Faculty of Artificial Intelligence and Cyber Security

Faculty of Artificial Intelligence and Cyber Security

Share

Faculty of Artificial Intelligence and Cyber Security, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)

10/06/2026

Global Digital Security And Forensics Webinar

10/06/2026

🌐 *Global Digital Security and Forensics Webinar 2026 (GDSF 2026)*
*Navigating AI-Driven Threats Through Governance Security, Forensic Intelligence, and Digital Resilience*

πŸ“… *Date:* 10 June 2026, Wednesday
πŸ•‘ *Time:* 2:00 PM – 5:30 PM (MYT, UTC+8)
πŸ’» *Mode:* Online (Microsoft Teams)

πŸ’‘ *About the Webinar*
How can organisations stay resilient in the era of AI-driven cyber threats?

GDSF 2026 brings together experts, practitioners, researchers, and policymakers to explore the evolving challenges and opportunities of artificial intelligence in cybersecurity and digital forensics. The session will highlight emerging AI-driven threats, governance and security strategies, forensic intelligence, cyber investigation, incident response, and responsible AI adoption.

🎯 *Why Should Attend ?*
βœ… Understand emerging AI-driven cybersecurity threats
βœ… Explore the role of governance and security policies in reducing cyber risks
βœ… Learn how forensic intelligence supports cyber investigations and incident response
βœ… Discover strategies to strengthen digital resilience
βœ… Gain insights from industry experts, academics, and cybersecurity practitioners
βœ… Build awareness on secure, ethical, and responsible AI adoption

πŸ‘₯ *Who Should Attend ?*
* Cybersecurity professionals and practitioners
* Digital forensics investigators and analysts
* Researchers, academicians, and students
* Policymakers and organisational leaders
* Anyone interested in AI, cybersecurity, governance, and digital resilience

πŸ“˜ *Session Highlights*
* AI-driven cyber threats
* Governance security and policy response
* Forensic intelligence in cyber investigations
* Incident response and digital resilience
* Expert forum session with invited panelists
* Collaboration among cybersecurity stakeholders

πŸŽ™οΈ *Featuring Distinguished Speakers and Panelists from:*
ELMU Malaysia, CyberSecurity Malaysia, UTeM, Air University Pakistan, and ASK Pentest Malaysia.

πŸš€ *Register Now*
Scan the QR code in the poster to secure your participation or register through the link below: https://forms.cloud.microsoft/r/tDcSm0yaMh

πŸ‘‰ Don’t miss this opportunity to gain valuable insights into the future of cybersecurity, digital forensics, and AI-driven digital resilience.

Photos from Faculty of Artificial Intelligence and Cyber Security's post 07/06/2026

FAIX UTeM Turut Memeriahkan Sambutan Hari TVET Negara 2026!

Fakulti Kecerdasan Buatan dan Keselamatan Siber (FAIX), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) berbangga menjadi sebahagian daripada Program Sambutan Hari TVET Negara 2026 Peringkat Nasional yang telah berlangsung pada 5 hingga 7 Jun 2026 di Dataran Putrajaya.

Sepanjang program berlangsung, UTeM turut membuka reruai pameran bagi memperkenalkan program-program akademik, penyelidikan, inovasi serta peluang pengajian dalam bidang TVET kepada para pengunjung.

Terima kasih kepada semua yang telah berkunjung ke reruai UTeM dan bersama-sama menyokong agenda pemerkasaan TVET negara. Semoga program ini terus menjadi platform penting dalam melahirkan modal insan berkemahiran tinggi serta memenuhi keperluan industri masa hadapan.







26/05/2026

Selamat Hari Raya Aidiladha 🀍
Ikhlas daripada
Fakulti Kecerdasan Buatan dan Keselamatan Siber (FAIX)

Semoga setiap pengorbanan membawa erti,
setiap keikhlasan dilimpahi keberkatan,
dan setiap langkah kita terus memacu
masa depan yang lebih selamat, berintegriti dan berinovasi.

Photos from Faculty of Artificial Intelligence and Cyber Security's post 25/05/2026

TAHNIAH DUTA AI AKEPT 2026

Fakulti Kecerdasan Buatan dan Keselamatan Siber, Universiti Teknikal Malaysia Melaka - UTeM merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada :

YBrs. Prof. Madya Dr. Choo Yun Huoy
YBrs. Dr. Tarmizi bin Ahmad Izzuddin

yang merupakan staf FAIX dan terpilih antara 29 pakar dan peneraju yang dipilih secara rasmi sebagai Duta AI AKEPT bagi tahun 2026.

Watikah pelantikan telah disampaikan oleh YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir, Menteri Pendidikan Tinggi sebagai tanda pengiktirafan rasmi terhadap pelantikan ini.

Pelantikan ini adalah sebahagian daripada inisiatif strategik oleh AKEPT selari dengan aspirasi Kementerian Pendidikan Tinggi dalam mempercepatkan adaptasi kecerdasan buatan (AI) merentasi ekosistem pendidikan tinggi negara.

Pelantikan ini mencerminkan kepakaran dan komitmen dalam memperkasa penggunaan AI dalam pendidikan tinggi. Sebagai Duta AI, mereka berperanan menggerakkan pelaksanaan AI dalam pengajaran, pembelajaran serta memperluas literasi AI secara beretika dan berimpak tinggi.

