Maahad Tahfiz An-Nabail Adzim

  • Home
  • Maahad Tahfiz An-Nabail Adzim

Maahad Tahfiz An-Nabail Adzim Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Maahad Tahfiz An-Nabail Adzim, Middle School, Kg. Serdang Muda, Pak Badol 16400 Melor, Kota Bharu, Kelantan., .

Ar-Rayyan Pintu Khas Syurga Untuk Orang Berpuasa
23/02/2026

Ar-Rayyan Pintu Khas Syurga Untuk Orang Berpuasa

17/02/2026
Alhamdulillah...telah berlangsung program gotong-royong bersama para pelajar Madrasah sebagai persiapan menyambut kemuli...
17/02/2026

Alhamdulillah...telah berlangsung program gotong-royong bersama para pelajar Madrasah sebagai persiapan menyambut kemuliaan bulan Ramadhan Al-Mubarak.

•Semangat kerjasama dan kebersamaan yang ditunjukkan mencerminkan nilai disiplin, tanggungjawab serta kecintaan terhadap kebersihan dan kesucian tempat menuntut ilmu.

•Semoga usaha kecil ini menjadi asbab keberkatan dan rahmat buat kita semua~

17 Feb 2026 / 29 Syaaban 1447H

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته🌙Ramadhan kian menjelang. Bulan yang penuh rahmat, keberkatan dan keampunan semakin tiba....
15/02/2026

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

🌙Ramadhan kian menjelang. Bulan yang penuh rahmat, keberkatan dan keampunan semakin tiba.
Dengan penuh hormat, kami membuka peluang infaq IHYA’ RAMADHAN 2026 bagi menjayakan program-program sepanjang bulan Ramadhan seperti majlis ilmu, iftar, moreh, sahur, qiyamullail dan pengimarahan rumah Allah.

🔴Firman Allah Ta'ala :
“𝙋𝙚𝙧𝙪𝙢𝙥𝙖𝙢𝙖𝙖𝙣 𝙤𝙧𝙖𝙣𝙜 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙢𝙚𝙢𝙗𝙚𝙡𝙖𝙣𝙟𝙖𝙠𝙖𝙣 𝙝𝙖𝙧𝙩𝙖𝙣𝙮𝙖 𝙙𝙞 𝙟𝙖𝙡𝙖𝙣 𝘼𝙡𝙡𝙖𝙝 𝙖𝙙𝙖𝙡𝙖𝙝 𝙨𝙚𝙥𝙚𝙧𝙩𝙞 𝙨𝙚𝙗𝙪𝙩𝙞𝙧 𝙗𝙞𝙟𝙞 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙢𝙚𝙣𝙪𝙢𝙗𝙪𝙝𝙠𝙖𝙣 𝙩𝙪𝙟𝙪𝙝 𝙩𝙖𝙣𝙜𝙠𝙖𝙞; 𝙥𝙖𝙙𝙖 𝙨𝙚𝙩𝙞𝙖𝙥 𝙩𝙖𝙣𝙜𝙠𝙖𝙞 𝙖𝙙𝙖 𝙨𝙚𝙧𝙖𝙩𝙪𝙨 𝙗𝙞𝙟𝙞.”

(Surah al-Baqarah: 261)

🔴Rasulullah ﷺ bersabda:
"𝙎𝙚𝙨𝙞𝙖𝙥𝙖 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙢𝙚𝙢𝙗𝙚𝙧𝙞 𝙢𝙖𝙠𝙖𝙣 𝙠𝙚𝙥𝙖𝙙𝙖 𝙤𝙧𝙖𝙣𝙜 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙗𝙚𝙧𝙥𝙪𝙖𝙨𝙖 𝙪𝙣𝙩𝙪𝙠 𝙗𝙚𝙧𝙗𝙪𝙠𝙖 𝙥𝙪𝙖𝙨𝙖, 𝙢𝙖𝙠𝙖 𝙙𝙞𝙖 𝙢𝙚𝙣𝙙𝙖𝙥𝙖𝙩 𝙥𝙖𝙝𝙖𝙡𝙖 𝙨𝙚𝙪𝙢𝙥𝙖𝙢𝙖𝙣𝙮𝙖 𝙩𝙖𝙣𝙥𝙖 𝙠𝙪𝙧𝙖𝙣𝙜 𝙨𝙚𝙙𝙞𝙠𝙞𝙩𝙥𝙪𝙣 𝙙𝙖𝙧𝙞𝙥𝙖𝙙𝙖 𝙥𝙖𝙝𝙖𝙡𝙖 𝙤𝙧𝙖𝙣𝙜 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙗𝙚𝙧𝙥𝙪𝙖𝙨𝙖 𝙩𝙚𝙧𝙨𝙚𝙗𝙪𝙩."

-Riwayat At-Tirmizi

Dengan Keberkatan dan Kemuliaan bulan suci Ramadhan, kami dengan rendah hati menjemput para dermawan untuk merebut peluang ini dengan menyumbang infaq demi memperoleh ganjaran berlipat ganda di sisi Allah serta menghidupkan Ramadhan dengan amal soleh.
Semoga setiap infaq yang disumbangkan menjadi saksi kebaikan dan pemberat timbangan amal di akhirat kelak.

🔹 Sumbangan juga boleh disalurkan terus ke akaun berikut:

💳 No. Akaun: 2530 2500 0361 45
🏦 Bank: RHB BANK
📌 Nama Akaun: Pusat Tahfiz An-Nabail Adzim
📝 Remaks: IHYA RAMADHAN


📍MAAHAD TAHFIZ AN-NABAIL ADZIM
Kampung Serdang Muda, Pak Badol,
16400, Melor, Bachok, Kelantan.

