SMK Matang, Taiping Perak

SMK Matang, Taiping Perak SMK MATANG merupakan sebuah sekolah menengah yang terletak di pinggir bandar Taiping bandar warisan. Tapak asal ialah paya kela di dan kolam ikan.

SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Menengah Kebangsaan Matang, Kod AEA 6061 adalah sebuah sekolah menengah bantuan penuh. Sekolah ini dikategorikan sebagai sekolah menengah luar bandar Gred B. Sekolah ini juga merupakan sekolah menengah pertama di kawasan Matang.Sekolah ini telah dibangunkan oleh Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Negeri Perak di atas kawasan seluas 6.25 ekar pada 09 September 1999. Sekolah i

ni terletak dalam Mukim Sg. Limau, Matang, Perak. Pembinaan sekolah ini adalah bertujuan untuk menampung bilangan pelajar di daerah kecil Matang yang semakin bertambah dari semasa ke semasa memandangkan hanya terdapat sebuah sekolah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang sahaja ketika itu. Sekolah mula digunakan pada Jun 2002.Kebanyakan pelajar yang datang ke sekolah ini terdiri dari golongan keluarga yang berpendapatan rendah seperti nelayan. SMK Matang terletak 10 km dari Bandar Taiping dan 5 km dari SMK Simpang.Hampir 100% pelajarnya adalah daripada SMK Simpang. Sekolah ini ditadbir urus oleh โ€œCare Takerโ€, Tuan Haji Ali Akbar B Ibrahim Gani yang dahulunya seorang Kaunselor di SMK Kampung Jambu. SMK Matang mempunyai beberapa Sekolah Kacapuri iaitu SK. Matang, SK Matang Gelugor, SK Ngah Ibrahim, SJK (C) Khea Wah, SJK (C) Poay Chee, SKLaksamana, SJK(T) Kg. Baru Batu Matang, SJK (C) Poay Eng Kuala Sepetang dan SJK (T) Jebong Lama.

๐Ÿ”ฅ KEJOHANAN OLAHRAGA MSSD Larut, Matang & Selama ๐Ÿ”ฅMedan menjadi saksi semangat juang, disiplin dan kesungguhan para atle...
05/06/2026

๐Ÿ”ฅ KEJOHANAN OLAHRAGA MSSD Larut, Matang & Selama ๐Ÿ”ฅ

Medan menjadi saksi semangat juang, disiplin dan kesungguhan para atlet sekolah! ๐Ÿ’ช๐Ÿƒโ€โ™‚๏ธ๐Ÿƒโ€โ™€๏ธ
Tahniah kepada semua peserta yang telah memberikan aksi terbaik demi sekolah tercinta. Menang atau kalah, semangat kesukanan tetap nombor satu! ๐Ÿ…

Tempat: Padang SMK Dato' Wan Ahmad Rasdi
Masa: 8-12 Mei 2026
Penglibatan: 24 orang murid
: 6 orang guru pengiring

Acara terlibat:
100M, 200M, 4x100M, 800M, 1500M, 3000M, Lompat Berpagar, Lempar Cakera, Lontar Peluru serta Lompat Jauh

Sekalung penghargaan kepada semua guru, jurulatih, urus setia dan atlet yang telah menjayakan Kejohanan Olahraga MSSD LMS dengan penuh semangat dan dedikasi. โค๏ธ
Teruskan melakar kecemerlangan di arena sukan dan akademik! ๐Ÿ†

SEMINAR PENGAWAS PUSAT SUMBER SEKOLAH PERINGKAT ANTARABANGSA TAHUN 2026 BERSEMPENA PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR ...
05/06/2026

SEMINAR PENGAWAS PUSAT SUMBER SEKOLAH PERINGKAT ANTARABANGSA TAHUN 2026 BERSEMPENA PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR (PBAKL) 2026

Tarikh: 4 Jun 2026
Tempat: Pacific Ballroom, Hotel Seri Pasifik. Kuala Lumpur
Penglibatan: 12 orang pengawas PSS
: 3 orang guru pengiring

๐Ÿ“š Dari helaian buku kepada lautan ilmu โœจ
Penglibatan guru dan murid dalam Seminar Pengawas Pusat Sumber Sekolah Peringkat Antarabangsa sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur bukan sekadar satu penyertaan, tetapi sebuah perjalanan menimba inspirasi, membina kepimpinan dan menyemarakkan budaya membaca.

