PPDK Batu Niah

PPDK Batu Niah “Special Needs,Special Care”

Komitmen Ke Arah Persekitaran Kerja Yang Sihat & Bebas Dadah Hari ini (21.07.2026) - penyelia dan petugas PPDK Batu Niah...
21/07/2026

Komitmen Ke Arah Persekitaran Kerja Yang Sihat & Bebas Dadah

Hari ini (21.07.2026) - penyelia dan petugas PPDK Batu Niah telah menjalani Saringan Ujian Air Kencing yang dikendalikan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Miri.

Program ini merupakan salah satu usaha memperkukuhkan budaya kerja yang berintegriti, sihat dan bebas daripada penyalahgunaan dadah. Terima kasih kepada pihak AADK Miri atas kerjasama dan bimbingan dalam menjayakan saringan ini.

Semoga usaha seperti ini dapat diteruskan demi memastikan persekitaran kerja yang selamat, profesional dan berkualiti untuk semua.

Pada 14 Julai 2026 & 15 Julai 2026, PPDK Batu Niah telah menerima kunjungan Naziran Inspektorat Silang PPDK Bhg Miri.Pro...
15/07/2026

Pada 14 Julai 2026 & 15 Julai 2026, PPDK Batu Niah telah menerima kunjungan Naziran Inspektorat Silang PPDK Bhg Miri.Program ini merupakan satu platform penting dalam memastikan pengurusan, pentadbiran serta pelaksanaan perkhidmatan di PPDK sentiasa berada pada tahap yang terbaik.

Pihak PPDK Batu Niah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak Naziran Inspektorat Silang atas segala teguran, pandangan serta cadangan penambahbaikan yang diberikan sepanjang sesi naziran berlangsung. Semoga hasil penilaian ini dapat menjadi pemangkin untuk kami terus meningkatkan mutu perkhidmatan demi kesejahteraan dan pembangunan PPDK Batu Niah.


📢 PROGRAM FAMILY DAY PPDK BATU NIAH 2026 📢Program Family Day PPDK Batu Niah telah berlangsung dengan jayanya pada hari i...
20/06/2026

📢 PROGRAM FAMILY DAY PPDK BATU NIAH 2026 📢

Program Family Day PPDK Batu Niah telah berlangsung dengan jayanya pada hari ini, 20 Jun 2026 (Sabtu) bertempat di Happy Seaside, Bakam, Miri.

Program ini melibatkan penyertaan ahli keluarga, Ahli Jawatankuasa (AJK), penyelia serta petugas PPDK Batu Niah. Pelbagai aktiviti sukaneka dan riadah telah dijalankan bagi mengeratkan hubungan silaturahim, memupuk semangat kerjasama serta mewujudkan suasana yang lebih mesra dalam kalangan warga PPDK dan keluarga.

Terima kasih kepada semua yang telah hadir dan memberikan komitmen bagi menjayakan program ini. Semoga program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang demi memperkukuhkan hubungan kekeluargaan dan kebersamaan warga PPDK Batu Niah.


🌸 Sempena sambutan Hari Wesak(24.05.2026)🌸Pihak PPDK Batu Niah ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan t...
25/05/2026

🌸 Sempena sambutan Hari Wesak(24.05.2026)🌸

Pihak PPDK Batu Niah ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Buddhist Society Miri dan Buddhist Society Batu Niah atas sumbangan yang telah diberikan.

Segala sumbangan yang dihulurkan amat bermakna dan sangat dihargai oleh pihak kami. Semoga segala kebaikan dan kemurahan hati ini mendapat keberkatan serta membawa kebahagiaan kepada semua.

