Sektor Pembangunan Murid PPD Muar

Call Contact the school

Sektor Pembangunan Murid PPD Muar ✅Hal Ehwal Murid,
✅Sukan,
✅Kokurikulum,
✅Ko-akademik,
✅STEM dan
✅Kesenian
FB Profile TIDAK RASMI bagi Sektor Pembangunan Murid, PPD Muar.

🏆 TAHNIAH PASUKAN BICARA BERIRAMA SK FELCRA BUKIT KEPONG 🏆Pejabat Pendidikan Daerah Muar merakamkan setinggi-tinggi tahn...
21/09/2026

🏆 TAHNIAH PASUKAN BICARA BERIRAMA SK FELCRA BUKIT KEPONG 🏆

Pejabat Pendidikan Daerah Muar merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada pasukan Bicara Berirama SK Felcra Bukit Kepong, wakil Zon Selatan, atas kejayaan meraih Tempat Keempat serta Anugerah Skrip Terbaik dalam Festival Pengguna (CONFEST) 2026 yang berlangsung di Perkarangan Stadium Negeri Pulau Pinang, Batu Kawan.

Pencapaian ini merupakan hasil komitmen, kreativiti, kesungguhan dan semangat juang yang tinggi daripada murid-murid, guru pembimbing serta seluruh warga sekolah. Kejayaan ini turut mengharumkan nama Daerah Muar, Negeri Johor dan Zon Selatan di peringkat kebangsaan.

Syabas dan tahniah atas pencapaian yang membanggakan. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi untuk terus melakar kecemerlangan pada masa hadapan.

PENDIDIKAN BERMUTU, INSAN TERDIDIK, NEGARA SEJAHTERA

21/09/2026

🇲🇾🔥 SELAMAT BERJUANG WIRA & WIRAWATI SEDAR! 🔥🇲🇾

Seluruh warga SMK Dato’ Sri Amar Diraja (SEDAR) mengucapkan selamat berjuang kepada:

🏃🏻‍♂️ ADAM MIKHAIL BIN MOHD HAMDAN
L15 – 100 Meter & 110 Meter Lari Berpagar

🏃🏻‍♀️ KOH XIN EN
P15 – Lompat Tinggi

yang mewakili Johor ke Kejohanan Olahraga MSSM 2026 di Stadium Darul Makmur, Pahang.

💪 Berikan yang terbaik!
🔥 Bawa semangat SEDAR!
🏆 Berjuang dengan penuh keyakinan dan semangat juang!

Tekad Juara, Demi Johor! 💙💛❤️

🇲🇾 SELAMAT BERJUANG! SEMOGA DIPERMUDAHKAN DAN MENCAPAI KEJAYAAN!

DOAKAN KEJAYAAN WAKIL ZON SELATANPejabat Pendidikan Daerah Muar merakamkan ucapan selamat maju jaya kepada pasukan Bicar...
19/09/2026

DOAKAN KEJAYAAN WAKIL ZON SELATAN

Pejabat Pendidikan Daerah Muar merakamkan ucapan selamat maju jaya kepada pasukan Bicara Berirama SK Felcra Bukit Kepong yang mewakili Zon Selatan dalam Festival Pengguna (CONFEST) 2026 yang berlangsung di Perkarangan Stadium Negeri Pulau Pinang, Batu Kawan pada 17 hingga 20 September 2026.

Semoga pasukan ini diberikan kesihatan, ketenangan dan keyakinan yang tinggi sepanjang pertandingan. Didoakan agar memperoleh kejayaan cemerlang serta mengharumkan nama Zon Selatan, Negeri Johor dan Daerah Muar di pentas kebangsaan.

Selamat berjuang dan semoga berjaya.

PENDIDIKAN BERMUTU, INSAN TERDIDIK, NEGARA SEJAHTERA

🌟 TAHNIAH & PENGHARGAAN KONTINJEN CHORAL SPEAKING DAERAH MUAR 🌟Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Muar merakamkan setinggi-...
17/09/2026

🌟 TAHNIAH & PENGHARGAAN KONTINJEN CHORAL SPEAKING DAERAH MUAR 🌟

Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Muar merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah kepada SK Sri Bukit Pasir, Muar dan SMK Convent (M) Muar selaku wakil rasmi Daerah Muar dalam Pertandingan Choral Speaking Peringkat Negeri Johor Tahun 2026. Tahniah juga diucapkan kepada barisan guru pembimbing yang telah membimbing, melatih dan membentuk pasukan dengan penuh dedikasi dari peringkat persediaan sehingga berjaya membuat persembahan di pentas negeri. Segala usaha, komitmen serta pengorbanan masa dan tenaga yang dicurahkan amat dihargai dan menjadi kebanggaan seluruh warga pendidikan Daerah Muar.