Selamat menggalas amanah dalam menerajui transformasi AI dengan cemerlang dan berintegriti!

19/05/2026

πŸ“’πŸ“’ *EXTENDED DEADLINE – AICyS 2026*

You are invited to submit papers to the *International Conference on Artificial Intelligence and Cyber Security (AICyS 2026*).

πŸ“… *14–15 September 2026*
πŸ“ Hybrid @ Universiti Teknikal Malaysia Melaka - UTeM

🎯 *Theme:*
Empowering the World with Artificial Intelligence and Cyber Security towards Smart Solutions

πŸ“ *Topics:* AI & Computational Intelligence | Cyber Security | Data Analytics & ML | Data Governance & Privacy | Robotics & Automation

⏳ *Important Dates:*
* Submission: ~20 May 2026~ *20 June 2026*
* Acceptance: 20 July 2026
* Camera-ready: 10 August 2026

πŸ’³ *Fees*
Oral Presentation:
*(Local) RM 380 | (Int'l) USD 100*
Attendee/Listener:
(Local) RM 250 | (Int'l) USD 60

πŸ“– Accepted papers will be published in the Conference Proceedings by UTeM Press. Selected papers will be recommended for JAMT (Scopus-indexed Journal) with additional fees.

🌐 https://aicys.utem.edu.my

βœ‰οΈ [email protected]

Kindly share with your networks. Thank you!

Photos from Faculty of Artificial Intelligence and Cyber Security's post 19/05/2026

Fakulti Kecerdasan Buatan dan Keselamatan Siber (FAIX), UTeM telah menganjurkan Sesi Libat Urus Penyelidikan PhD Antarabangsa bersama Technical University of KoΕ‘ice (TUKE), Slovakia secara dalam talian.

Program ini melibatkan penyertaan seramai lima orang calon PhD daripada FAIX, UTeM serta lima orang calon PhD daripada TUKE, Slovakia yang telah membentangkan hasil penyelidikan masing-masing di hadapan panel akademik dan penyelia antarabangsa.

Tujuan utama program ini adalah untuk memperkukuh kerjasama akademik dan penyelidikan antara kedua-dua institusi, di samping menyediakan platform perkongsian ilmu dan pertukaran idea dalam bidang kecerdasan buatan, keselamatan siber, teknologi maklumat serta bidang penyelidikan berkaitan.

Selain itu, sesi ini turut membuka peluang kepada pelajar dan penyelia untuk membina jaringan profesional antarabangsa, mendapatkan maklum balas akademik secara global, serta meneroka potensi penyelidikan dan penerbitan bersama pada masa hadapan.

Penganjuran program ini diharap dapat menjadi pemangkin kepada hubungan strategik antara FAIX, UTeM dan TUKE, Slovakia serta memperkukuh reputasi UTeM dalam arena akademik dan penyelidikan antarabangsa.

15/05/2026

Behind every performance, there’s data.
Behind every smart decision, there’s insight. πŸ“Šβœ¨

Turn numbers into stories, patterns into strategy, and data into impact.

Join the Master of Technology in Data Science and Analytics at FAIX, UTeM.

Your data era starts here. Apply now. πŸš€

13/05/2026

Ready to level up your future in tech? πŸš€
Apply now for Master in Cyber Security at FAIX, UTeM.
Your cyber security journey starts here ✨

Photos from Faculty of Artificial Intelligence and Cyber Security's post 09/05/2026

πŸš€βœ¨ KICK OFF MEETING SOC FAIX UTeM x HEITECH PADU βœ¨πŸš€

FAIX UTeM telah mengadakan sesi Kick Off Meeting bersama pihak HEITECH PADU bagi membincangkan pelaksanaan projek Security Operation Centre (SOC) yang bakal menjadi medium utama pengajaran & pembelajaran (P&P) di FAIX! πŸ”πŸ’»

Turut hadir dalam sesi ini ialah Chief Infrastructure Operation HEITECH PADU bagi menjalankan lawatan fizikal ke makmal yang bakal digunakan sebagai SOC Lab UTeM. Lawatan ini bertujuan untuk melihat kesesuaian infrastruktur, keperluan teknikal serta perancangan pelaksanaan SOC secara menyeluruh. 🏒⚑

Perbincangan memberi fokus kepada:
βœ… Implementation SOC Infrastructure
βœ… Real-world Cybersecurity Environment
βœ… Hands-on Learning & Simulation
βœ… Threat Monitoring & Incident Response
βœ… Future-ready Cybersecurity Education

SOC Lab ini bakal memberi pengalaman dunia sebenar kepada pelajar UTeM dalam operasi keselamatan siber termasuk monitoring, threat detection, cyber defense dan SOC operation management. πŸ›‘οΈπŸ’‘

πŸ“ Nantikan penggunaan rasmi SOC Lab oleh pelajar UTeM bermula September nanti!

πŸ”₯ Follow kami untuk mendapatkan perkembangan terkini, progress pembangunan SOC Lab, aktiviti pelajar serta teknologi cybersecurity terkini yang bakal dibangunkan di FAIX UTeM.






Want your school to be the top-listed School/college in Melaka?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address

Universiti Teknikal Malaysia Melaka
Melaka
76100