SMK MUARA TUANG

SMK MUARA TUANG Sekolah Amanah.

⏳ **COUNTDOWN SPM 2026 BERMULA ESOK!**Masa makin hampir, langkah mesti makin padu.Bermula esok, kita mulakan kira detik ...
20/08/2026

⏳ **COUNTDOWN SPM 2026 BERMULA ESOK!**

Masa makin hampir, langkah mesti makin padu.
Bermula esok, kita mulakan kira detik menuju **SPM 2026**

Setiap hari yang berlalu membawa kita semakin dekat ke medan sebenar.
Gunakan masa yang ada dengan sebaiknya untuk **ulang kaji, perbaiki kelemahan, tingkatkan keyakinan** dan terus kekal fokus hingga ke garisan penamat.

Ingat, kejayaan bukan datang secara kebetulan, tetapi hasil daripada fokus, disiplin, usaha dan doa yang berterusan.

πŸ”₯ Jom pecut hingga garisan penamat!Kita boleh. Kita pasti berjaya!

⏳ COUNTDOWN STPM BERMULA .........Masa terus berjalan, dan setiap hari membawa kita semakin hampir ke medan sebenar.πŸ“˜ Se...
20/08/2026

⏳ COUNTDOWN STPM BERMULA .........

Masa terus berjalan, dan setiap hari membawa kita semakin hampir ke medan sebenar.

πŸ“˜ Semester 3 STPM 2026 β€” 88 hari lagi
πŸ“— Semester 1 STPM 2027 β€” 101 hari lagi

Gunakan setiap hari yang ada untuk memperkukuh ilmu, membaiki kelemahan dan menambah keyakinan. Jangan tunggu saat akhir kerana kejayaan dibina sedikit demi sedikit, hari demi hari.

πŸ”₯ Jom pecut hingga garisan penamat!
Fokus β€’ Disiplin β€’ Usaha β€’ Doa

Kita boleh. Kita pasti berjaya! πŸ’™πŸ’›

πŸ“’ **MAKLUMAN PdPR SMK MUARA TUANG**Dimaklumkan bahawa **esok, 21 Ogos 2026**, sesi **Pengajaran dan Pembelajaran di Ruma...
20/08/2026

πŸ“’ **MAKLUMAN PdPR SMK MUARA TUANG**

Dimaklumkan bahawa **esok, 21 Ogos 2026**, sesi **Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR)** akan dilaksanakan **mengikut jadual waktu seperti biasa** berikutan penutupan sekolah akibat keadaan **jerebu**.

Sehubungan itu, pihak sekolah memohon kerjasama **ibu bapa dan penjaga** untuk memastikan anak-anak:

βœ… Mengikuti kelas online mengikut jadual yang ditetapkan
βœ… Bersedia dengan peranti dan capaian internet yang sesuai
βœ… Memberikan tumpuan serta menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru
βœ… Kekal berada di rumah dan menjaga kesihatan sepanjang tempoh jerebu

Walaupun belajar dari rumah, proses pembelajaran tetap diteruskan. **Kehadiran dan komitmen murid amat penting.**

Terima kasih atas kerjasama dan sokongan semua ibu bapa serta penjaga. 🌷

**SMK MUARA TUANG**
*Berusaha β€’ Berdisiplin β€’ Berilmu*

Standard 3 : Pengurusan Kurikulum, Kokurikulum dan Hal Ehwal MuridAspek 3.1.2 : Pengurusan Mata PelajaranSK 3.1.2.2 : Pr...
17/08/2026

Standard 3 : Pengurusan Kurikulum, Kokurikulum dan Hal Ehwal Murid

Aspek 3.1.2 : Pengurusan Mata Pelajaran

SK 3.1.2.2 : Program peningkatan kualiti pengajaran guru diurus secara terancang

Perkara : Taklimat Penataran PKL Peringkat Sekolah

Tarikh : 17 Ogos 2026 (Isnin)

Masa : 11.00 pagi - 12.15 tengah hari (Guru Petang)
1.15 - 2.30 petang (Guru Pagi)

Tempat : Bilik Mesyuarat Utama, SMK Muara Tuang

Penglibatan :
Guru-guru yang terlibat dalam pelaksanaan PKL di peringkat sekolah.