Ucapan terima kasih turut dirakamkan kepada para ibu bapa dan penjaga yang sentiasa memberikan sokongan dan kerjasama sepanjang tempoh latihan dan persediaan pertandingan. Sokongan padu yang diberikan merupakan antara faktor penting dalam memastikan pasukan dapat memberikan persembahan terbaik serta menyuntik semangat kepada para peserta untuk terus berusaha dan berani mencabar diri.

Kepada semua peserta Choral Speaking, tahniah atas kesungguhan, disiplin, keyakinan dan semangat yang ditunjukkan sepanjang pertandingan. Walaupun keputusan tidak memihak kepada Daerah Muar, anda semua telah mempamerkan persembahan yang membanggakan dan berjaya mengharumkan nama daerah di peringkat negeri. Pengalaman beraksi di pentas negeri, kemahiran komunikasi yang dipertingkatkan serta semangat kerja berpasukan yang dipupuk merupakan pencapaian yang amat bernilai dan akan menjadi bekalan berharga pada masa hadapan.

Kalah dan menang adalah adat pertandingan. Namun pengalaman, ilmu serta kenangan yang diperoleh akan terus menjadi inspirasi dalam melakar kejayaan yang lebih cemerlang pada masa akan datang. Tahniah dan syabas kepada semua murid, guru pembimbing, ibu bapa serta seluruh warga SK Sri Bukit Pasir, Muar dan SMK Convent (M) Muar. Terus melangkah, terus berusaha dan terus mencipta kecemerlangan demi Daerah Muar.

PENDIDIKAN BERMUTU, INSAN TERDIDIK, NEGARA SEJAHTERA

🏆 TAHNIAH & SYABAS KONTINJEN DAERAH MUAR 🏆Pejabat Pendidikan Daerah Muar merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada pasuk...
17/09/2026

🏆 TAHNIAH & SYABAS KONTINJEN DAERAH MUAR 🏆

Pejabat Pendidikan Daerah Muar merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada pasukan Irama Lentera, SK Lenga atas kejayaan cemerlang meraih Naib Johan serta menerima Anugerah Gubahan Lagu/Muzik Terbaik dalam Pertandingan Rekoder dan Genderang Peringkat Negeri Johor 2026 sempena Festival Rancak Seni (FERAS).

Kejayaan ini membuktikan kesungguhan, disiplin dan komitmen tinggi murid-murid, guru pembimbing, ibu bapa serta seluruh warga sekolah dalam mengangkat kecemerlangan seni dan budaya.

Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada sekolah-sekolah lain untuk terus mengembangkan bakat dan potensi murid dalam bidang kesenian serta mengharumkan nama Daerah Muar di peringkat yang lebih tinggi.

Syabas dan tahniah! Muar terus cemerlang!

PENDIDIKAN BERMUTU, INSAN TERDIDIK, NEGARA SEJAHTERA






TAHNIAH SMK BUKIT PASIR! 🎉Pejabat Pendidikan Daerah Muar merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada SMK Bukit Pasir atas ...
17/09/2026

TAHNIAH SMK BUKIT PASIR! 🎉

Pejabat Pendidikan Daerah Muar merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada SMK Bukit Pasir atas kejayaan pasukan SANDHILL QUANTUM yang berjaya melayakkan diri ke TOP 5 Finalis Pertandingan Inovasi Akuaponik ber-IoT Peringkat Kebangsaan 3.0 Tahun 2026.

Kejayaan ini merupakan hasil usaha gigih, komitmen tinggi serta kerjasama erat antara murid, guru pembimbing, pihak sekolah dan semua pihak yang terlibat sepanjang tiga fasa penilaian yang telah dilaksanakan.

Semoga pasukan SANDHILL QUANTUM terus cemerlang, dipermudahkan segala urusan persediaan dan berjaya memberikan pembentangan terbaik pada peringkat akhir di Aquaria KLCC pada Oktober 2026 nanti.

