SK Parit Bakar Tengah, Muar

SK Parit Bakar Tengah, Muar Official Page SK Parit Bakar Tengah, Muar

πŸ”₯ LATIHAN KEBAKARAN SK PARIT BAKAR TENGAH πŸš’Latihan kebakaran merupakan salah satu usaha berterusan pihak sekolah dalam m...
25/09/2026

πŸ”₯ LATIHAN KEBAKARAN SK PARIT BAKAR TENGAH πŸš’

Latihan kebakaran merupakan salah satu usaha berterusan pihak sekolah dalam memastikan keselamatan dan kesiapsiagaan warga sekolah sentiasa berada pada tahap yang baik.

Melalui latihan ini, murid dan warga sekolah didedahkan kepada tindakan yang perlu diambil sekiranya berlaku kecemasan, termasuk prosedur pemindahan, penggunaan laluan kecemasan dan berkumpul di tempat yang ditetapkan.

🚨 Bertenang. Bertindak pantas. Utamakan keselamatan.

Semoga latihan ini dapat membentuk warga sekolah yang lebih peka, berdisiplin dan bersedia menghadapi situasi kecemasan.




🌈 Program Duta Sayang Madani πŸ’•Mendidik anak-anak bukan sekadar tentang ilmu, tetapi juga tentang membentuk akhlak, kasih...
25/09/2026

🌈 Program Duta Sayang Madani πŸ’•

Mendidik anak-anak bukan sekadar tentang ilmu, tetapi juga tentang membentuk akhlak, kasih sayang dan nilai murni sejak kecil. πŸ₯°

Melalui aktiviti Duta Sayang Madani, murid prasekolah belajar untuk berbuat baik, menghargai rakan, saling membantu dan mewujudkan suasana yang harmoni di sekolah. 🌷

Kecil usianya, besar maknanya. ❀️
Semoga nilai-nilai baik yang disemai hari ini menjadi amalan mereka pada masa akan datang.

✨ Bersama Membina Generasi Madani
πŸ’™ Senyum β€’ Hormat β€’ Bantu β€’ Bersama β€’ Lebih Baik πŸ’™

✨ Naik Taraf Kantin Sekolah ✨Sedikit demi sedikit, kita tambah baik suasana kantin sekolah agar lebih ceria, kemas dan m...
23/09/2026

✨ Naik Taraf Kantin Sekolah ✨

Sedikit demi sedikit, kita tambah baik suasana kantin sekolah agar lebih ceria, kemas dan menarik untuk keselesaan warga sekolah. 🏫🍽️

Pemasangan β€œbanner” baharu bukan sekadar menceriakan ruang, tetapi turut memberikan identiti dan suasana yang lebih segar kepada kantin. Semoga murid-murid lebih selesa dan seronok menikmati waktu rehat. πŸ’™

Kantin ceria, murid gembira! 🌈✨

πŸ•οΈβœ¨ SEKITAR MAJLIS PENUTUP PERKHEMAHAN PERDANA SK PARIT BAKAR TENGAHDua hari satu malam yang penuh dengan cerita, cabara...
20/09/2026

πŸ•οΈβœ¨ SEKITAR MAJLIS PENUTUP PERKHEMAHAN PERDANA SK PARIT BAKAR TENGAH

Dua hari satu malam yang penuh dengan cerita, cabaran, gelak tawa dan kenangan. ❀️

10 kumpulan, 10 nama, tetapi akhirnya menjadi satu keluarga. Dari awalnya mungkin tidak saling mengenali, namun sepanjang perkhemahan, mereka belajar untuk bekerjasama, saling membantu dan menjaga antara satu sama lain.

Majlis penutup menjadi penamat yang cukup manis apabila setiap kumpulan menerima hadiah sebagai tanda penghargaan atas semangat, kerjasama dan usaha yang telah diberikan. 🎁😊

Melihat wajah anak-anak yang tersenyum dan gembira, terasa berbaloi segala penat lelah sepanjang program.

πŸ•οΈ 10 kumpulan, satu keluarga, seribu kenangan.

πŸ•οΈ PERKHEMAHAN PERDANA SK PARIT BAKAR TENGAH 2025 πŸ•οΈAlhamdulillah, selesai sudah Perkhemahan Perdana SK Parit Bakar Teng...
20/09/2026

πŸ•οΈ PERKHEMAHAN PERDANA SK PARIT BAKAR TENGAH 2025 πŸ•οΈ

Alhamdulillah, selesai sudah Perkhemahan Perdana SK Parit Bakar Tengah yang berlangsung selama 2 hari 1 malam, pada 18–19 September 2025 (Jumaat–Sabtu) bertempat di perkarangan sekolah.

Program ini melibatkan seramai 123 orang peserta daripada murid Tahun 4, 5 dan 6. Pelbagai aktiviti telah dijalankan bagi membina semangat kerjasama, disiplin, keyakinan diri serta mencipta pengalaman dan kenangan indah buat anak-anak.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada barisan pentadbir, guru-guru, AKP serta semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan perkhemahan ini. ❀️

Penat lelah, gelak tawa, cabaran dan pengalaman sepanjang perkhemahan pastinya menjadi memori yang akan dikenang oleh anak-anak.