Terima kasih kerana sentiasa prihatin dan menyokong warga PPDK Batu Niah. 🙏✨

🤗
22/05/2026

🤗

🎳🏆 TAHNIAH & SYABAS 🏆🎳Warga PPDK Batu Niah mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada peserta OKU PDK kita:🥇 Roger Jong ...
22/05/2026

🎳🏆 TAHNIAH & SYABAS 🏆🎳

Warga PPDK Batu Niah mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada peserta OKU PDK kita:

🥇 Roger Jong Shun Fang
🥇 Mohamad Azman

di atas kejayaan menjadi JOHAN / CHAMPION bagi acara Mix Double Bowling Tournament 2026 anjuran Special Olympics Miri chapter
Pertandingan yang melibatkan peserta-peserta PPDK Bahagian Miri telah berlangsung hari ini (22.Mei.2026).

Kejayaan ini amat membanggakan dan menjadi inspirasi kepada seluruh warga PPDK. Semoga terus maju jaya dan mengharumkan nama PPDK pada masa akan datang. 💪✨


🎉 MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU & PRA GAWAI PPDK BATU NIAH 🎉PPDK Batu Niah dengan penuh sukacitanya telah mengadakan Majlis ...
20/05/2026

🎉 MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU & PRA GAWAI PPDK BATU NIAH 🎉

PPDK Batu Niah dengan penuh sukacitanya telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Guru dan Pra Gawai yang berlangsung dengan meriah serta penuh semangat kekeluargaan. 🌸✨

Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan antaranya:
🌟 Pertandingan Aura Gawai Runway Challenge
💃 Pertandingan Ngajat/Kuntau🎤 Karaoke terbuka

Program ini telah melibatkan penyertaan daripada peserta PPDK, petugas, ibu bapa serta AJK yang bersama-sama memeriahkan sambutan ini. Selain mencungkil bakat dan keyakinan diri peserta, program ini juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim serta memupuk semangat perpaduan dalam suasana yang penuh kegembiraan dan menghayati perayaan sesuatu kaum iaitu, perayaan Hari Gawai yang disambut oleh suku dayak di seluruh Sarawak. Pada masa yang sama, majlis ini diadakan bertujuan untuk menghargai jasa guru-guru yang tidak pernah berputus asa untuk membantu dan mendidik anak-anak OKU sekaligus membentuk modal insan yang holistik dan mampu berdaya saing.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan sokongan dalam menjayakan program ini. 💖

“Guru Insan Pemangkin Generasi, Gawai Pengikat Perpaduan” 🌾

🦷 PROGRAM CERAMAH & PEMERIKSAAN GIGI 🦷14 Mei 2026 (Khamis), telah berlangsung Program Ceramah & Pemeriksaan Gigi untuk w...
14/05/2026

🦷 PROGRAM CERAMAH & PEMERIKSAAN GIGI 🦷

14 Mei 2026 (Khamis), telah berlangsung Program Ceramah & Pemeriksaan Gigi untuk warga PPDK Batu Niah.

Seramai 28 peserta OKU PDK termasuk penyelia & petugas serta ibubapa dan penjaga yang terlibat dalam program ini dengan mengikuti sesi ceramah serta pemeriksaan gigi yang dijalankan.

Pihak PPDK Batu Niah ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak doktor dan misi dari Klinik Pergigian RTC Sibuti kerana sudi meluangkan masa berkongsi ilmu pengetahuan mengenai penjagaan gigi dengan cara yang betul.

Tidak lupa juga jutaan terima kasih kepada ibu bapa/penjaga atas kerjasama dan kesudian meluangkan masa bagi menjayakan program ini.

Semoga program seperti ini dapat memberi manfaat dan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan penjagaan kesihatan gigi dalam kehidupan seharian. 🪥✨



14/05/2026

Laporan/foto: Rokayah Gobik/Ariffin Rosli (Sarawak)

Address

Lot 852, Block 8 Niah Land District , Jalan Sepupok, Niah, 98200 Subis
Miri
98200NIAH

Opening Hours

Monday 08:00 - 16:00
Tuesday 08:00 - 16:00
Wednesday 08:00 - 16:00
Thursday 08:00 - 16:00
Friday 08:00 - 16:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PPDK Batu Niah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to PPDK Batu Niah:

Shortcuts

Share