PASTI Al-Anuar Muar

Call Website Contact the school

PASTI Al-Anuar Muar Menyediakan pendidikan awal kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun. Silibus pembelajaran yang komprehensif (Akademik, Agama, dan Kemahiran).

Gembira membantu anda semua.

الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍJUARA NASYID ALAM RIA NEGERI JOHOR! ✨🏆Segala puji bagi Allah SWT. Pasukan Nasyid PAST...
27/09/2026

الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ

JUARA NASYID ALAM RIA NEGERI JOHOR! ✨🏆

Segala puji bagi Allah SWT.

Pasukan Nasyid PASTI Al-Anuar berjaya merangkul JUARA Nasyid Alam Ria Peringkat Negeri Johor! 🎶

Kemenangan ini adalah hasil daripada setiap titis peluh, setiap latihan, setiap pengorbanan dan doa yang mengiringi perjuangan anak-anak.

Tahniah anak-anak! Kalian telah memberikan yang terbaik. Terima kasih buat ibu ayah, guru-guru yang sentiasa berdiri di belakang mereka dan bersungguh-sungguh dalam latihan sehingga ke peringkat pertandingan.

Kini, perjuangan diteruskan ke Alam Ria PASTI Malaysia di Terengganu. 🇲🇾

Mohon doakan agar langkah kecil anak-anak ini terus dipermudahkan Allah SWT. 🤲🏻

💐 Buat Mubassyir, tahniah kerana telah berani membawa nama PASTI Al-Anuar, PASTI kawasan Muar dalam Kategori Hafazan Lelaki. Walaupun belum ada rezeki untuk menang di peringkat negeri, percayalah…
Mubassyir tidak kalah. Mubassyir sedang belajar. ❤️

Setiap ayat yang dihafaz, setiap usaha dan setiap keberanian untuk berdiri di pentas adalah satu kemenangan yang tidak ternilai.

Hari ini mungkin belum rezeki. Esok, teruskan melangkah. Jangan berhenti kerana orang yang berjaya bukanlah mereka yang tidak pernah kalah, tetapi mereka yang tidak pernah berhenti mencuba.

Semoga Allah terus membimbing dan memberkati langkah anak-anak PASTI Al-Anuar.
Kalian sudah buat kami bangga. 💚




ALAM RIA KAWASAN MUAR 2026| KENANGAN, USAHA & KEJAYAAN Alhamdulillah, selesai sudah Program Alam Ria yang berlangsung se...
20/09/2026

ALAM RIA KAWASAN MUAR 2026| KENANGAN, USAHA & KEJAYAAN

Alhamdulillah, selesai sudah Program Alam Ria yang berlangsung semalam. Satu hari yang penuh dengan pengalaman, semangat, keberanian dan pastinya kenangan manis buat anak-anak PASTI Al Anuar.

TAHNIAH & SYABAS BUAT JUARA! 🏆

🎶🪘 Pertandingan Nasyid - JOHAN 🥇
📖 Pertandingan Hafazan Lelaki - JOHAN 🥇

Tahniah buat anak-anak yang telah memberikan persembahan terbaik sehingga berjaya mengharumkan nama PASTI AI-Anuar.

Kejayaan ini bukan sekadar sebuah kemenangan, tetapi hasil daripada latihan, kesungguhan, disiplin, doa dan keberanian yang telah ditunjukkan.

Buat semua peserta Azan (Luth Aaron Iskandar), Sajak Perempuan (Shafaa Faiha), Sajak Lelaki ( Aakif Luthfi), Hafazan Perempuan (Ummu Salamah) dan tidak lupa buat Bercerita Perempuan (Maryam), ketahuilah bahawa usaha kalian tetap sangat bermakna.

Tidak semua perjuangan berakhir dengan piala, tetapi setiap perjuangan pasti meninggalkan pengalaman.

Kalian telah berani berdiri di hadapan, mencuba dan memberikan yang terbaik. Itu sendiri adalah satu pencapaian yang patut dibanggakan. Jangan kecewa dan jangan berhenti mencuba. Teruskan melangkah, kerana mungkin hari ini belum menjadi rezeki, tetapi pengalaman hari in akan menjadi bekalan untuk kejayaan pada masa akan datang.

