09/10/2022
9 Oktober 2022 (Ahad) :- Sepagi yang indah menyantuni kontinjen UTeM dan Universiti Melaka (UNIMEL) di Majlis Perhimpunan dan Perarakan Maulidur Rasul 1444H Peringkat Negeri Melaka.
Pengarah Pusat Islam,
Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
09/10/2022
9 Oktober 2022 (Ahad) :- Sepagi yang indah menyantuni kontinjen UTeM dan Universiti Melaka (UNIMEL) di Majlis Perhimpunan dan Perarakan Maulidur Rasul 1444H Peringkat Negeri Melaka.
09/10/2022
Salam Maulidur Rasul 1444H/2022 diucapkan buat semua umat Islam.
Bersempena dengan bulan Maulid penuh barakah ini, jangan lupa untuk memperbanyakkan ucapan selawat dan salam ke atas junjungan mulai Nabi Muhammad SAW. Semoga kita memperoleh syafaat agung di akhirat kelak.
06/10/2022
6 Oktober 2022 (Khamis) :- Majlis MOA Pengurusan Wakaf Pendidikan UTeM bersama MAIM.
MOU & MOA Perkongsian penyelidikan, teknologi kejuruteraan, ICT & kepakaran UTeM bersama rakan strategik dari industri dan agensi terpilih disaksikan oleh TYT Tun Seri Setia Mohd Ali Bin Mohd Rustam🤝🌷👍🏻
05/10/2022
5 Oktober 2022 :- Tahniah & Selamat Datang Pelajar Baharu TUAH UTeM Sesi 2022/2023.
01/10/2022
1 Oktober 2022 (Sabtu) :- Alhamdulillah.. sepagi dihujung minggu mewakili Naib Canselor UTeM menjayakan Majlis Konvokesyen OUM ke 26. Bersua sahabat lama Profesor Datuk Dr Mohd Tajudin Vice President OUM & PM Dr Norhaiza Director OUM Melaka & Puan Suzaimah Director OUM Seremban.
Syukur alhamdulillah saya juga telah menyelia lebih 30 orang pelajar dewasa Program Master OUM yang bergraduat dengan jayanya sejak tahun 2014 hingga kini.
Tahniah semua graduan dan ibu bapa 🎓📚🌷
30/09/2022
30 September 2022 (Jumaat) :- Alhamdulillah .. menyantuni giliran menyampaikan khutbah yang bertajuk “Waspada Penipuan Scammer” dan Imam Solat Jumaat di Masjid Sayyidina Abu Bakar UTeM.
Semoga kita semua dalam rahmat dan kasih sayang Allah ❤️🤲🏻
29/09/2022
29 September 2022 (Khamis) :- Sepetang meraikan kejayaan rakan rakan akademik di Majlis Anugerah Akademik Universiti (AAU)📖🌷.
28/09/2022
28 September 2022 (Rabu) :- Bersama Saudara Ts Mohd Hisham Mokhtar wakil Alumni UTeM seusai Mesyuarat Program Penghijauan Masjid Sayyidina Abu Bakar. Inshallah program koloborasi ini akan senantiasa diteruskan pada masa mendatang.
26/09/2022
Petang hari yang ditangisi oleh seluruh umat Islam.
Dunia kehilangan permata ummah, Syeikh Dr Yusof Al Qaradhawi seorang ulama dan pemikir yang telah banyak mencetak kader dakwah serta membangunkan pemikiran ummah melalui karya tulisannya yang sangat banyak.
Semoga Allah mencucuri rahmat kepada Al Marhum, diterima amal soleh, diampunkan segala dosanya dan ditempatkan bersama para solehin.
20/09/2022
Sepagi menyantuni SEMINAR UNDANG-UNDANG SYARIAH
📚📖📚
Tajuk : SKANDAL; DI SANA MENANTI DI SINI MENUNGGU
ANJURAN PUSAT ISLAM UTeM
👨🏻💻Penceramah: al-Fadhil Ustaz Haji Norazman bin Amat [Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Kaunseling dan Pembangunan Insan, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan)
📍Tempat: Auditorium Canselori, Universiti Teknikal Malaysia Melaka - UTeM
cc DrMahadi Abu Hassan
16/09/2022
𝙎𝙚𝙡𝙖𝙢𝙖𝙩 𝙃𝙖𝙧𝙞 𝙈𝙖𝙡𝙖𝙮𝙨𝙞𝙖
Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun bagi memperingati Pembentukan Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka bersama Tanah Melayu, Borneo Utara, Sarawak dan Singapura pada tahun 1963.
Hari Malaysia memberi makna yang besar kepada rakyat kerana ia adalah detik penting yang menyatukan rakyat Malaysia. Hari Malaysia ialah hari untuk seluruh rakyat Malaysia, maka ia perlu diraikan bersama di seluruh pelosok negara.
Sebagai Rakyat Malaysia kita harus sentiasa mengingati hari bersejarah ini.
16 September 2022 | Keluarga Malaysia Teguh Bersama
13/09/2022
13 September 2022 (Selasa) :- Sepagi yang indah menerima kunjungan mahabbah & diskusi kerjasama program bersama Majlis Perwakilan Pelajar UTeM & Badan Dakwah dan Rohani (BADAR) .
Terima kasih Saudara Muhammad Haikal Setiausaha Agung MPP & Saudara Mohd Azmal Shahrin Presiden Badar 📚👍🌷
| Monday | 08:00 - 17:00 |
| Tuesday | 08:00 - 17:00 |
| Wednesday | 08:00 - 17:00 |
| Thursday | 08:00 - 17:00 |
| Friday | 08:00 - 17:00 |