Unit Keusahawanan PMJ

Unit Keusahawanan PMJ Unit yang bertanggungjawab menguruskan kursus dan aktiviti yang berasaskan keusahawanan.

09/05/2023

InsyAllah pada 19 Syawal ini, USMAN akan bersama-sama 400 bakal graduan Politeknik Mersing, Johor. Luarbiasa bagi USMAN berkongsi ilmu keusahawanan dengan audien seramai itu. Ini cabaran, kita bagi jadi😬🀲.

Tenaga pengajar politeknik memilih topik TikTok Marketing Mastery untuk USMAN kongsikan bersama pelajar. Objektif sesi ini agar 400 bakal graduan (difahamkan majoriti golongan B40) dapat memupuk kesedaran menjadi usahawan berjaya dan gunakan TikTok sebagai medium pemasaran untuk menjana pendapatan luarbiasa.

Doakan sesi perkongsian ini memberi impak positif dan berjaya dimanfaatkan oleh semua yang terlibat.

Bangi - Mersing doakan kami selamat ke destinasi MISI KEUSAHAWANANπŸ˜ƒπŸ’―πŸ€©.







Rabu | 22/03/2023Sesi perbincangan bersama Youth Ventures Asia (En Aniq) dan ECER (En Zariq) telah diadakan bagi membinc...
05/04/2023

Rabu | 22/03/2023
Sesi perbincangan bersama Youth Ventures Asia (En Aniq) dan ECER (En Zariq) telah diadakan bagi membincangkan peluang dan ruang kerjasama bagi membangunkan komuniti Mersing dan khususnya pelajar PMJ. Perbincangan ini berkesinambungan dengan pembentangan yang telah dilakukan dan telah mendapat sokongan penuh dari Tuan DO Mersing dan YDP Majlis Daerah Mersing.

Rabu | 29/03/2023Bersempena dengan bulan Ramadan yang penuh berkah ini telah berlangsungnya Majlis Perasmian & Pembukaan...
05/04/2023

Rabu | 29/03/2023
Bersempena dengan bulan Ramadan yang penuh berkah ini telah berlangsungnya Majlis Perasmian & Pembukaan Mini POLIZAR. Majlis perasmian dilakukan ini telah dianjurkan oleh kelab Keusahawanan PMJ. Mini POLIZAR adalah untuk memudahkan para pelajar dan warga PMJ untuk mendapatkan juadah berbuka sepertimana di bazar Ramadan diluar.

Isnin | 20 Mac 2023Bengkel Pemantapan Ketua Unit Keusahawanan PolyCC Zon Johor telah berlansung di PMJ yang disertai ole...
05/04/2023

Isnin | 20 Mac 2023
Bengkel Pemantapan Ketua Unit Keusahawanan PolyCC Zon Johor telah berlansung di PMJ yang disertai oleh empat Politeknik dan 12 Kolej Komuniti dari Zon Johor. Bengkel ini telah mengadakan sesi perkongsian mengenai BMC (En. Lazim, KK Bandar Penawar); Proceed (Cik Zarina, KK Tanjung Piai) dan MEA (Pn. Suzi, KK Pasir Gudang)

Selasa | 21 Mac 2023
Sesi Libat Urus Timbalan Pengarah BAPP Bersama-sama Ketua Unit Keusahawanan PolyCC Zon Johor. Sesi ini di isi dengan kepelbagaian idea yang telah dikongsikan dan dibincangkan bersama-sama Ketua Unit Keusahawanan PolyCC Zon Johor.

Isnin | 20/03/2023Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) dengan kerjasama Agensi Kaunseling dan Pengur...
04/04/2023

Isnin | 20/03/2023
Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) dengan kerjasama Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) telah menganjurkan Program Literasi Kewangan dan Pengumuman Malaysia π˜‰π˜°π˜°π˜¬ 𝘰𝘧 π˜™π˜¦π˜€π˜°π˜³π˜₯𝘴 (MBOR) bersempena dengan 𝘎𝘭𝘰𝘣𝘒𝘭 π˜”π˜°π˜―π˜¦π˜Ί 𝘞𝘦𝘦𝘬 2023 yang disambut mulai hari ini sehingga 26 Mac 2023 di seluruh dunia dengan tema π˜—π˜­π˜’π˜― 𝘠𝘰𝘢𝘳 π˜”π˜°π˜―π˜¦π˜Ί, π˜—π˜­π˜’π˜―π˜΅ 𝘠𝘰𝘢𝘳 𝘍𝘢𝘡𝘢𝘳𝘦. Pelajar dan staf Politeknik Mersing telah bersama-sama menyertai program ini yang dianjurkan secara serentak diseluruh 36 politeknik dan 105 kolej komuniti di seluruh Malaysia.

Rabu | 15/03/2023Sesi latihan mentor dan pelajar bagi Program Keusahawanan KPT Bee Varsity Entrepreneurship Apprentice (...
04/04/2023

Rabu | 15/03/2023
Sesi latihan mentor dan pelajar bagi Program Keusahawanan KPT Bee Varsity Entrepreneurship Apprentice (BVEA) program telah diadakan di Pusat Ternakan Kelulut Moden, Simpang Renggam. Program ini telah dianjurkan oleh Universiti Teknologi Malaysia. Program BVEA ini adalah program Keusahawanan pelajar berkaitan industri ternakan madu kelulut.

Rabu| 01/03/2023Sesi perbincangan kolaborasi Persatuan Industri Kecil dan Sederhana Daerah Mersing bersama Jabatan Perda...
05/03/2023

Rabu| 01/03/2023
Sesi perbincangan kolaborasi Persatuan Industri Kecil dan Sederhana Daerah Mersing bersama Jabatan Perdagangan dan Unit Keusahawanan, Politeknik Mersing telah diakan di Politeknik Mersing (PMJ).

Ahad | 26/2/2023Politeknik Mersing (PMJ) telah membawa seramai 21 pelajar yang mengambil subjek Entrepreneurship bersama...
02/03/2023

Ahad | 26/2/2023
Politeknik Mersing (PMJ) telah membawa seramai 21 pelajar yang mengambil subjek Entrepreneurship bersama dua pensyarah pengiring iaitu Puan Jama'latun dan Puan Aini ke Program Usahawan Muda 2023 di Politeknik Ibrahim Sultan (P*S). Program tersebut telah dirasmikan oleh YB Datuk Seri Salahuddin bin Ayub selaku Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.

Selasa | 21/2/2023Puan Suhana binti Ismail, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik PMJ bersama Puan Noradilah binti Sukor, ...
22/02/2023

Selasa | 21/2/2023
Puan Suhana binti Ismail, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik PMJ bersama Puan Noradilah binti Sukor, Ketua Unit Kesahawanan PMJ dan Encik Nazrul Effendy, Mentor Inkubator telah berkunjung ke Institut Siswazah Tersedia Kehidupan melalui Pusat Inovasi Mahasiswa dan Keusahawanan Teknologi (UTMXCITE) bagi melihat dengan lebih dekat Projek β€œBee-Varsity Entrepreneurship Apprentice (BVEA)”. Sesi lawatan berakhir dengan kunjungan ke tapak ternakan kelulut moden di UTM dan Simpang Renggam.

Address

Jalan Nitar, Politeknik
Mersing
86800

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Unit Keusahawanan PMJ posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share