SmartGreen PMS

SmartGreen PMS Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from SmartGreen PMS, Education Website, Politeknik Muadzam Shah, Muadzam Shah.

27.08.2025 (RABU) : PROGRAM CARBON FREE DAY PMS 2025 - FUN WALKProgram ini adalah inisiatif PMS bagi meningkatkan keseda...
27/08/2025

27.08.2025 (RABU) : PROGRAM CARBON FREE DAY PMS 2025 - FUN WALK

Program ini adalah inisiatif PMS bagi meningkatkan kesedaran warga PMS tentang perubahan iklim dan mengurangkan jejak karbon serta pengurusan sisa. Program ini telah dirasmikan oleh Tn. Haji Mohd Yusof bin Zakaria, Pengarah PMS.

Salah satu aktiviti utama program ini adalah Fun Walk, di mana peserta yang terdiri daripada staf dan pelajar PMS akan berjalan mengikut laluan yang telah ditetapkan. Jarak perjalanan 3.2 km dengan anggaran 4000 langkah. Peserta juga terlibat untuk mengutip sampah di sepanjang laluan.

Sempena Carbon Free Day, staf perlu meletak kenderaan di lokasi yang telah disediakan iaitu di hadapan Dewan Seri Gading dari jam 8.00 - 11.00 pagi. Sepanjang tempoh ini, tiada kenderaan bermotor dibenarkan bergerak di dalam kawasan kampus.

Pengarah turut merasmikan Kempen Jom Kongsi Kereta yang berlangsung sepanjang bulan Ogos 2025.
Banner yang digunakan untuk mempromosikan Carbon Free Day PMS 2025 diperbuat sepenuhnya daripada bahan kitar semula. Proses pembuatannya melibatkan pengumpulan bahan kitar semula seperti sarang telur, kertas terpakai, perca kain dan kotak. Langkah ini tidak hanya menjimatkan kos, tetapi juga lebih mesra alam.

Inisiatif seperti ini menunjukkan komitmen PMS dalam mempromosikan kelestarian alam dan kesedaran mengenai isu-isu perubahan iklim di kalangan komuniti PMS.

Address

Politeknik Muadzam Shah
Muadzam Shah
26700

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SmartGreen PMS posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share