PPKI SMK Membakut 2

PPKI SMK Membakut 2 Program Pendidikan Khas Integrasi di SMK Membakut 2, Membakut. Segala aktiviti dan info program diselitkan dalam Page ini. Kami akan respon secepat mungkin.

Sebarang makluman dan maklum balas sila suarakan dalam kolum 'Message'. Terima kasih.

Guru-guru dan PPM PPKI SMK MEMBAKUT II
12/10/2025

Guru-guru dan PPM PPKI SMK MEMBAKUT II

Tahniah Putri..Kebanggaan PPKI SMK Membakut 2.. Always Awesome Perfect Champion..
28/09/2025

Tahniah Putri..
Kebanggaan PPKI SMK Membakut 2..

Always Awesome Perfect Champion..

Doakan Putri dapat buat yg terbaik di Johor nanti
25/09/2025

Doakan Putri dapat buat yg terbaik di Johor nanti

Pada 1 Julai 2025 , Selasa telah berlangsung Karnival Kebolehpasaran Peringkat Daerah Beaufort bertempat di SMK Gadong. ...
10/07/2025

Pada 1 Julai 2025 , Selasa telah berlangsung Karnival Kebolehpasaran Peringkat Daerah Beaufort bertempat di SMK Gadong.

PPKI SMK Membakut II telah berjaya merangkul:-
🥇Johan Pertandingan Dekorasi Kek - Putri Nur Qalesya binti Abdullah
🏅Johan Pertandingan Aerodance - Mohd Hafiy Hadwan, Daniel, Bryantino dan Alexis
🏅Johan Pertandingan Anyaman Tudung Saji- Mohd Sahfik Paijul
🥇Johan Pertandingan Poster Digital- Syafiq Rizqullah bin Redzifwan
🥇Johan Pertandingan Nyanyian Solo- Mohd Haikimie bin Ag Daud
🥈Naib Johan Pertandingan Reruai - Mohd Danish dan Afqar

Tahniah kepada semua pemenang..
Tahniah kepada semua jurulatih dan guru2 serta ppm PPKI SMKMII yang gigih melatih, membimbing dan memberi tunjuk ajar.. Semoga diberi ganjaran berlipat kali ganda..

8 orang murid PPKI SMK Membakut II akan bertanding di peringkat negeri di Sandakan pada 18-20 Julai.. Semoga beroleh kemenangan..Amin

Kami kongsikan hiasan pentas raya PPKI SMK Membakut II ..
18/04/2025

Kami kongsikan hiasan pentas raya PPKI SMK Membakut II ..

Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri dan Majlis Menandatangani Sijil Kolaboratif Strategik PPKI SMK Membakut II Dengan ...
18/04/2025

Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri dan Majlis Menandatangani Sijil Kolaboratif Strategik PPKI SMK Membakut II Dengan Kolej Teknologi Yayasan Sabah
17 APRIL 2025
Khamis
Dewan Sri Gemilang, SMK Membakut II

Alhamdulillah, Majlis yang dirancang berjalan dengan lancar.. jutaan terima kasih dan sekalung penghargaan kepada Datuk Tah Nia binti Haji Jaman, Ketua Eksekutif Kolej Yayasan Sabah atas kesudian untuk hadir dalam majlis ini dan menandatangani kolaboratif strategik dengan SMK Membakut II..

Terima kasih juga atas kehadiran rakan strategik PPKI SMKMII ke majlis ini :
❤️Puan Rahaliza , Kolej Komuniti Beaufort
❤️En Muhd Zahari, Pengurus Besar Adabi Sabah Distribution Sdn Bhd
❤️ barisan staf dari Kolej Teknologi Yayasan Sabah

Terima kasih juga kepada:
❤️Pegawai2 dari PPD Beaufort
❤️tuan Pengetua SMKMII
❤️Barisan penolong kanan SMKMII
❤️Guru-guru dan akp

Di kesempatan ini juga, kami ingin merakamkan jutaan terima kasih dan sekalung penghargaan kepada para penderma:
❤️Desa Plus Sdn Bhd ( terima kasih Encik Zaizam dan Encik Iqbal kerana hadir)
❤️Jetsin Sdn Bhd
❤️Adabi Sabah (terima kasih Chef Abby dan krew )

Majlis pada hari ini tidak akan berjaya tanpa sokongan dan kerjasama daripada guru2 pendidikan khas SMKMII, PPM, AJK Majlis Muafakat Ibu Bapa dan Guru Ppki SMKMII, ibu bapa dan murid2 ppki .. terima kasih ..

Kuih dihidang pelbagai rasa,
Rendang dimasak penuh selera,
Terima kasih atas segala jasa,
Selamat Hari Raya, maaf dipinta.

Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Maaf Zahir dan Batin

02/04/2025

UCAPAN AIDILFITRI daripada Kelas ZIRCON
dengan rangkap pantun yang dipimpin oleh cikgu Zuraidah.

02/04/2025

Ucapan Aidilfitri daripada
KELAS ZABARJAD, ZAMRUD, ZAFRON & ZUHAL

Address

SMK Membakut 2, PO BOX 205
Membakut
89727

Opening Hours

Monday 07:30 - 16:00
Tuesday 07:30 - 16:00
Wednesday 07:30 - 16:00
Thursday 07:30 - 16:00
Friday 07:30 - 11:30
14:00 - 04:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PPKI SMK Membakut 2 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share