Sekolah Rendah Agama Bersepadu, Mersing

Website Contact the school

Sekolah Rendah Agama Bersepadu, Mersing SRAB Mersing merupakan sebuah Sekolah agama yang terletak di KM 2, Jalan Endau, Kampung Sri Lalang d Terdapat 8 buah SRAB di seluruh Negeri Johor, iaitu :

1.

Sekolah Rendah Agama Bersepadu Mersing atau nama ringkasnya SRAB Mersing, merupakan sebuah Sekolah agama yang terletak di KM 2, Jalan Endau, Kampung Sri Lalang, 86800 Mersing, Johor. Ia merupakan salah satu dari Sekolah Rendah Agama Bersepadu milik kerajaan Johor. Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB) adalah pendidikan peringkat sekolah rendah yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Johor mulai sesi persekolahan 1999. Ia diwujudkan bagi memenuhi kehendak Pelan Tindakan Belanjawan Kajian Pendidikan Agama 1998. Penyediaannya untuk membolehkan murid lepasan sekolah rendah agama Johor dapat meneruskan pelajaran ke peringkat sekolah menengah dan seterusnya ke Pusat Pengajian Tinggi dalam dan luar negeri. Di masa yang sama SRAB adalah tapak untuk menyalurkan calon-calon pelajar ke peringkat sekolah menengah, khasnya di sekolah-Sekolah Menengah Agama Negeri Johor. Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB) Johor Bahru, Taman Seri Tebrau, Johor Bahru

2. Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB) Muar, Sungai Abong, Muar

3. Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB) Batu Pahat, Taman Bukit Pasir, Batu Pahat

4. Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB) Segamat, Taman Bukit Siput, Segamat

5. Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB) Kluang, Taman Intan, Kluang

6. Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB) Pontian , Benut, Pontian

7. Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB) Kota Tinggi, Kota Kecil, Kota Tinggi

8. Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB) Mersing, KM2 Jalan Endau, Kg Sri Lalang, 86800 Mersing

SRAB Mersing pada awalnya beroperasi di Felda Tenggaroh pada tahun 1999 dan atas faktor kekurangan murid menyebabkan SRAB Mersing berpindah ke lokasi yang sedia ada sekarang di Bandar Mersing. SRAB Mersing telah mula diserap masuk ke dalam Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 2012 menjadikan ia sebuah sekolah yang mempunyai 2 Kurikulum Pendidikan iaitu Kuriukulum Perdana (KPM) dan Kurikulum Azhari (Sekolah Agama). Para pelajar yang bersekolah di sini memulakan sesi persekolahan seawal jam 8.00 pagi hingga 4.30 petang setiap hari Ahad hingga Rabu manakala sesi persekolahan dari jam 8.00 pagi hingga 1.00 petang pada setiap hari Khamis. SRAB Mersing merupakan sekolah aliran perdana di bawah Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Mersing dan sekolah agama di bawah Pejabat Pendidikan Islam Daerah (PPID) Mersing. Pelajar pelajar SRAB Mersing terdiri daripada Tahun 1,2,3,4,5 dan 6. Para pelajar di sini umumnya menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah semasa di Tahun 6. Para pelajar di sini juga menduduki Sijil Darjah Enam Agama (SDEA) semasa di Tahun 6

Para pelajar di sini juag menduduki Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) semasa di Tahun 5.

πŸ“šβœ¨ PROGRAM BERSAMA ANA MUSLIM βœ¨πŸ“šπŸŽ¨ 28 SEPTEMBER 2026 (ISNIN)πŸ† Pertandingan Mewarna Ana Muslim⏰ 7:30 pagi – 9:30 pagiπŸ“š 29 ...
29/09/2026

πŸ“šβœ¨ PROGRAM BERSAMA ANA MUSLIM βœ¨πŸ“š

🎨 28 SEPTEMBER 2026 (ISNIN)
πŸ† Pertandingan Mewarna Ana Muslim
⏰ 7:30 pagi – 9:30 pagi

πŸ“š 29 SEPTEMBER 2026 (SELASA)
🌟 Program bersama wakil Ana Muslim
πŸ›οΈ Jualan buku Ana Muslim
⏰ 7:30 pagi – 10:30 pagi

Hari Cuci Malaysia 2026
26/09/2026

Hari Cuci Malaysia 2026

Sambutan Bulan Kebangsaan πŸ‡²πŸ‡Ύ
24/09/2026

Sambutan Bulan Kebangsaan πŸ‡²πŸ‡Ύ

PROGRAM SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2026
15/09/2026

PROGRAM SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2026

15/09/2026

Pertandingan Busana Bulan Kebangsaan 2026

27/08/2026
πŸ“Œ Tarikh : 28-30 Julai 2026πŸ“Œ Tempat : Adtec Batu Pahat. Alhamdulillah, tahniah  diucapkan kepada adik Nur Azra Zulaikha ...
03/08/2026

πŸ“Œ Tarikh : 28-30 Julai 2026
πŸ“Œ Tempat : Adtec Batu Pahat.

