07/08/2025
LAWATAN AKADEMIK PELAJAR SRP KE SYARIKAT AURORA HOME & DESIGN
Tujuan: Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pelajar dalam bidang pembuatan kabinet
Lawatan akademik ini telah dianjurkan bagi memberikan pendedahan industri sebenar kepada pelajar Sijil Reka Bentuk dan Pembuatan Perabot, khususnya dalam aspek pembuatan kabinet. Syarikat Aurora Home & Design dipilih kerana kepakarannya dalam penghasilan kabinet moden serta penggunaan teknologi dan teknik pembuatan terkini.
Sepanjang lawatan, pelajar telah didedahkan kepada pelbagai aspek penting dalam proses pembuatan kabinet, antaranya:
β’ Pengenalan kepada mesin dan peralatan industri
β’ Penerangan tentang bahan dan material
β’ Pemilihan dan pemasangan aksesori kabinet
β’ Teknologi dan teknik terkini dalam pembuatan kabinet yang digunakan di industri perabot masa kini.
Lawatan ini telah berjaya memberikan impak yang signifikan kepada pelajar dari segi:
β’ Peningkatan pengetahuan praktikal tentang proses sebenar dalam pembuatan kabinet
β’ Pendedahan kepada teknologi dan peralatan industri sebenar
β’ Pemahaman lebih mendalam tentang standard industri dan keperluan kualiti produk
β’ Motivasi dan kesedaran kerjaya, melalui interaksi bersama tenaga kerja berpengalaman dan persekitaran kerja sebenar
β’ Pengukuhan kemahiran teknikal, termasuk interpretasi pelan, teknik pemotongan, penampalan dan pemasangan
Jom Mendaftar Sebagai Pelajar Sijil Reka Bentuk dan Pembuatan Perabot Kolej Komunti Temerloh. Pendaftaran masih dibuka β