22/05/2026
PEMAKLUMAN PERATUSAN KADAR BEKERJA GRADUAN (GE) 2025 DAN KADAR KEBOLEHPASARAN GRADUAN (GM) 2025
Syabas dan Tahniah!
Sukacita dimaklumkan bahawa Kadar Bekerja Graduan(GE) warganegara bagi Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) pada tahun 2025 adalah sebanyak 99.2% manakala Kadar Kebolehpasaran Graduan (GM) bagi tahun 2025 adalah sebanyak 98.7%.
Semoga terus cemerlang pada tahun-tahun mendatang.
14/05/2026
Tahniah kepada Naib Canselor UTeM Prof Ts Dr Massila Kamalrudin, HEPA dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka - UTeM atas pencapaian membanggakan apabila graduan UTeM terus menjadi rebutan industri. Peningkatan kadar kebolehpasaran graduan (GE) kepada 99.2% membuktikan komitmen berterusan universiti dalam melahirkan graduan TVET yang kompeten, relevan dan memenuhi kehendak industri semasa.
Kejayaan ini jelas mencerminkan kecemerlangan akademik dan hubungan strategik bersama industri, di samping memperkukuhkan reputasi UTeM sebagai antara institusi pendidikan teknikal terbaik negara. Semoga UTeM terus unggul melahirkan bakat berkemahiran tinggi yang mampu memacu pembangunan negara di peringkat nasional dan global.
**c
Graduan UTeM terus jadi rebutan industri
Beliau berkata, peningkatan turut direkodkan dari segi pendapatan graduan apabila jumlah penerima gaji premium RM4,000 ke atas meningkat kepada 279 orang atau 11.8 peratus berbanding 256 orang atau 10.8 peratus tahun lalu.
12/05/2026
Sesungguhnya setiap yang bernyawa pasti akan kembali kepada-Nya. Pemergian insan yang pernah menabur khidmat dan bakti meninggalkan kesan yang mendalam buat seluruh warga HEPA, UTeM.
Salam takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham Azlan bin Suparman, Pembantu Tadbir Kolej Kediaman UTeM Al Jazari yang telah kembali ke rahmatullah pada 11 Mei 2026 bersamaan 23 Zulkaedah 1447H.
Semoga segala amal baik, jasa dan pengorbanan Allahyarham sepanjang berkhidmat menjadi asbab kepada rahmat dan kasih sayang Allah SWT. Mudah-mudahan roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh serta dikurniakan husnul khatimah.
Buat seluruh ahli keluarga, semoga diberikan kekuatan hati, ketabahan jiwa dan ketenangan dalam menghadapi ujian kehilangan ini.
Al-Fatihah.
29/04/2026
TAHNIAH & SYABAS TUAH-TEJA UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTeM)
Pelajar UTeM sekali lagi mengharumkan nama universiti di persada antarabangsa melalui penyertaan dalam program Regional Global Leadership for Sustainable Economy & Well-Being 2026 yang telah berlangsung pada 27 April 2026. Program ini merupakan anjuran bersama Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Universitas Ahmad Dahlan dan Universitas Teknologi Yogyakarta, yang menghimpunkan pemimpin muda serantau dalam membincangkan agenda kelestarian, ekonomi dan kesejahteraan global.
🥇 GOLD MEDAL
MUHAMMAD HAZIQ DAMIA BIN MOHD RIZAL (FTKE)
MUHAMMAD HIFZHAN BIN MUHAMMAD FAUZI (FTMK)
Best Practice in Green Leadership Development: UTeM's Lake Sustainability Program
🥈 SILVER MEDAL
SITI SHAHIDA BINTI SULANI (FPTT)
NUR AMEERA SAFERA BT MUHAMMAD IKHWAN (FTKM)
Nasi Dagang Explorer: A Student-Led Cultural Leadership Initiative
Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak kejayaan pada masa hadapan serta inspirasi kepada seluruh warga mahasiswa untuk terus cemerlang di peringkat global. TAHNIAH TUAH-TEJA UTeM
27/04/2026
UTeM TERIMA DANA JOB ON CAMPUS DAN PERSIJILAN PERKASA KEBOLEHPASARAN GRADUAN
Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia atas sokongan dan kepercayaan melalui penyaluran dana bagi pelaksanaan program intervensi kebolehpasaran graduan serta inisiatif pembangunan mahasiswa.
Melalui sokongan ini, UTeM telah menerima pembiayaan seperti berikut:
🔹 RM200,000.00
Penerimaan Dana Mysiswa Job on Campus @ Universiti Awam
🔹 RM495,000.00
Kelulusan Program Intervensi Kebolehpasaran Graduan (Kimpalan Fluxcore) melibatkan 100 orang pelajar
🔹 RM340,099.00
Kelulusan Program Intervensi Kebolehpasaran Graduan (Artificial Intelligence in Robotics and Manufacturing with Raspberry Pi Microprocessor) melibatkan 85 orang pelajar
Inisiatif ini menjadi pemangkin dalam memperkasa kebolehpasaran graduan, meningkatkan kemahiran berimpak tinggi serta menyediakan peluang kepada mahasiswa untuk lebih bersedia menghadapi dunia pekerjaan sebenar.
Sekalung penghargaan kepada semua pihak yang terlibat khususnya Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia, serta warga UTeM yang menjayakan pelaksanaan program ini.
**C