Objektif :

1. Memberi penerangan dan kefahaman kepada guru berkaitan pelaksanaan PKL di peringkat sekolah.
2. Menyelaras kefahaman guru tentang keperluan, prosedur dan kaedah pelaksanaan PKL.
3. Memastikan guru mendapat maklumat yang jelas dan seragam bagi melaksanakan PKL mengikut ketetapan yang ditetapkan.
4. Meningkatkan tahap kesediaan guru dalam melaksanakan PKL secara sistematik dan berkesan.

Rumusan :

Taklimat Penataran PKL Peringkat Sekolah telah dilaksanakan bagi menyebarluaskan maklumat serta menyelaraskan kefahaman guru berkaitan pelaksanaan PKL.

Taklimat memberi fokus kepada perkara-perkara penting yang perlu diketahui dan dilaksanakan oleh guru supaya pelaksanaan PKL di peringkat sekolah dapat dijalankan secara terancang, seragam dan mengikut ketetapan yang ditetapkan.

Sesi taklimat turut memberi ruang kepada guru mendapatkan penjelasan terhadap perkara yang kurang jelas serta membincangkan isu dan keperluan yang berkaitan dengan pelaksanaan PKL di sekolah.

Impak :

β€’ Meningkatkan kefahaman guru berkaitan pelaksanaan PKL.
β€’ Mewujudkan keseragaman kefahaman dan pelaksanaan dalam kalangan guru.
β€’ Meningkatkan tahap kesediaan guru untuk melaksanakan PKL dengan lebih sistematik.
β€’ Mengurangkan kekeliruan berkaitan prosedur dan keperluan pelaksanaan.
β€’ Meningkatkan keyakinan guru dalam melaksanakan tugasan berkaitan PKL.
β€’ Memperkukuh penyelarasan pelaksanaan PKL di peringkat sekolah.

Tindakan Susulan :

β€’ Menyebarluas bahan dan maklumat penataran kepada semua guru yang berkaitan.
β€’ Memastikan guru melaksanakan PKL berdasarkan ketetapan dan panduan yang telah diberikan.
β€’ Melaksanakan pemantauan terhadap pelaksanaan PKL dari semasa ke semasa.
β€’ Memberikan bimbingan kepada guru yang memerlukan penjelasan atau bantuan lanjut.
β€’ Membincangkan isu pelaksanaan dalam mesyuarat atau PLC yang berkaitan.
β€’ Menilai keberkesanan pelaksanaan dan mengambil tindakan penambahbaikan berdasarkan dapatan pemantauan.

Together We Create a Legacy ✨

Tahniah dan syabas kepada para pelajar STPM 2025 Pusat Tingkatan Enam, SMK Muara Tuang yang telah berjaya memperoleh taw...
15/08/2026

Tahniah dan syabas kepada para pelajar STPM 2025 Pusat Tingkatan Enam, SMK Muara Tuang yang telah berjaya memperoleh tawaran kemasukan ke Universiti Awam melalui UPU.

Daripada 102 orang pelajar, seramai 90 orang telah memohon UPU dan daripada jumlah tersebut, 70 orang berjaya mendapat tawaran, menjadikan kadar kejayaan pemohon sebanyak 77.8%.

Pencapaian ini merupakan hasil usaha gigih para pelajar, bimbingan berterusan guru-guru, serta sokongan padu ibu bapa , Datuk Hajah Rubiah Wang dan semua pihak.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus melakar kecemerlangan pada masa hadapan.
Tahniah sekali lagi kepada semua pelajar yang berjaya!









Standard 3: Pengurusan Kurikulum, Kokurikulum dan Hal Ehwal MuridAspek 3.1.2: Pengurusan Mata PelajaranSK 3.1.2.2: Progr...
14/08/2026

Standard 3: Pengurusan Kurikulum, Kokurikulum dan Hal Ehwal Murid

Aspek 3.1.2: Pengurusan Mata Pelajaran

SK 3.1.2.2: Program peningkatan kualiti pengajaran guru diurus secara terancang

Perkara : Bengkel Pertama Penataran Kurikulum Persekolahan 2027 Bahasa Melayu Tingkatan 1

Tarikh : 14 Ogos 2026 (Jumaat)

Masa : 11.00 pagi - 1.00 petang

Tempat : Bilik Mesyuarat Kecil, SMK Muara Tuang

Penglibatan :
Guru Bahasa Melayu yang terlibat dalam pelaksanaan Kurikulum Persekolahan 2027 Tingkatan 1.

