EKSA UITM KEDAH

EKSA UITM KEDAH Page ini adalah mengenai Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) di UiTM Cawangan Kedah.

"Selamat TAHUN BARU 2024 kepada semua warga UiTM Cawangan Kedah. Tahun Baru, kesempatan baru, dan semangat baru!
09/01/2024

"Selamat TAHUN BARU 2024 kepada semua warga UiTM Cawangan Kedah. Tahun Baru, kesempatan baru, dan semangat baru!

KEMPEN JOM JIMAT ELEKTRIK Kempen JOM JIMAT ELEKTRIK ini telah dilancarkan oleh Y. Bhg. Rektor, Prof. Dr. Roshima Hj. Sai...
16/05/2023

KEMPEN JOM JIMAT ELEKTRIK

Kempen JOM JIMAT ELEKTRIK ini telah dilancarkan oleh Y. Bhg. Rektor, Prof. Dr. Roshima Hj. Said dalam Amanat Rektor 2023 yang lalu kepada semua warga kampus UiTM Kedah khususnya.

Kempen ini bertujuan mencetuskan transformasi ke arah ekosistem tenaga masa depan yang mengimbangi antara kemapanan persekitaran, bekalan sumber tenaga yang terjamin dan selamat serta penjimatan ekonomi yang optimum.

"Hasil kajian mendapati rakyat Malaysia lebih bersikap tidak acuh terhadap usaha penjimatan tenaga. Malah, laporan Fostering Effective Energy Transition 2018 (Penerapan Peralihan Tenaga Yang Cekap 2018) oleh Forum Ekonomi Dunia, menunjukkan rakyat Malaysia berada pada kedudukan lebih rendah berbanding negara Barat seperti Norway, Switzerland dan Sweden."
[bharian, 9 April 2021]

Namun Jawatankuasa EKSA UITM KEDAH yakin jika langkah kecil ini disambut baik oleh semua staf khususnya, matlamat penjimatan akan dapat dicapai.



SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI DARI WARGA UNIT PENGURUSAN KUALITI UITM CAWANGAN KEDAH
18/04/2023

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI DARI WARGA UNIT PENGURUSAN KUALITI UITM CAWANGAN KEDAH

LOGO EKSA UiTM KEDAHEKSA atau Ekosistem Kondusif Sektor Awam telah diperkenalkan oleh MAMPU pada Januari 2014 adalah pen...
22/02/2023

LOGO EKSA UiTM KEDAH

EKSA atau Ekosistem Kondusif Sektor Awam telah diperkenalkan oleh MAMPU pada Januari 2014 adalah penjenamaan semula bagi Amalan 5S Sektor Awam. Ia merupakan salah satu inisiatif ke arah peningkatan kualiti penyampaian perkhidmatan awam.

Langkah penjenamaan semula ini sesuai dan seiring dengan perubahan dan kehendak semasa yang sentiasa menekankan peningkatan prestasi dan daya saing organisasi di samping menyemarakkan lagi budaya kreatif dan inovatif dikalangan jabatan/agensi sektor awam.

Komponen utama dalam pelaksanaan EKSA adalah berteraskan Amalan 5S (Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Amal) dan ditambah baik dengan penambahan beberapa elemen-elemen baharu iaitu:
• Imej Korporat
• Kreativiti dan Inovasi
• Amalan Hijau
• Persekitaran Kondusif
• Kepelbagaian Agensi

UiTM Cawangan Kedah p**a telah melancarkan EKSA pada tahun 2022 dimulakan dengan perlantikan jawatankuasa Induk yang diketuai oleh Ketua Unit Kualiti, UiTM Cawangan Kedah.



PROGRAM GREEN KAMPUSJawatankuasa Go Green & Inovasi Induk EKSA UiTM Kedah dibawah Unit Pengurusan Kualiti UiTM Cawangan ...
22/02/2023

PROGRAM GREEN KAMPUS

Jawatankuasa Go Green & Inovasi Induk EKSA UiTM Kedah dibawah Unit Pengurusan Kualiti UiTM Cawangan Kedah telah menganjurkan Ceramah Kesedaran Kepentingan Kitar Semula Bermula Di Kampus : Pengurangan Penggunaan Kertas Dan Plastik bagi SIRI 1.

Penceramah yang dijemput berpengalaman lebih 10 tahun dalam bidang kitar semula dari Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam, SwCorp Kedah iaitu Puan Azhana Che Ghazali, Penolong Pengarah Kanan.

Program telah dijalankan pada :

Tarikh : 20 Januari 2023 (Isnin)
Tempat : Bilik Seminar, Unit Kaunseling dan Kerjaya, UiTM Cawangan Kedah.
Masa : 10.00 pagi – 1.00 tengahari

Penyertaan: 50 orang staf secara offline serta 56 orang staf di atas talian

SwCorp Kedah juga turut mempelawa pihak UiTM Cawangan Kedah untuk bekerjasama beberapa program seperti :
- Program Jom Jual Minyak Masak Terpakai
- Read@Reuse (buku-buku yang masih boleh dirujuk)
- Lain-lain bahan yang boleh dikitar semula seperti kertas, tin aluminium, botol plastik, pakaian, peralatan elektrik dan elektronik
- Program Belajar Menghasilkan Baja Takakura (baja organik yang dihasilkan daripada sisa makanan)



Address

UiTM Cawangan
Merbok
08400

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when EKSA UITM KEDAH posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to EKSA UITM KEDAH:

Shortcuts

Share