Fakulti Perladangan dan Agroteknologi Universiti Teknologi MARA

Fakulti Perladangan dan Agroteknologi Universiti Teknologi MARA Fakulti Perladangan dan Agroteknologi UiTM (Melaka) Kampus Jasin

✨ SALAM MAULIDUR RASUL 1448H ✨​"Sesungguhnya Orang yang Paling Dekat Kepadaku Pada Hari Kiamat Adalah Orang yang Paling ...
24/08/2026

✨ SALAM MAULIDUR RASUL 1448H ✨

​"Sesungguhnya Orang yang Paling Dekat Kepadaku Pada Hari Kiamat Adalah Orang yang Paling Banyak Berselawat Kepadaku." (HR Tirmidzi)

​Menjelang 12 Rabiulawal 1448H, marilah kita bersama-sama memperbanyakkan selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Semoga ajaran dan sunnah Baginda sentiasa menjadi panduan serta inspirasi dalam kehidupan seharian kita.

​Salam Maulidur Rasul daripada:
​Dekan & Seluruh Warga
Fakulti Perladangan dan Agroteknologi (FPA)
Universiti Teknologi MARA (UiTM)

​اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ 💚

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada YBhg Datuk Naib Canselor UiTM atas sokongan berterusan dalam memperkasakan ...
22/08/2026

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada YBhg Datuk Naib Canselor UiTM atas sokongan berterusan dalam memperkasakan agenda penyelidikan dan inovasi warga UiTM.

Fakulti Perladangan dan Agroteknologi (FPA) sentiasa bersedia menyahut cabaran dan menggembleng kepakaran bagi merealisasikan hasrat kerjasama strategik bersama Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) di bawah pimpinan YB Menteri.

FPA komited untuk terus menyumbang kepakaran demi kemajuan sektor komoditi negara.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada  staf Fakulti Perladangan dan Agroteknologi, *EN. AMIRUL AFIQ ABD LATIF dan EN. MUHA...
18/08/2026

Tahniah dan syabas diucapkan kepada staf Fakulti Perladangan dan Agroteknologi, *EN. AMIRUL AFIQ ABD LATIF dan EN. MUHAMMAD DANIAL SHAHRUL* kerana telah berjaya merangkul pingat di kejohanan Karnival Sukan Staf Universiti Awam Malaysia (SUKUM)
pada 6-15 Ogos 2026 di UNISZA, Terengganu.

🥈 EN. AMIRUL AFIQ ABD LATIF
Pingat Perak
Futsal Lelaki

🥉 EN. MUHAMMAD DANIAL SHAHRUL
Pingat Gangsa
Badminton Bergu A&B

Sumbangan pingat ini membantu UiTM menamatkan kedudukan ditempat ketiga keseluruhan di Karnival Sukan Staf Universiti Awam Malaysia (SUKUM) 2026 sekali gus mengatasi pencapaian edisi-edisi yang lepas.

Ini merupakan pencapaian yang amat membanggakan seluruh warga fakulti.

𝐒𝐄𝐓𝐈𝐍𝐆𝐆𝐈-𝐓𝐈𝐍𝐆𝐆𝐈 𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇​Dekan dan seluruh warga Fakulti Perladangan dan Agrotechnology (FPA), UiTM merakamkan ucapan set...
18/08/2026

𝐒𝐄𝐓𝐈𝐍𝐆𝐆𝐈-𝐓𝐈𝐍𝐆𝐆𝐈 𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇

​Dekan dan seluruh warga Fakulti Perladangan dan Agrotechnology (FPA), UiTM merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada:

𝒀𝑩𝒓𝒔. 𝑫𝒓. 𝑺𝒂𝒊𝒚𝒊𝒅𝒂𝒉 𝑵𝒂𝒇𝒊𝒔𝒂𝒉 𝑯𝒂𝒔𝒉𝒊𝒎

​atas pelantikan sebagai Penyelaras Penyelidikan, Fakulti Perladangan dan Agroteknologi bagi tempoh 01 Ogos 2026 hingga 31 Julai 2028.

​Selamat menjalankan amanah dan semoga terus cemerlang memacu kepimpinan penyelidikan fakulti ke peringkat yang lebih tinggi!

𝐒𝐄𝐊𝐀𝐋𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀𝐀𝐍 & 𝐓𝐄𝐑𝐈𝐌𝐀 𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇​Seluruh warga Fakulti Perladangan dan Agroteknologi (FPA), UiTM merakamkan setinggi-...
18/08/2026

𝐒𝐄𝐊𝐀𝐋𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀𝐀𝐍 & 𝐓𝐄𝐑𝐈𝐌𝐀 𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇

​Seluruh warga Fakulti Perladangan dan Agroteknologi (FPA), UiTM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada:

𝒀𝑩𝒓𝒔. 𝑻𝒔 𝑫𝒓. 𝑴𝒐𝒉𝒅 𝑴𝒖𝒉𝒚𝒊𝒅𝒅𝒊𝒏 𝑴𝒖𝒔𝒕𝒂𝒇𝒂

​atas jasa, dedikasi, dan khidmat bakti yang tidak ternilai sepanjang berkhidmat sebagai Penyelaras Penyelidikan dan Inovasi, FPA bagi tempoh 01 Mei 2024 hingga 30 April 2026.