Terima kasih yang tidak terhingga buat para guru dan ibu bapa yang sentiasa membimbing, memberi sokongan, mengiringi dan mendoakan anak-anak sepanjang persiapan sehingga selesai pertandingan.

Semoga anak-anak PASTI Al Anuar terus membesar sebagai generasi yang berilmu, berakhlak dan berani mencuba.

🌺Menang adalah satu kebanggaan.
Berusaha adalah satu keberanian.
Tidak berputus asa adalah sebuah kemenangan🌺

💚🤍Syabas semua anak-anak PASTI Al-Anuar! Kalian semua adalah kebanggaan kami.

🇲🇾✨ MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! ✨🇲🇾Alhamdulillah, pada 11 September 2026 yang lalu, PASTI Al-Anuar telah mengadakan Sambu...
16/09/2026

🇲🇾✨ MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! ✨🇲🇾

Alhamdulillah, pada 11 September 2026 yang lalu, PASTI Al-Anuar telah mengadakan Sambutan Bulan Kemerdekaan yang penuh dengan keceriaan dan gelak tawa anak-anak. ❤️🇲🇾

Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan antaranya Indoor Games Kemerdekaan untuk murid 4, 5 dan 6 tahun, sesi bergambar serta sesi makan-makan bersama. 🎉🥰

Lebih meriah apabila anak-anak hadir dengan pelbagai pakaian bertemakan kemerdekaan yang sangat kreatif dan comel! 🇲🇾😍 Semangat patriotik jelas terpancar melalui keceriaan wajah mereka.

💐 Jutaan terima kasih buat ibu ayah PASTI Al-Anuar yang sentiasa memberikan sokongan kepada aktiviti anak-anak. Terima kasih atas sumbangan makanan yang disediakan dan dibawa untuk sama-sama memeriahkan jamuan. Tidak dilupakan juga usaha ibu ayah mengayakan anak-anak dengan pakaian bertemakan kemerdekaan. 🥰❤️

Sokongan dan kerjasama ibu ayah sangat bermakna buat kami. Semoga segala usaha kecil ini menjadi kenangan indah buat anak-anak dan menanam rasa cinta kepada tanah air sejak dari usia kecil. 🇲🇾❤️

🇲🇾 SELAMAT HARI MALAYSIA 2026! 🇲🇾
Hari ini, 16 September, kita bersama-sama meraikan Hari Malaysia. Semoga anak-anak PASTI Al-Anuar membesar menjadi generasi yang mengenali sejarah, menghargai kepelbagaian serta menyayangi Malaysia tercinta. 🌺🇲🇾

Berbeza budaya, bahasa dan warna, kita tetap satu keluarga Malaysia. ❤️
🎉 Selamat Hari Malaysia daripada warga PASTI Al-Anuar! 🎉







17/03/2026
17/03/2026

𝐌𝐀𝐊𝐋𝐔𝐌𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐑𝐊𝐈𝐍𝐈!

𝐏𝐀𝐒𝐓𝐈 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑 𝐁𝐔𝐊𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐀𝐅𝐓𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐌𝐔𝐑𝐈𝐃 𝟒,𝟓&𝟔 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟕

PASTI Johor akan buka pendaftaran murid 4,5&6 tahun bermula 1 Mei 2026 di seluruh PASTI Cawangan di Negeri Johor.

Bagi ibu bapa atau penjaga yang tidak mengetahui lokasi PASTI terdekat, sila komen di posting ini atau chat di messenger.

Pejabat Pentadbiran,
Jabatan PASTI Negeri Johor

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ✨Alhamdulillah, semalam berlangsungnya aktiviti lawatan sambil belajar murid-murid P...
22/11/2025

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ✨

Alhamdulillah, semalam berlangsungnya aktiviti lawatan sambil belajar murid-murid Pasti Al-Anuar Muar ke Zoo Johor dan Playsmart Petrosains Johor dengan jayanya. 🚌🐾🔬

Syukur, semua murid sangat seronok dan teruja dengan pengalaman yang mereka dapat—belajar sambil meneroka alam haiwan serta aktiviti sains interaktif. 🌿🧪

Setinggi-tinggi ucapan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat:
🤝 Ibu bapa atas komitmen dan sokongan yang sangat baik
👨‍👩‍👧‍👦 Ibu ayah yang hadir bersama membantu guru-guru mengawal murid
👩‍🏫 Para guru yang bertungkus-lumus memastikan keselamatan dan kelancaran program.

