08/09/2023
Tahniah dn terima kasih diucapkan kpd team CSR SSK di atas perlaksanaan program CSR bagi semester ini yang diketuai oleh Pn Norzahirah bersama team; Pn Soraya, Pn Noor Baiti, En Rohaizad serta pelajar SSK 3A dan 3B
πππππππππππππππ
PROGRAM CSR PENYELENGGARAAN LUARAN PERKAKASAN KOMPUTER DI SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH SEKITAR SELANDAR.
SIRI 1: SRA JAIM SELANDAR
TARIKH: 8 SEPTEMBER 2023
πππππππππππππππ
Semoga usaha murni ini dpt diteruskan untuk siri seterusnya di sekolah rendah lain di sekitar Selandar.
16/02/2023
Program "Ku jejaki langkah mu" adalah usaha pensyarah program SSK untuk menjejaki alumni mereka. Pendedahan mereka di kolej selama 2 tahun telah memberikan impak kepada pekerjaan mereka hari ini. Pembelajaran secara hands on telah mereka aplikasikan dan membuahkan hasil dan mengorak langkah ke dunia pekerjaan sebenar. Adik-adik di luar sana jangan lepaskan peluang untuk bersama menyambung pengajian dalam Program Sistem Komputer Dan Rangkaian, Kolej Komuniti Selandar
Tahniah alumni kami!!!
Nama penuh: MUHAMMAD FARID BIN AHMAD ALIM
Jawatan: SUPPORT ENGINEER
Nama syarikat: OFISGATE SDN BHD
dan
Nama penuh:SYAZRUL EZHAN BIN ZAILANI
Jawatan: PENYELIA
Nama syarikat:SAFWAN COMPUTER PLT
21/12/2022
Sekitar Majlis Ringkas Program Tautan Kasih bagi Pensyarah & Pelajar Sijil Sistem Komputer & Rangkaian bagi meraikan pelajar semester akhir yang akan meninggalkan kolej dan akan pergi menjalani latihan industri. Terima kasih Puan TPA yang sudi dan pensyarah UPA yang turut meraikan. Semoga terus berjaya di masa yang akan datang & menjadi insan yang berguna di dunia dan akhirat.
12/12/2022
Selamat menjawab peperiksaan akhir bagi semua pelajar SSK khususnya. Semoga berjaya dengan cemerlang & mendapat keputusan yang baik.
30/09/2022
ππ
Tahniah dan syabas diucapkan kepada Pelajar dan Pensyarah Pengiring dari Program Sistem Komputer dan Rangkaian (SSK) yang telah menyertai Pertandingan INNO-TECH Kolej Komuniti 2022 - Innovation & Technology Competition . Semoga kejayaan mereka dapat dijadikan inspirasi dan rujukan kepada kita semua.
16/09/2022
βSelamat Hari Malaysia kepada semua rakyat Malaysiaβ
30/08/2022
Terbang Tinggi Si Burung Merpati, Hinggap Sebentar Di Atas Dahan, Sudah 65 Tahun Kemerdekaan Dirai, Negara Sejahtera Penuh Kenangan.
Selamat Menyambut Kemerdekaan Malaysia ke 65
βΈ Sumber Artikel Di : https://www.infosentral.my/ucapan-kemerdekaan/
06/07/2022
Sekitar Peperiksaan Akhir Pelajar SSK. Semoga berjumpa lagi pada semester depan. Selamat bercuti & berhati-hati di jalan raya.
Anda sedang mencari tempat belajar yang Kondusif ?π΅οΈ Kolej Komuniti Selandar adalah pilihan yang tepat untuk adik-adik lepasan SPM bagi merealiasikan impian kerjaya adik-adik semua.ππ
Jangan buang masa adik-adik. π§π€΅.
Jom sambung belajar di Kolej Komuniti Selandar. PENDAFTARAN sedang dibuka untuk ambilan OGOS 2022.
Kolej Komuniti adalah dibawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Sepenuhnya milik kerajaan.
Kolej ini menawarkan 4 Bidang yang diiktiraf oleh pihak MQA.
πSijil Landskap(SLP)
π Sijil Pengoperasian Perniagaan (SPP)
πSijil Sistem Komputer dan Rangkaian (SSK)
πSijil Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara (SPU)
Syarat permohonan kemasukan :
β
Warganegara Malaysia
β
Lulus SPM (Bahasa Melayu & Sejarah)
Syarat Kelayakan tambahan
β
1 kredit mana-mana matapelajaran (Program SPP & SSK)
β
Lulus Matematik (Program SSK)
Elaun Bantuan RM 1800/semester juga disediakan utk pelajar yang layak. Anda tidak perlu gusar dengan yuran pengajian serendah RM200/semester.
Dengan syarat minima lulus Bahasa Melayu dan Sejarah sahaja anda boleh menyertai ambilan pelajar baharu Kolej Komuniti Selandar Sesi I 2022/2023.
Jangan lepaskan peluang keemasan untuk menjadi salah seorang juara TVET kami.
Daftar sekarang secara online klik pautan berikut:
https://bit.ly/PermohonanKemasukanKKSelandarv2
https://bit.ly/PermohonanKemasukanKKSelandarv2
https://bit.ly/PermohonanKemasukanKKSelandarv2
Sebarang pertanyaan boleh terus menghubungi :
Pegawai Pengambilan Pelajar (Puan Siti Rohana Shamsudin) http://www.wasap.my/60136188861/daftarkolej
atau di talian 06-5253122
14/06/2022
Sekitar Lawatan Akademik Pelajar SSK ke Stesyen Kabel Dasar Laut Pengkalan Balak & TM Call Centre Graha Maju. Terima kasih TM di atas kesudian menerima lawatan kami. Lawatan bertujuan memberikan pengetahuan baru tentang teknologi kabel dasar laut & call centre.