin Muhammad Shahimi, Badrul Ammar bin Mohamad Haryadi & Muhammad Rayyan Rizqin bin Jamali

Mahrajan kali ini menyaksikan beberapa orang murid SKAMISMu berjaya mewakili daerah Mukah untuk ke Mahrajan Al-Quran, Nasyid dan Khat Sekolah-sekolah (MQNKSS) KPM peringkat bahagian Mukah 2026. Program tersebut berlangsung di SK Hijrah Badong, Daro pada 6 Mei 2026. Pencapaian para murid tersebut adalah seperti berikut:

💫Tilawah Al Quran (Lelaki)
Rayyan Rahimi Madhanie bin Ramli - Penyertaan
💫Hafazan (Lelaki)
Mohamad Darwisy Fakhrullah bin Mohamad Dalwis - Ketiga
💫Khat ( Perempuan)
Aasyifa Zuleykha binti Ismandi - Naib Johan
💫Nasyid - Penyertaan
Abdul Mu'izz bin Masyiree, Awwal Azwar bin Abdul Aziz, Aydin Zuhaiir bin Ismandi, Muhammad Hanzalah bin Muhammad Nur Ilham, Muhammad Haseef Amjad bin Mohamad Shafiq, Qaleeph Ahmad Naquib bin Mohammad Shahimi, Badrul Ammar bin Mohamad Haryadi, Muhammad Rizqin Harraz bin Mortadza & Muhammad Afwan bin Mahathir

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua murid SKAMISMu yang telah berjaya mengharumkan nama sekolah dalam Mahrajan Al-Quran, Nasyid dan Khat Sekolah-sekolah (MQNKSS) KPM peringkat daerah Mukah dan bahagian Mukah 2026✨

Kejayaan ini merupakan hasil usaha gigih, bakat, disiplin serta bimbingan para guru dan sokongan ibu bapa. Semoga pencapaian ini menjadi pembakar semangat untuk terus melakar kejayaan yang lebih cemerlang pada masa hadapan.


Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada YDP PIBG serta seluruh barisan PIBG SKAMISMu atas penghargaan yang diberika...
23/05/2026

Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada YDP PIBG serta seluruh barisan PIBG SKAMISMu atas penghargaan yang diberikan kepada para guru sempena Sambutan Hari Guru 2026 💐

Dapatkah anda meneka watak filem yang diperagakan oleh para guru? 🤭

Pada Selasa (19 Mei 2026) yang lalu, sebuah sambutan Hari Guru telah diadakan dengan penuh meriah di SKAMISMu. Sambutan ...
23/05/2026

Pada Selasa (19 Mei 2026) yang lalu, sebuah sambutan Hari Guru telah diadakan dengan penuh meriah di SKAMISMu. Sambutan tersebut telah diadakan di Dewan Ibnu Sina dalam suasana yang ceria. Tema yang menjadi pilihan pada tahun ini ialah Movie Character, yang menyaksikan warga sekolah tampil kreatif dengan pelbagai kostum menarik 🤩

Apa yang lebih menarik, sambutan tersebut telah dikelola sepenuhnya oleh pihak PIBG SKAMISMu dengan kerjasama dan komitmen yang tinggi. Hal ini membuktikan bahawa ikatan silaturahim antara pihak PIBG dan warga sekolah sentiasa utuh ❤️

Pihak sekolah juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada PIBG SKAMISMu atas segala usaha, sumbangan dan sokongan yang diberikan dalam menjayakan sambutan ini. Semoga hubungan erat antara PIBG dan pihak sekolah akan terus berkekalan serta bersama-sama melahirkan generasi yang cemerlang pada masa hadapan 🌷



Warga SKAMISMu mengucapkan selamat bercuti kepada semua murid, ibu bapa dan warga pendidik yang akan bermula esok sehing...
22/05/2026

Warga SKAMISMu mengucapkan selamat bercuti kepada semua murid, ibu bapa dan warga pendidik yang akan bermula esok sehingga 7 Jun 2026. Semoga cuti kali ini dipenuhi dengan masa berkualiti bersama keluarga, perjalanan yang selamat serta kenangan yang indah.

Buat yang akan meraikan,
Selamat Hari Raya Aidiladha, semoga pengorbanan dan keikhlasan terus menyatukan hati ✨
Selamat Hari Gawai, Gayu Guru Gerai Nyamai. Semoga musim perayaan membawa kegembiraan dan kemeriahan buat semua 🌾

Jaga diri, jaga kesihatan dan manfaatkan cuti dengan sebaiknya. Jumpa kembali di sekolah nanti dengan semangat yang baharu! ✨

Warga SKAMISMu mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua insan yang bergelar guru serta seluruh warga pendidi...
16/05/2026

Warga SKAMISMu mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua insan yang bergelar guru serta seluruh warga pendidik di Malaysia atas segala pengorbanan dan dedikasi dalam usaha mendidik anak bangsa 💐

Semoga semua guru terus diberikan kesihatan yang baik serta semangat yang tinggi untuk menggalas amanah demi meningkatkan mutu pendidikan Malaysia.

Terima kasih, cikgu ❤️


Assalamualaikum dan salam sejahtera ✨Saksikan liputan oleh Nur Izz Zara Fizrie binti Mohammad Hajeri, wartawan cilik TV ...
10/05/2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera ✨

Saksikan liputan oleh Nur Izz Zara Fizrie binti Mohammad Hajeri, wartawan cilik TV An-Najah, sepanjang Lawatan Penandaarasan dan Kolaborasi TVPSS TV An-Najah & Seberang Hebat Channel. Lawatan ini yang telah diadakan pada 4 Mei 2026 di Dewan Ibnu Sina dan Studio Sri An-Najah, SKAMISMu.

https://youtu.be/Bn4v5VUbKBg

Jangan lupa untuk like, subscribe dan share! ❤️

Saksikan liputan oleh Nur Izz Zara Fizrie binti Mohamad Hajeri, wartawan cilik TV An-Najah, sepanjang Lawatan Penandaarasan dan Kolaborasi TVPSS TV An-Najah ...

Address


Opening Hours

Monday 06:00 - 17:00
Tuesday 06:00 - 17:00
Wednesday 06:00 - 17:00
Thursday 06:00 - 17:00
Friday 06:00 - 17:00

Telephone

+6084872189

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK AGAMA MIS MUKAH posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SK AGAMA MIS MUKAH:

Shortcuts

  • Want your school to be the top-listed School/college?

Share