Kerjasama semua pihak benar-benar menceriakan perjalanan ini dan memberikan pengalaman berharga buat anak-anak kita.

Semoga lawatan sebegini terus menyemai minat belajar dan rasa ingin tahu dalam diri mereka. 🌟✨

Terima kasih atas perhatian dan sokongan berterusan. Gambar-gambar kenangan juga akan dikongsikan bersama. 📸😊

Semoga dipermudahkan kepada Wakil PASTI Al-Anuar, Kawasan Muar Ke Alam Ria Peringkat PASTI Negeri Johor✨Berikut adalah a...
05/09/2025

Semoga dipermudahkan kepada Wakil PASTI Al-Anuar, Kawasan Muar Ke Alam Ria Peringkat PASTI Negeri Johor✨

Berikut adalah anak soleh dan solehah yang akan mewakili PASTI Al-Anuar kawasan Muar ke Alam Ria Peringkat Negeri Johor bagi menyertai acara Bercerita (P), Hafazan (P) dan Nasyid yang akan berlangsung di Pagoh pada esok hari iaitu 6 September 2025.

Doakan mereka, semoga pulang membawa kemenangan dan yang paling utama adalah pengalaman yang berharga.


فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى ٱللَّهِ

e𝘳𝘵𝘪𝘯𝘺𝘢: “𝘈𝘱𝘢𝘣𝘪𝘭𝘢 𝘬𝘢𝘮𝘶 𝘵𝘦𝘭𝘢𝘩 𝘮𝘦𝘮𝘣𝘶𝘭𝘢𝘵𝘬𝘢𝘯 𝘵𝘦𝘬𝘢𝘥, 𝘮𝘢𝘬𝘢 𝘣𝘦𝘳𝘵𝘢𝘸𝘢𝘬𝘬𝘢𝘭𝘭𝘢𝘩 𝘬𝘦𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘈𝘭𝘭𝘢𝘩."




17/08/2025

Hasil semangat & usaha anak didik Pasti dalam melakukan latihan.

PASTI Malaysia

🌸 Alhamdulillah, Tahniah! 🌸Syabas dan tahniah diucapkan kepada peserta PASTI Al-Anuar yang telah menyertai Program Alam ...
16/08/2025

🌸 Alhamdulillah, Tahniah! 🌸
Syabas dan tahniah diucapkan kepada peserta PASTI Al-Anuar yang telah menyertai Program Alam Ria PASTI 2025. Berikut keputusan yang telah diperoleh:

🏆 Hafazan Perempuan – Tempat Pertama
🏆 Hafazan Lelaki – Tempat Ketiga
🏆 Bercerita – Tempat Pertama
🏆 Sajak Lelaki – Tempat Ketiga
🏆 Nasyid – Tempat Pertama
🎖️ Sajak Perempuan – Saguhati
🎖️ Pidato – Saguhati
🎖️ Azan – Saguhati

👏 Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang telah menunjukkan bakat, keberanian dan semangat juang yang tinggi. Kalian semua adalah JUARA sebenar! 🌟

Terima kasih juga kepada semua peserta, guru dan ibu bapa atas sokongan yang diberikan.
Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus melahirkan generasi Rabbani dunia dan akhirat, in shaa Allah. 🌿

Sekalung tahniah buat Siti Khadijah! Murid daripada PASTI Al-Anuar yang akan mewakili negeri Johor untuk perlawanan Bola...
16/07/2025

Sekalung tahniah buat Siti Khadijah! Murid daripada PASTI Al-Anuar yang akan mewakili negeri Johor untuk perlawanan BolaSepakBolaJaring PASTI Malaysia.

Doakan mereka berjaya dalam perlawanan ini.


Address

Muar

Opening Hours

Monday 07:30 - 17:00
Tuesday 07:30 - 17:00
Wednesday 07:30 - 17:00
Thursday 07:30 - 17:00
Sunday 07:30 - 17:00

Telephone

+60193913052

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PASTI Al-Anuar Muar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to PASTI Al-Anuar Muar:

Shortcuts

Share

Category