Semoga pengalaman ini menjadi pencetus semangat untuk terus meneroka dunia ilmu tanpa batas ๐ŸŒ๐Ÿ“–

๐Ÿ… Serlahkan bakat, pupuk perpaduan dan cipta pengalaman bermakna!Karnival Aspirasi Kokurikulum menjadi platform terbaik ...
20/05/2026

๐Ÿ… Serlahkan bakat, pupuk perpaduan dan cipta pengalaman bermakna!
Karnival Aspirasi Kokurikulum menjadi platform terbaik untuk murid meneroka potensi diri dalam suasana yang menyeronokkan.

๐Ÿ“šโšฝ๏ธ๐ŸŽจ๐ŸŽค

๐ŸŽ‰ Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah berlangsung dengan penuh meriah dan bermakna. Terima kasih kepada semua guru atas...
19/05/2026

๐ŸŽ‰ Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah berlangsung dengan penuh meriah dan bermakna. Terima kasih kepada semua guru atas jasa dan pengorbanan yang tidak ternilai dalam mendidik generasi pewaris negara. ๐Ÿ’–

๐Ÿ“– Ilmu dicurah, bakti ditabur, jasa dikenang sepanjang zaman.Selamat Hari Guru kepada semua pendidik yang sentiasa komit...
15/05/2026

๐Ÿ“– Ilmu dicurah, bakti ditabur, jasa dikenang sepanjang zaman.
Selamat Hari Guru kepada semua pendidik yang sentiasa komited mendidik dengan penuh dedikasi. Terima kasih kepada semua guru yang sentiasa sabar mendidik anak bangsa demi masa depan yang gemilang. โœจ ๐ŸŒน

MINGGU STEM SMK MATANG ๐Ÿงช Eksperimen dijalankan, idea diketengahkan, inovasi dihasilkan!Terima kasih kepada semua warga s...
15/05/2026

MINGGU STEM SMK MATANG
๐Ÿงช Eksperimen dijalankan, idea diketengahkan, inovasi dihasilkan!
Terima kasih kepada semua warga sekolah yang menjayakan Minggu STEM peringkat sekolah tahun ini. ๐Ÿ‘

Isnin
-Pelancaran Minggu STEM

Selasa
-Kuiz Matematik

Rabu
-Pameran STEM (Showcase KMR Jubin Algebra, Modul Madu Lebah, RBT/ Inovasi Robotik Demo AutoCAD

Khamis
-Tunas Hijau

๐ŸŒŸ PROGRAM MENTOR MENTEE TINGKATAN 5 ๐ŸŒŸPerasmian Program Mentor Mentee Tingkatan 5 dilaksanakan bagi membantu murid mening...
14/05/2026

๐ŸŒŸ PROGRAM MENTOR MENTEE TINGKATAN 5 ๐ŸŒŸ
Perasmian Program Mentor Mentee Tingkatan 5 dilaksanakan bagi membantu murid meningkatkan motivasi, disiplin serta persediaan menghadapi peperiksaan SPM. ๐Ÿ“šโœจ
Semoga hubungan erat antara mentor dan mentee dapat menjadi pemangkin kejayaan serta memberi semangat kepada semua murid untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan. ๐Ÿ’ช๐ŸŽ“

1. Siti Aminah binti Mat Nor mentor kepada Mohd Irfan Hakimi
2. Nabisha binti Shahul Hamid mentor kepada Muhammad Wafiy Danial
3. Abdul Halim bin Abdul Aziz mentor kepada Muhammad Putra Akhil
4. Ayu Mawarni binti Hashim mentor kepada Muhammad Adam Harith
5.Noor Zuraidah binti Razali mentor kepada Muhammad Adi Putra
6. Norasyikin binti Arsyad mentor kepada Nur Dania Qistina
7. Mat Fuzi bin Awang mentor kepada Lim Zhi Yan
8. Anour @ Anuar bin Ahmad mentor kepada Muhammad Adam Aris

