Sharuniza Ja'afar

Sharuniza Ja'afar

Share

Online Maths Tutor - Bantu > 350 anak2 lemah Maths capai NextLevel dalam 3 bulan!

03/04/2026

Naik cuti raya kita kena fikir pasal Peperiksaan Pertengahan Tahun pula..Tak lama dah ni, jangan lupa buat ulangkaji.

01/04/2026

💥💥Teka teki selama ini terjawab akhirnya. Cikgu tumpang gembira dengan keputusan SPM pelajar-pelajar. Penat lelah anda semua terbalas sudah.💪💪

🚗🚗Perjalanan masih panjang, cikgu doakan anda semua sentiasa dipermudahkan urusan selepas ini.🥰

31/03/2026

Syabas dan tahniah buat semua calon SPM 2025. Cikgu pasti anda sudah lakukan yang terbaik!!

28/03/2026

Info Sains.. 😝 Lesung p**it di p**i.

"Manis sungguh bila dia senyum, lagi-lagi ada lesung p**it kat p**i tu. Cair hati nengoknya!"

Tapi tahukah anda, dari sudut sains perubatan dan anatomi, lesung p**it (dimples) yang menjadi igauan ramai itu sebenarnya adalah satu bentuk "KECACATAN KECIL" pada struktur otot muka?

Secara normal, kita ada satu otot di p**i bernama Zygomaticus major. Tugas otot ini adalah untuk menarik sudut mulut kita ke atas apabila kita tersenyum.

Namun, bagi insan-insan terpilih yang ada lesung p**it, otot ini TERBELAH DUA (bifid). Apabila mereka senyum, kulit p**i akan tertarik ke dalam ruang otot yang terbelah itu, lalu membentuklah lekukan kecil yang kita panggil lesung p**it!

🤔 KALAU IA 'CACAT', KENAPA OTAK KITA ANGGAP IA CANTIK?

Kecantikan ini bukan magis, ia gabungan psikologi, evolusi, dan budaya!

1. Otak Kita S**a Benda 'Rare'
Lesung p**it adalah ciri fizikal yang unik dan jarang jumpa. Otak manusia secara semula jadi cenderung melihat sesuatu yang 'rare' ini sebagai istimewa dan sangat mudah diingati (memorable).

2. Isyarat Emosi Positif
Lesung p**it HANYA muncul apabila seseorang itu tersenyum. Otak kita terus buat kaitan automatik (association): Wajah berlesung p**it = Orang yang mesra, ramah, dan penuh kegembiraan.

3. Kuasa 'Baby Schema' (Kelihatan Comel/Innocent)
Dalam psikologi, manusia mudah cair dengan ciri-ciri bayi seperti p**i bulat, lekuk kecil, dan wajah yang lembut. Lesung p**it mengaktifkan naluri ini, membuatkan kita rasa mereka nampak comel, suci (innocent), dan rasa nak disayangi.

4. Kuasa Media & Budaya
Bila filem Hindustan selalu tayang senyuman Shah Rukh Khan, atau model antarabangsa macam Miranda Kerr tayang lesung p**it mereka, otak kita secara automatik "belajar" dan menetapkan lekukan itu sebagai Standard Kecantikan global!

Kesimpulannya, lesung p**it memang berpunca daripada ketidaksempurnaan biologi.
Tapi kadang-kadang, benda yang tak sempurna itulah yang akhirnya menjadi paling sempurna di mata manusia. ❤️

21/03/2026

🎉Selamat Hari Raya untuk semua pelajar💐 dan ibubapa💐 yang cikgu Niza hormati..
🙏Maaf zahir & batin.🎊

28/02/2026

Pelajar nak khatam 30 juzuk Al-Quran dalam 30 hari di bulan Ramadan?
🌺habiskan1 juzuk, 20 muka surat sehari
🌺sehari ada 5 kali waktu solat, (20/5 = 4)
🌺jadi... bacalah 4 muka surat setiap kali selesai 1 solat.🥰
Semoga istiqomah!💪

25/02/2026

Waktu paling sesuai untuk hafal sifir ialah pagi sebelum solat Subuh. Di kala suasana begitu tenang dan dingin.

23/02/2026

Mengantuk belajar Math lagi2 time puasa ni. Hurmmm..betul ke?

18/02/2026

Selamat berpuasa..

12/02/2026

Genius Matematik muda yang dikagumi.

Nama Adi Putra Abdul Ghani bukan sekadar dikenali, malah sering disebut sebagai simbol kecerdasan luar biasa dalam dunia pendidikan Malaysia.

Anak muda pintar ini mencuri perhatian ramai apabila kebolehannya dalam subjek Matematik melangkaui usia dan tahap pembelajaran biasa, sekali gus menjadikan beliau inspirasi kepada pelajar dan ibu bapa di seluruh negara.

Keupayaan Adi Putra menyelesaikan pelbagai masalah Matematik termasuk algebra, indeks dan trigonometri dengan pantas dan tepat membuatkan ramai kagum.

Kepintarannya bukan sahaja diakui dalam negara, malah turut mendapat pengiktirafan antarabangsa sehingga beliau pernah menerima dua tawaran daripada universiti terkemuka dunia.

KISAH INSPIRASI: https://sinarbestari.sinarharian.com.my/buletin/genius-matematik-malaysia-terima-tawaran-oxford-harvard-luar-biasa-pencapaian-adi-putra

31/01/2026

Habis je kelas petang hari ni bergegas cikgu sempurnakan mana yang wajib dibuat, lepastu cikgu decide nak gi jalan kat taman, kat situ best ada view yang cantik. Ada tasik cikgu boleh lari keliling beberapa kali. Ada bukit yang boleh didaki tak terlalu tinggi tak terlalu rendah.. Sedang2 rasa penat tu tiba, cikgu dah boleh sampai kat atas dengan jayanya.. Kiranya cikgu berjaya lah kan?. Kiri kanan jalan kat taman tu ada bunga2 yang boleh buatkan cikgu rasa happy, macam2 warna bagaikan bunga tu senyum melihat cikgu...cikgu pun senyum melihat bunga. Pokok pun banyak segar bugar tumbuh di serata taman, menceriakan hari2 cikgu di situ.

Tapi



petang ni cikgu tak buat semua yang cikgu describe tadi sebab cikgu rasa nak makan sesuatu. Jadi sebelum ke taman cikgu singgah beli kat kedai buah. Berbagai jenis buah2an dan air berasaskan buah cikgu beli.
Kenapa cikgu beli ni semua ya??

Sebab



cikgu rasa bersalah yang teramat sangat.. dahlah tak berlari, tak brisk walk, tak keluar peluh.... At least kalau cikgu makan buah2an tu kira cikgu amalkan kehidupan yang sihatlah. Kata nak kurus.. 😜😜 Hahahaiii.

Oklah, sekian coretan cikgu untuk kali ni. Dah nak maghrib cikgu baliklah sebab malam cikgu ada kelas Math lagi. Pelajar cikgu sedang menunggu tu.

Want your school to be the top-listed School/college in Muar?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Website

Address

Muar