Jazakumullahu khairan kathira~

25/12/2025
22/12/2025

DOA BULAN REJAB

19/12/2025

:::MAJLIS KHATAM SYAHADAH AL-QURAN:::

AHMAD HATIM BIN AZMI MURAD

•19 DISEMBER 2025•

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

{ وَتَمَّتۡ كَلِمَتُ رَبِّكَ صِدۡقࣰا وَعَدۡلࣰاۚ لَّا مُبَدِّلَ لِكَلِمَـٰتِهِۦۚ وَهُوَ ٱلسَّمِیعُ ٱلۡعَلِیمُ }

Dan telah sempurnalah Kalimah Tuhanmu (Al-Quran, meliputi hukum-hukum dan janji-janjiNya) dengan benar dan adil; tiada sesiapa yang dapat mengubah sesuatupun dari Kalimah-kalimahNya; dan Dia lah yang sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Mengetahui.
[Surah Al-Anʿām: 115]
Dengan penuh rasa syukur ke hadrat Allah SWT, kami warga MATNA merakamkan setinggi-tinggi TAHNIAH kepada Ahmad Hatim Bin Azmi Murad atas usaha gigih, kesungguhan, dan izin-Nya sehingga berjaya mengkhatamkan serta Syahadah 30 juzuk Al-Quran.

Kejayaan ini bukan sekadar penamat bacaan, bahkan permulaan sebuah perjalanan rohani untuk terus mendalami, memahami, dan mengamalkan ajaran suci Al-Quran. Semoga pencapaian ini menjadi bekalan ilmu yang bermanfaat, sumber keberkatan hidup, serta inspirasi buat seluruh warga MATNA untuk terus menjadikan Al-Quran sebagai panduan dan cahaya kehidupan hingga ke akhir hayat.

18/12/2025

Semoga Majlis Syahadah ini menjadi Inspirasi dan semangat kepada generasi baru yang berkeinginan menjadi Al-Hafiz.

17/12/2025

:::Hari Ketiga Majlis Syahadah di Maahad Tahfiz An-Nabail Adzim:::

​Alhamdulillah, hari ini adalah hari terakhir Program Majlis Syahadah Al-Quran di Maahad Tahfiz An-Nabail Adzim.

​Hari ini pelajar AHMAD HATIM akan menyelesaikan bacaannya dari juzuk 21 hingga juzuk 30. Disemak oleh 4 orang guru dan 17 orang pelajar.

Semoga majlis ini diberkati dan dirahmati oleh Allah SWT.
Dalam sebuah hadis daripada Abdullah bin Mas’ud R.A, Nabi SAW bersabda:

إِنَّ هٰذَا الْقُرْآنَ مَأْدُبَةُ اللهِ فَتَعَلَّمُوْا مَأْدُبَةَ اللهِ مَااسْتَطَعْـتُمْ. إِنَّ هٰذَاالْقُرْآنَ حَبْلُ اللهِ الْمَتِيْنِ وَنُوْرٌ مُبِيْنٌ وَشِفَاءٌ نَافِعٌ وَعِصْمَةٌ لِمَنْ تَمَسَّكَ بِهِ وَمَنْجَاةٌ لِمَنِ اتَّبَعَهُ لاَيَعْوَجُ فَيُقَوَّمُ وَلاَيَزِيْغُ فَيَسْتَعْـتِبَ وَلاَتَنْقَضِى عَجَائِـبُهُ وَلَمْ يَخْلَقْ عَنْ كَثْرَةِ التِّرْدَادِ أُتْلُوْهُ فَإِنَّ اللهَ تَعَالىَ يَأْجُرُكُمْ عَلَى تِلاَوَتِهِ بِكُلِّ حَرْفٍ عَشْرُ حَسَـنَاتٍ أَمَا إِنِّيْ لاَأَقُوْلُ آلمۤ عَشَرَةٌ وَلـٰـكِنَّ اْلأَلِفَ عَشَرَةٌ وَاللاَّمَ عَشَرَةٌ وَالْمِيْمَ عَشَرَةٌ

Maksudnya: “Al-Quran ini adalah hidangan Allah. Oleh itu hadaplah hidangan Allah ini sepuas hati kamu. Al-Quran ini adalah tali Allah (cahaya yang menjadi petunjuk), cahaya yang terang dan ubat yang mujarab, pengawal bagi orang yang berpegang dengannya, penyelamat bagi orang yang mengikutnya, sesiapa yang tersesat akan dipandunya, sesiapa yang menyimpang akan dibetulkan, keajaibannya tiada henti, keagungan dan kemanisan bacaannya tidak akan terjejas walau sekerap mana sekalipun diulang. Bacalah kerana Allah, kerana ia akan memberikan kamu ganjaran jika kamu membacanya setiap satu huruf sepuluh ganjaran. Saya tidak katakan Alam Laam Miim sebagai satu huruf tetapi alif (1 huruf) dan Laam (1 huruf) dan Miim (1 huruf).”

(Riwayat al-Hakim)
*
*
*
24-26 Jamadil Akhir 1447H
15-17 DIS 2026

Address

Kg. Serdang Muda, Pak Badol 16400 Melor, Kota Bharu, Kelantan.

16400

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Maahad Tahfiz An-Nabail Adzim posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Maahad Tahfiz An-Nabail Adzim:

Shortcuts

  • Want your school to be the top-listed School/college?

Share