"Siapa kata anak muda tidak boleh jadi agen perubahan?"Kursus Pembimbing Rakan Sebaya Tahap Muda, Peringkat Daerah Larut...
01/05/2026

"Siapa kata anak muda tidak boleh jadi agen perubahan?"
Kursus Pembimbing Rakan Sebaya Tahap Muda, Peringkat Daerah Larut Matang dan Selama buktikan sebaliknya! ๐Ÿ’ช
Murid-murid kita sedang belajar cara menyokong rakan yang berdepan tekanan akademik, konflik sosial, atau cabaran emosi. Ini pelaburan untuk generasi yang lebih berdaya tahan, penyayang, dan saling menjaga.

๐Ÿ“ SMK Kampung Jambu
๐Ÿ“… 30 April 2026
๐Ÿ‘ฉโ€๐Ÿซ Cikgu Low Siew Chu & Cikgu Azlin
๐Ÿ‘ฉโ€๐ŸŽ“Seramai 4 orang murid terlibat

Syabas dan tahniah kepada murid kita, Siti Nurzulaika kerana telah berjaya terpilih ke Kem PRS Sulung Peringkat Negeri Perak akan datang.

Tahniah dan terima kasih kepada murid, guru dan pihak yang terlibat sepanjang program ini dijalankan.

โœจSetiap langkah menyimpan cerita, setiap gerakan menjaga identiti.โœจPertandingan Tarian Tradisional bukan sekadar lumba, ...
01/05/2026

โœจSetiap langkah menyimpan cerita, setiap gerakan menjaga identiti.โœจ
Pertandingan Tarian Tradisional bukan sekadar lumba, tapi upaya nyata kita merawat warisan leluhur agar tak lekang oleh zaman.

PERTANDINGAN TARIAN SEKOLAH-SEKOLAH MALAYSIA (TA'SEEM) PERINGKAT DAERAH LARUT, MATANG DAN SELAMA

๐Ÿ—“๏ธ 30 April 2026
๐Ÿ“ Taiping Mall
๐Ÿ•บ3 orang murid terlibat:
1. NURFIRASH REYKAL BIN MOHD SHABUDIN
2. AHMAD MUAZ BIN SHARON IZZWEEN
3. MUHAMMAD HAIMAN HAFIY BIN JASMIN
๐Ÿ‘จโ€๐Ÿซ CIKGU MUHAMMAD RAZMAN BIN ABDUL RASHID
๐Ÿ†Tempat kelima

Tahniah dan syabas atas kejayaan murid SMK Matang, guru-guru serta pihak yang terlibat.

๐Ÿ”ฅKEJOHANAN OLAHRAGA TERBUKA DAERAH LARUT, MATANG & SELAMA ๐Ÿ”ฅSeramai 9 orang atlet dari SMK Matang telah beraksi mempamerk...
01/05/2026

๐Ÿ”ฅKEJOHANAN OLAHRAGA TERBUKA DAERAH LARUT, MATANG & SELAMA ๐Ÿ”ฅ

Seramai 9 orang atlet dari SMK Matang telah beraksi mempamerkan bakat, semangat kesukanan dan daya juang yang tinggi.

๐Ÿ“… Tarikh: 26 April 2026
๐Ÿ“ Lokasi: SMK Dato Wan Ahmad Rasdi

Tahniah diucapkan kepada penerima pingat:
1. Lim Shi En
Pingat: Perak
Acara : Lontar Peluru

2. Nur Dania Medina binti Rosmali
Pingat: Perak
Acara: 800 Meter

Tahniah dan syabas kepada semua atlet, guru-guru dan pihak terlibat.

Address

Matang
34750

Telephone

+6058476877

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SMK Matang, Taiping Perak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category