✨ Kerana peluang seperti inilah yang membentuk pengalaman dan kenangan zaman persekolahan mereka.

SK Parit Bakar Tengah β€” Membina Generasi, Mencipta Kenangan. πŸ•οΈβ€οΈ

πŸ‡²πŸ‡Ύ PERTANDINGAN PAKAIAN BERAGAM SEMPENA BULAN KEBANGSAAN πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ“… Isnin | 14 September 2026Semarakkan jiwa merdeka melalui kr...
14/09/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ PERTANDINGAN PAKAIAN BERAGAM SEMPENA BULAN KEBANGSAAN πŸ‡²πŸ‡Ύ

πŸ“… Isnin | 14 September 2026

Semarakkan jiwa merdeka melalui kreativiti dan gaya! β€οΈπŸ€πŸ’™πŸ’›

Tahniah kepada semua murid yang tampil dengan penuh yakin, ceria dan kreatif dalam menggayakan pakaian bertemakan kemerdekaan. Terima kasih juga kepada semua guru yang membantu menjayakan program ini.

Berbeza gaya, satu jiwa β€” Malaysia tercinta! πŸ‡²πŸ‡Ύβœ¨

14/09/2026

πŸ“… Selasa | 8 September 2026

Semangat Merdeka disemarakkan melalui aktiviti sukan! πŸ‡²πŸ‡Ύβš½οΈ
Tahniah dan syabas kepada semua murid yang telah menunjukkan semangat kesukanan, kerjasama dan semangat juang yang tinggi sepanjang kejohanan.

Yang penting, semua berpeluang bermain, berseronok dan mencipta kenangan bersama! ❀️

Sukan Menyatukan Kita, Semangat Merdeka Menguatkan Kita! πŸ‡²πŸ‡Ύ

πŸ‡²πŸ‡ΎπŸŽ¨ PERTANDINGAN KOMIK AI MERDEKA – TAHAP 2 πŸ“–βœ¨Bukan satu, bukan dua… pelbagai karya kreatif telah dihasilkan oleh murid-...
07/09/2026

πŸ‡²πŸ‡ΎπŸŽ¨ PERTANDINGAN KOMIK AI MERDEKA – TAHAP 2 πŸ“–βœ¨

Bukan satu, bukan dua… pelbagai karya kreatif telah dihasilkan oleh murid-murid SKPBT! πŸ€©πŸ‘

Setiap murid hadir dengan idea, cerita dan imaginasi tersendiri dalam menghasilkan komik bertemakan kemerdekaan menggunakan AI. πŸ‡²πŸ‡Ύβ€οΈ

πŸ“š Banyak pilihan, banyak cerita, banyak kreativiti!
Jom baca dan hayati hasil karya murid kita melalui link Google Drive di bawah πŸ‘‡

https://drive.google.com/drive/folders/1lHdt__gHoelorOfGC9kOcicF32bPIyYB

πŸ”— Baca karya mereka, raikan kreativiti mereka!
Komik kita, cerita kita, Malaysia kita! πŸ‡²πŸ‡Ύ

🌫️ HATI-HATI, JEREBU! 🌫️Warga SKPBT dinasihatkan agar sentiasa menjaga kesihatan dan mengurangkan aktiviti luar sekirany...
06/09/2026

🌫️ HATI-HATI, JEREBU! 🌫️

Warga SKPBT dinasihatkan agar sentiasa menjaga kesihatan dan mengurangkan aktiviti luar sekiranya keadaan jerebu semakin buruk.

😷 Pakai pelitup muka jika perlu, πŸ’§ minum air secukupnya dan elakkan aktiviti lasak di luar.

Semoga kita semua sentiasa dilindungi dan dikurniakan kesihatan yang baik. 🀲🏻

Jaga diri, jaga kesihatan. ❀️

πŸ₯Ž KLINIK SUKAN TERAS SOFBOL DAERAH MUAR 2026 πŸ₯ŽAlhamdulillah, murid-murid SK Parit Bakar Tengah (SKPBT) telah berpeluang ...
24/08/2026

πŸ₯Ž KLINIK SUKAN TERAS SOFBOL DAERAH MUAR 2026 πŸ₯Ž

Alhamdulillah, murid-murid SK Parit Bakar Tengah (SKPBT) telah berpeluang menyertai Klinik Sukan Teras Sofbol Daerah Muar 2026 sebagai salah satu usaha memperkembangkan bakat, kemahiran dan minat dalam sukan sofbol. πŸ’ͺ🏻πŸ”₯

πŸ“… Tarikh: 22 Ogos 2026 (Sabtu)
πŸ“ Tempat: SK Pekan Baharu

Semoga program ini menjadi platform yang bermanfaat dalam memberikan pendedahan, pengalaman serta meningkatkan kemahiran asas permainan kepada para peserta. πŸ₯Žβœ¨

Tahniah dan syabas kepada semua murid yang mengambil bahagian! Teruskan berlatih, bina keyakinan dan semoga lahir lebih ramai atlet muda SKPBT yang mampu mengharumkan nama sekolah pada masa akan datang. πŸ†πŸ’ͺ🏻

Berani Mencuba, Gigih Berlatih, Pasti Berjaya! πŸ”₯

Address

KM6, Jalan Temenggung Ahmad
Muar
84000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Parit Bakar Tengah, Muar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share