Warga PPD Muar mendoakan agar pasukan ini terus melakar kejayaan dan mengharumkan nama SMK Bukit Pasir, Daerah Muar serta Negeri Johor di pentas kebangsaan.

Syabas dan selamat maju jaya!

🏆 TAHNIAH & SYABAS KONTINJEN DAERAH MUAR 🏆Tahniah kepada pasukan Daerah Muar atas pencapaian membanggakan dalam micro In...
14/09/2026

🏆 TAHNIAH & SYABAS KONTINJEN DAERAH MUAR 🏆

Tahniah kepada pasukan Daerah Muar atas pencapaian membanggakan dalam micro Innovation and Robotic Competition (mIRC2026) Peringkat Kebangsaan pada 12–13 September 2026.

Kategori Robot Soccer
🏆 Cup Trophy
🥉 Tempat Ke-3 – ROBOT KAMPONG, SK Sri Jamil
🏅 Tempat Ke-5 – SEJERAM ROBO-X, SK Simpang Jeram

🏆 Plate Trophy
🥈 Tempat Ke-2 – SMILESBOT, SK Sri Jamil
🥉 Tempat Ke-3 – COMETS 1, SK Convent Muar

Syabas kepada semua murid, guru pembimbing, ibu bapa dan pihak sekolah atas usaha serta komitmen yang cemerlang. Semoga kejayaan ini terus menyemarakkan budaya STEM, robotik dan inovasi dalam kalangan murid Daerah Muar.

PPD Muar mengucapkan tahniah dan syabas atas kejayaan yang membanggakan ini.

📢 MAKLUMAN PERHIMPUNAN BULANAN KOKURIKULUM SEPTEMBER 2026Dimaklumkan bahawa Perhimpunan Bulanan Kokurikulum September 20...
12/09/2026

📢 MAKLUMAN PERHIMPUNAN BULANAN KOKURIKULUM SEPTEMBER 2026

Dimaklumkan bahawa Perhimpunan Bulanan Kokurikulum September 2026 akan dilaksanakan pada 14 September 2026 (Isnin) di semua sekolah Daerah Muar.

🎽 Murid digalakkan memakai uniform lengkap Pasukan Badan Beruniform (PBB) semasa perhimpunan bagi menyemarakkan semangat kokurikulum dan memupuk nilai disiplin, jati diri serta kepimpinan dalam kalangan murid.

📸 Semua sekolah dimohon untuk melengkapkan laporan bergambar dan memuat naik One Page Report (OPR) mengikut ketetapan yang telah ditetapkan bagi tujuan dokumentasi dan pelaporan program.

Kerjasama dan komitmen semua pihak amat dihargai dalam memastikan pelaksanaan Perhimpunan Bulanan Kokurikulum berjalan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan.

"Kokurikulum Penyatu Generasi"

📚✨ PROGRAM SELANGKAH KE UNIVERSITI 2026 ✨📚Pada 10 September 2026, seramai 350 orang murid Tingkatan 4 dan Tingkatan 6 da...
12/09/2026

📚✨ PROGRAM SELANGKAH KE UNIVERSITI 2026 ✨📚

Pada 10 September 2026, seramai 350 orang murid Tingkatan 4 dan Tingkatan 6 dari sekolah-sekolah sekitar Daerah Muar telah menyertai Program Selangkah Ke Universiti 2026 yang berlangsung di Dewan Auditorium, Hub Universiti Pagoh.

Program ini bertujuan memberikan pendedahan awal kepada murid tentang peluang melanjutkan pengajian ke institusi pendidikan tinggi, khususnya institusi di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA). Para peserta turut didedahkan dengan pelbagai program pengajian, laluan kerjaya, kemudahan pembiayaan pendidikan serta peluang pembangunan diri yang ditawarkan oleh institusi-institusi MARA.

Diharapkan program ini dapat memberi inspirasi dan motivasi kepada para murid untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan serta merancang masa depan pendidikan dengan lebih terarah.

📸 Album Gambar Program:
https://photos.app.goo.gl/sbRFg1cRN4TGawPC9

Address

Muar
Muar

Telephone

+6069511780

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sektor Pembangunan Murid PPD Muar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Sektor Pembangunan Murid PPD Muar:

Shortcuts

Share