Little hands, big learning! ✨
Murid-murid seronok menyusun beads sambil belajar mengira dan mengenal warna. Aktiviti ini membantu meningkatkan fokus, koordinasi mata & tangan serta kemahiran motor halus. 🧠🎨
Setiap butiran kecil, langkah besar dalam pembelajaran mereka!
📌 Pendaftaran masih dibuka! Klik link untuk daftar:
🔗 http://www.wasap.my/60197500585/keedsflixpagoh
Keedsflix Bdr Universiti Pagoh
ISLAMIC . QURANIC . TECHNOLOGY
Aktiviti Matematik: Kenali Jam & Masa 🕒
Hari ini murid-murid belajar membaca jam menggunakan model jam tangan sendiri. Mereka mengenal nombor, memahami jarum jam dan minit serta mencuba membaca waktu dengan yakin!
Belajar jadi lebih seronok bila hands-on macam ni ✨
📌 Pendaftaran masih dibuka!
Jom sertai kami dan beri peluang anak-anak belajar dalam suasana yang menyeronokkan dan interaktif 💛
http://www.wasap.my/60197500585/keedsflixpagoh
🌙✨ Majlis Hari Raya Bersama Ibu Bapa ✨🌙
Alhamdulillah, suasana meriah penuh warna-warni dan kegembiraan dapat kami kongsikan bersama ibu bapa dan anak-anak tersayang 💛
Terima kasih kepada semua ibu bapa yang hadir memeriahkan majlis ini. Kehadiran anda semua menambahkan lagi kemesraan dan mengeratkan hubungan antara pihak sekolah dan keluarga 🤝
Anak-anak juga sangat seronok dapat berkumpul, menjamu selera dan bergambar bersama rakan-rakan 🎉📸
Semoga kenangan indah ini terus terpahat di hati ❤️
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin 🌙✨
📚 English Learning Activity
Hari ini murid-murid belajar huruf E — E for Elephant 🐘✨
Seronoknya bila mereka dapat menghasilkan kraft gajah sendiri! Dari mewarna, menampal hingga siap, semuanya dilakukan dengan penuh fokus dan kreativiti 🎨✂️
Aktiviti ini membantu murid mengenal huruf, bunyi serta meningkatkan kemahiran motor halus mereka 💛
📌 Pendaftaran masih dibuka! Jom sertai kami 😊http://www.wasap.my/60197500585/keedsflixpagoh
Selamat Hari Raya Aidilfitri daripada kami di Keedsflix Preschool Bandar Universiti Pagoh.
Mohon maaf atas segala salah dan silap.
Semoga raya kali ini penuh ceria, kasih sayang dan senyuman manis anak-anak.
Murid-murid belajar tentang haiwan yang telah pupus seperti dinosaur. Melalui aktiviti kreatif ini, murid menghasilkan bentuk dinosaur menggunakan doh berwarna sambil mengenal jenis-jenis haiwan yang pernah hidup suatu ketika dahulu.
Aktiviti ini membantu merangsang kreativiti, kemahiran motor halus dan menambah pengetahuan sains murid dengan cara yang menyeronokkan. 🦖✨
📌 Pendaftaran murid baharu masih dibuka!
Hubungi kami untuk maklumat lanjut.http://www.wasap.my/60197500585/keedsflixpagoh
English Thematic
Theme: My Dream
Murid-murid berkongsi impian mereka melalui aktiviti melukis pekerjaan yang mereka cita-citakan pada masa hadapan. 🎨✨
Aktiviti ini membantu murid berimaginasi, mengekspresikan idea serta meningkatkan keyakinan diri untuk bercakap tentang impian mereka.
Setiap lukisan mempunyai cerita dan impian yang tersendiri! 🌟👮♂️
📌 Pendaftaran masih dibuka!
Jom sertai kami di Keedsflix Preschool Bandar Universiti Pagoh. 😊http://www.wasap.my/60197500585/keedsflixpagoh
Murid-murid menjalankan aktiviti kreatif sambil mengenal huruf D melalui perkataan Doktor. Dengan tangan kecil yang penuh semangat, mereka menghasilkan kraft sambil belajar mengenal huruf dengan cara yang menyeronokkan.
Aktiviti ini membantu meningkatkan kemahiran motor halus serta pemahaman huruf dalam suasana pembelajaran yang ceria.
✨ Belajar sambil bermain, lebih mudah difahami!
📌 Pendaftaran murid baharu masih dibuka!
Jom sertai kami Dan klik link tertera. http://www.wasap.my/60197500585/keedsflixpagoh
Murid-murid meneroka dunia langit dengan mempelajari tentang awan ☁️. Sebagai aktiviti pengukuhan, murid menghasilkan kraft pelangi 🌈 yang berwarna-warni.
Aktiviti ini membantu merangsang kreativiti, melatih kemahiran motor halus serta koordinasi mata dan tangan murid. Di samping itu, murid juga dapat mengenali keindahan alam ciptaan Tuhan melalui pelangi yang muncul selepas hujan.
✨ Belajar sambil bermain, lebih seronok dan bermakna!
📌 Pendaftaran murid baharu masih dibuka!
Hubungi kami untuk maklumat lanjut.http://www.wasap.my/60197500585/keedsflixpagoh
Program Nuzul Al-Quran
Murid-murid menyertai Program Nuzul Al-Quran dengan pelbagai aktiviti menarik dan penuh pengajaran. Antara aktiviti yang dijalankan ialah bacaan ayat-ayat Al-Quran dari Juzuk 30, penceritaan kisah Nuzul Al-Quran, serta kuiz berkaitan bagi menguji kefahaman murid-murid.
Melalui program ini, murid-murid dapat mengenali peristiwa turunnya Al-Quran serta memupuk rasa cinta terhadap Al-Quran sejak kecil. ✨📖
Pendaftaran murid baharu masih dibuka.
Hubungi kami untuk maklumat lanjut. 📲http://www.wasap.my/60197500585/keedsflixpagoh
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Contact the school
Telephone
Website
Address
Muar
84600
Opening Hours
| Monday | 07:30 - 17:30 |
| Tuesday | 07:30 - 17:30 |
| Wednesday | 07:30 - 17:30 |
| Thursday | 07:30 - 17:30 |
| Friday | 07:30 - 17:30 |