15/01/2025
Majlis Graduasi Murid Pra Sekolah & Murid Tahun 6 SK Long Lellang Sesi 2024/2025🥳😇.
Langkah pertama telah berjaya disempurnakan. Tahniah kepada semua graduan kecil kami! Murid-murid pra sekolah. Perjalanan ini baru bermula, dan dunia penuh peluang sedang menanti. Teruskan melangkah dengan yakin, berani bermimpi besar, dan sentiasa berusaha menjadi insan cemerlang.
Untuk Murid tahun 6🥳
Hari ini kita meraikan kejayaan, dedikasi, dan usaha tanpa henti. Tahniah kepada graduan tahun 6 atas pencapaian ini. Perpisahan ini hanyalah permulaan kepada bab baru yang lebih gemilang. Jadikan kenangan indah ini sebagai inspirasi untuk terus melangkah ke hadapan. Dunia menanti langkah hebat anda!🥳🙏
Graduasi bukanlah pengakhiran, tetapi satu permulaan baharu. Setiap pencapaian hari ini adalah bukti usaha, sokongan, dan kasih sayang dari semua yang terlibat. Semoga setiap graduan melangkah ke masa depan dengan semangat yang berkobar dan impian yang besar. Teruslah mengukir kejayaan, kerana masa depan adalah milik mereka yang berani mencipta peluang.
“BERILMU, BERDISIPLIN,BERJAYA”
“STOP WISHING,START DOING”
🥰