Alhamdulillah, tahniah diucapkan kepada adik Nur Azra Zulaikha binti Mohamad Zulazri (4 Jayyid) yang telah mewakili SRAB Mersing dalam Pertandingan Sumo Robot Peringkat Kebangsaan Sempena Sambutan Jubli Perak.

Semoga penyertaan ini menjadi pemangkin semangat kepada murid-murid lain untuk melibatkan diri dengan lebih aktif dalam bidang kokurikulum serta terus berusaha mengharumkan nama sekolah.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada ibu bapa yang sentiasa memberikan sokongan serta dorongan padu kepada anaknya. Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada seluruh warga guru SRAB Mersing..

KEJOHANAN OLAHRAGA MSSD MERSING KALI KE-47 TAHUN 2026🏫 TEMPAT: SM SAINS SULTAN ISKANDAR πŸ—“οΈ TARIKH: 29 JUN - 2 JULAI 2026...
06/07/2026

KEJOHANAN OLAHRAGA MSSD MERSING KALI KE-47 TAHUN 2026

🏫 TEMPAT: SM SAINS SULTAN ISKANDAR
πŸ—“οΈ TARIKH: 29 JUN - 2 JULAI 2026

πŸ₯‡1. Acara 100 meter P11
Pingat EMAS - Nur Izz Hana binti Mohd Ramdzan

πŸ₯‡2. Acara 200 meter P11
Pingat EMAS - Nur Izz Hana binti Mohd Ramdzan

πŸ₯‡3. Acara Lompat Tinggi L11
Pingat EMAS - Irfan Zikri bin Mahadi

πŸ₯ˆ4. Acara Lompat Jauh L11
Pingat PERAK - Ezra Isyraf bin Mohd Izwan

πŸ₯‰5. Acara 100 meter L12
Pingat GANGSA - Ahmad Shafie bin Ahmad Azlan

πŸ₯‰6. Acara Lompat tinggi L12
Pingat GANGSA - Ahmad Shafie bin Ahmad Azlan

πŸŽ—οΈJohan Keseluruhan Kategori Bawah 11 Sekolah Rendah 2026

πŸŽ—οΈPeserta Terbaik Kategori Bawah 11 - Nur Izz Hana binti Mohd Ramdzan

πŸ† Kedudukan Ke-3 Keseluruhan Kejohanan Olahraga MSSD Mersing Kategori Sekolah Rendah

Tahniah kepada semua atlet yang telah terlibat dalam kejohanan pada kali ini.


TAHNIAH DAN SYABAS! πŸŽ‰Sekolah merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada murid yang telah terpilih menyertai Kem Wira Kade...
22/06/2026

TAHNIAH DAN SYABAS! πŸŽ‰

Sekolah merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada murid yang telah terpilih menyertai Kem Wira Kadet Remaja Sekolah (KRS) dan Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) Generasi MADANI Peringkat Negeri Johor Tahun 2026 yang telah berlangsung pada 9 hingga 11 Jun 2026 di Pusat Latihan FELCRA Tebing Tinggi.

Murid yang terpilih:
πŸ”Ή Ahmad Shafie bin Ahmad Azlan
πŸ”Ή Imelda Mia Humaira binti Burhanuding

Lebih membanggakan, Ahmad Shafie bin Ahmad Azlan telah berjaya terpilih mewakili Negeri Johor ke Kem Wira KRS/TKRS Peringkat Kebangsaan yang akan berlangsung pada 22 hingga 26 Jun 2026.

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada murid-murid lain untuk terus cemerlang dalam bidang kepimpinan, sahsiah dan kokurikulum.

Tahniah dan selamat maju jaya! 🌟πŸ’ͺ


KEJOHANAN PING PONG B12 MSSD πŸ“Warga sekolah ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada wakil pasukan ping pong Bawa...
22/06/2026

KEJOHANAN PING PONG B12 MSSD πŸ“

Warga sekolah ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada wakil pasukan ping pong Bawah 12 Tahun yang telah memberikan aksi terbaik di Kejohanan Ping Pong B12 MSSD Mersing 2026.

Butiran kejohanan:
πŸ“… Tarikh: 15 Jun 2026 (Isnin)
⏰ Masa: 8.00 pagi - 6.00 petang
πŸ“ Tempat: Dewan SM Sains Sultan Iskandar, Mersing

Keputusan penuh:
πŸ₯ˆ Perseorangan: Irfan Zikri (Naib Johan)
πŸ₯‰ Beregu: Atif Aziz & Aqil Ziyad (Tempat Ketiga)

Lebih membanggakan, Irfan Zikri telah berjaya melayakkan diri untuk mewakili daerah ke peringkat MSSJ! Tahniah dan syabas atas semangat kesukanan yang ditunjukkan. Semoga terus cemerlang di peringkat seterusnya!


Address

Km 2, Jalan Endau, Kg. Sri Lalang
Mersing
86800

Opening Hours

Monday 08:00 - 04:30
Tuesday 08:00 - 04:30
Wednesday 08:00 - 04:30
Thursday 08:00 - 04:30
Sunday 08:00 - 04:30

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Rendah Agama Bersepadu, Mersing posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Sekolah Rendah Agama Bersepadu, Mersing:

Shortcuts

Share