Objektif :

1. Memberi pendedahan dan kefahaman kepada guru tentang pelaksanaan Kurikulum Persekolahan 2027 bagi mata pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan 1.
2. Menyelaras kefahaman guru terhadap kandungan kurikulum, pendekatan pengajaran dan keperluan pelaksanaan mata pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan 1.
3. Meningkatkan tahap kesediaan dan kompetensi guru dalam merancang serta melaksanakan pengajaran berdasarkan keperluan Kurikulum Persekolahan 2027.
4. Mengenal pasti perkara yang memerlukan penjelasan dan tindakan susulan sebelum pelaksanaan kurikulum baharu.

Rumusan :

Bengkel Pertama Penataran Kurikulum Persekolahan 2027 Bahasa Melayu Tingkatan 1 telah dilaksanakan bagi memberikan pendedahan awal serta menyelaraskan kefahaman guru terhadap pelaksanaan kurikulum baharu.

Perbincangan memberi tumpuan kepada kandungan dan keperluan pelaksanaan Kurikulum Persekolahan 2027 serta perkara yang perlu diberi perhatian oleh guru dalam membuat persediaan pengajaran Bahasa Melayu Tingkatan 1.

Bengkel ini turut menjadi platform perkongsian dan perbincangan profesional bagi membolehkan guru mengenal pasti isu, keperluan serta tindakan yang perlu dilaksanakan sebagai persediaan sebelum kurikulum tersebut dilaksanakan pada tahun 2027.

Impak :

* Meningkatkan kefahaman guru terhadap hala tuju dan keperluan Kurikulum Persekolahan 2027 Bahasa Melayu Tingkatan 1.
* Meningkatkan tahap kesediaan guru dalam menghadapi pelaksanaan kurikulum baharu.
* Mewujudkan kefahaman yang lebih selaras dalam kalangan guru berkaitan pelaksanaan pengajaran Bahasa Melayu Tingkatan 1.
* Meningkatkan kompetensi profesional guru melalui perkongsian maklumat dan perbincangan berkaitan perubahan kurikulum.
* Membantu guru mengenal pasti keperluan perancangan, bahan dan kaedah pengajaran yang perlu disediakan sebelum pelaksanaan kurikulum.
* Memperkukuh kerjasama profesional dalam kalangan guru Bahasa Melayu.

Tindakan Susulan :

* Mengadakan bengkel atau sesi penataran seterusnya bagi memperincikan aspek pelaksanaan Kurikulum Persekolahan 2027.
* Menyebarluaskan maklumat penataran kepada semua guru Bahasa Melayu yang berkaitan.
* Menyelaras penyediaan perancangan pengajaran serta bahan sokongan berdasarkan kurikulum baharu.
* Mengenal pasti isu dan keperluan guru yang memerlukan bimbingan atau penjelasan lanjut.
* Melaksanakan perkongsian profesional/PLC bagi meningkatkan kefahaman dan kesediaan guru secara berterusan.
* Menilai tahap kesediaan guru serta keberkesanan penataran dan mengambil tindakan susulan berdasarkan dapatan penilaian.

Together We Create a Legacy ✨

Kenyataan MediaPERINGATAN BERKAITAN PERSEDIAAN INSTITUSI PENDIDIKAN BAWAH SELIAAN JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SARAWAK BERH...
10/08/2026

Kenyataan Media

PERINGATAN BERKAITAN PERSEDIAAN INSTITUSI PENDIDIKAN BAWAH SELIAAN JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SARAWAK BERHUBUNG PENJAGAAN KEBAJIKAN, KESIHATAN DAN KESELAMATAN MURID SEMASA MENGHADAPI CUACA PANAS DAN JEREBU

dan

PENANGGUHAN KEJOHANAN OLAHRAGA MAJLIS SUKAN SEKOLAH SARAWAK KALI KE-53 TAHUN 2026

09/08/2026

Tirai Kejohanan Olahraga MSS Sarawak Kali Ke-53 Tahun 2026 bakal dibuka! πŸ”₯

Bermula esok (Isnin) hingga Jumaat, para atlet akan turun berentap membawa nama bahagian masing-masing.

Inilah masanya untuk memberikan yang terbaik, berjuang dengan penuh semangat dan membuktikan kemampuan di pentas negeri.

Buat atlet Bahagian Samarahan terutamanya SMK Muara Tuang, ayuh tampil dengan penuh keyakinan, disiplin dan semangat juang!