​Semoga Dr. terus dilimpahi kejayaan dan kecemerlangan dalam segala usaha serta kerjaya pada masa akan datang.

Terima kasih atas segala sumbangan!

🎉 CONGRATULATIONS TO THE TOP 5 FPA Authors for being recognized in the TOP 500 UiTM Authors By Rank Based on Scopus and ...
14/08/2026

🎉 CONGRATULATIONS TO THE TOP 5 FPA Authors for being recognized in the TOP 500 UiTM Authors By Rank Based on Scopus and SciVal (2020–2025).

Your dedication and outstanding research contributions continue to elevate the excellence and impactful research.

Congratulations on this well-deserved achievement! 👏
-------------------------------

🎉 TAHNIAH & SYABAS | TOP 500 UiTM AUTHORS BY RANK (Scopus and SciVal 2020-2025)🎉

Setinggi-tinggi Tahniah dan Syabas diucapkan kepada:

🏅 Prof. Madya Ts Dr. Zaiton Sapak | Rank 239

🏅 Prof. Madya Ts Dr. Nur Maizatul Idayu Othman | Rank 303

🏅 Prof. Madya Ts Dr. Fazleen Abdul Fatah | Rank 372

🏅 Prof. Madya Dr. Darius El Pebrian | Rank 413

🏅 Prof. Madya Ts Dr. Shamsiah Abdullah | Rank 484

atas kejayaan disenaraikan dalam Top 500 UiTM Authors by Rank berdasarkan data Scopus dan SciVal bagi tempoh 2020 hingga 2025.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus melakar kecemerlangan, memperkukuh budaya penyelidikan serta meningkatkan mutu dan impak penerbitan ilmiah UiTM di peringkat nasional dan persada antarabangsa.

Ikhlas daripada,
Dekan dan Seluruh Warga
Fakulti Perladangan dan Agroteknologi.

PROMOSI PROGRAM PASCASISWAZAH, FAKULTI PERLADANGAN DAN AGROTEKNOLOGI, UITMJom sertai Promosi Program Pascasiswazah, Faku...
11/08/2026

PROMOSI PROGRAM PASCASISWAZAH, FAKULTI PERLADANGAN DAN AGROTEKNOLOGI, UITM

Jom sertai Promosi Program Pascasiswazah, Fakulti Perladangan dan Agroteknologi, UiTM secara atas talian untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan program- program yang ditawarkan..!!

Sesi promosi seterusnya bagi kemasukan Oktober 2026 akan dijadualkan pada:

Hari: Rabu
Tarikh: 12 Ogos 2026
Masa: 3 – 4 petang
GM Meeting Link: https://meet.google.com/vyh-fmyy-bhu

Jumpa anda nanti..!

Terima kasih.
Pusat Pengajian Pascasiswazah FPA

30 Julai 2026 - Fakulti Perladangan Dan Agroteknologi, UiTM Kampus Jasin, Melaka telah berjaya melaksanakan program Exch...
29/07/2026

30 Julai 2026 - Fakulti Perladangan Dan Agroteknologi, UiTM Kampus Jasin, Melaka telah berjaya melaksanakan program Exchange Mobility Student (With Credit Transfer) melibatkan kursus daripada program AT242. Program akedemik ini yang dijalankan selama 3 bulan (Semester Mac- Ogos 2026) melibatkan pelajar daripada Universitas Islam Negeri (UIN) Sunan Gunung Djati Bandung, Indonesia, iaitu Annisa Shakina Suwargana, Khansa Nadya Khaeri dan Rizky Dwi Cahyani. Pelaksanaan program ini telah berjaya mencapai objektif dalam memperkukuh kerjasama akademik antarabangsa antara UiTM dan UIN Sunan Gunung Djati Bandung. Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Bahagian Hal Ehwal Akademik (BHEA), para pensyarah yang terlibat dalam pengajaran, serta semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan sokongan secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini.


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera YBhg. Datuk / Profesor / Tuan / PuanSetinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Puan Ju...
27/07/2026

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

YBhg. Datuk / Profesor / Tuan / Puan

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Puan Juliana Karim atas kenaikan pangkat ke jawatan Timbalan Pegawai Sains Gred C12 berkuat kuasa 2 Mei 2026 / 15 Muharam 1448H.

Syabas dan Selamat Maju Jaya!

Sekian, terima kasih.

اوسها، تقوى، موليا
"MALAYSIA MADANI"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Ikhlas daripada
Dekan, Pengurusan Eksekutif dan warga FPA

🎉 SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN 🎉​Dekan dan seluruh warga Fakulti Perladangan dan Agroteknologi (FPA) mengucapkan selama...
23/07/2026

🎉 SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN 🎉

​Dekan dan seluruh warga Fakulti Perladangan dan Agroteknologi (FPA) mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran buat YBhg. Profesor Datuk Ts. Dr. Shahrin Sahib @ Sahibuddin, FASc, Naib Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM).

​Semoga YBhg. Datuk sentiasa dilimpahi kesejahteraan, rahmat, dan keberkatan oleh Allah SWT dalam menerajui kepimpinan universiti. Amin Ya Rabbal Alamin. 🤲✨

Address

Merlimau
77300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Fakulti Perladangan dan Agroteknologi Universiti Teknologi MARA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Fakulti Perladangan dan Agroteknologi Universiti Teknologi MARA:

Shortcuts

Share

Category