Setiap langkah, setiap usaha dan setiap detik perjuangan pasti menjadi kenangan yang bermakna.

Selamat berjuang, para atlet!
Semoga dimudahkan segala urusan dan dikurniakan kejayaan.

β€œBerjuang dengan semangat, bertanding dengan jiwa, pulang dengan bangga!” πŸ†πŸ”₯

All the best, Team Samarahan!

Teruskan mengikuti MTTV sebagai media bersama untuk mengetahui perkembangan semasa sepanjang kejohanan berlangsung.

Together We Create a Legacy ✨

Credit to : Pasukan Teknikal ICT Sekolah (PTIS) PPD Samarahan



Terima kasih atas setiap sokongan, kepercayaan dan kata-kata yang sentiasa menguatkan langkah kami.Setiap kejayaan yang ...
09/08/2026

Terima kasih atas setiap sokongan, kepercayaan dan kata-kata yang sentiasa menguatkan langkah kami.

Setiap kejayaan yang tercipta bukanlah hasil usaha seorang, tetapi lahir daripada kebersamaan, keikhlasan dan komitmen semua yang sentiasa bersama-sama membina anak-anak kita menuju masa depan yang lebih baik.

Kami amat menghargai setiap doa, sokongan dan kepercayaan yang diberikan. Semoga segala usaha kecil hari ini menjadi sebuah legasi besar pada masa hadapan.

Terima kasih kerana sentiasa bersama kami πŸ’™

Together We Create a Legacy ✨

Standard 3 : Pengurusan Kurikulum, Kokurikulum dan Hal Ehwal MuridAspek 3.3 : Pengurusan Hal Ehwal MuridSK 3.3.6.1 : Per...
09/08/2026

Standard 3 : Pengurusan Kurikulum, Kokurikulum dan Hal Ehwal Murid

Aspek 3.3 : Pengurusan Hal Ehwal Murid
SK 3.3.6.1 : Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling diurus secara profesional dan terancang

Perkara : Kem Pemantapan Akidah Peringkat Negeri Sarawak 2026

Tarikh : 7 hingga 8 Ogos 2026

Tempat : Pusat Latihan Kenegaraan Sempadi, Lundu

Guru Terlibat :
β€’ Fazalina binti Sulaiman

Murid Terlibat :
β€’ Siti Marjanu binti Shastri (4 Zirkon)
β€’ Dania Qistina Daniesya binti Abdillah (4 Zirkon)
β€’ Nur Fazreen Syazwaniey Seanclay binti Mataim (4 Zirkon)
β€’ Ummu Sulaim Rumaisha binti Mohd Fairus Firdaus (4 Zirkon)

Objektif :

β€’ Meningkatkan kefahaman dan penghayatan murid terhadap asas akidah sebagai panduan dalam kehidupan seharian.

β€’ Membentuk jati diri, sahsiah dan nilai positif dalam kalangan murid.

β€’ Meningkatkan kesedaran murid tentang kepentingan pegangan akidah yang kukuh dalam menghadapi cabaran dan pengaruh persekitaran.

Rumusan :

Kem Pemantapan Akidah Peringkat Negeri Sarawak telah dilaksanakan pada 7 hingga 8 Ogos 2026 di Pusat Latihan Kenegaraan Sempadi, Lundu di bawah kelolaan PPD Padawan sebagai salah satu usaha pembangunan sahsiah dan pembentukan jati diri murid.

Program ini memberi penekanan kepada pengukuhan kefahaman, penghayatan nilai agama serta pembinaan kekuatan dalaman murid dalam menghadapi pelbagai cabaran semasa.

Impak :

β€’ Meningkatkan kefahaman dan kesedaran murid tentang kepentingan akidah dalam kehidupan.

β€’ Membantu membentuk jati diri dan sahsiah murid yang lebih positif.

β€’ Meningkatkan keyakinan murid dalam membuat pertimbangan dan keputusan berdasarkan nilai agama.

Together We Create a Legacy ✨

Address

SMK MUARA TUANG
Muara Tuang
86900

Opening Hours

Monday 07:00 - 18:00
Tuesday 07:00 - 18:00
Wednesday 07:00 - 18:00
Thursday 07:00 - 18:00
Friday 07:00 - 18:00

Telephone

+6082617362

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SMK MUARA TUANG posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category