24/08/2026
LAWATAN TIMBALAN PENGARAH SEKTOR PERANCANGAN JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SARAWAK DR.ABANG ADAM BIN ABANG DELI KE SK MATANG JAYA
Lawatan ini memberi fokus kepada aspek keselamatan, kesihatan dan kebajikan murid, di samping memastikan persekitaran sekolah berada dalam keadaan selamat, selesa dan kondusif untuk pelaksanaan sesi pengajaran dan pembelajaran. Beliau menegaskan bahawa keselamatan dan kesihatan murid sentiasa menjadi keutamaan utama. Pihak sekolah akan terus memantau situasi semasa dan mengambil tindakan yang sewajarnya berdasarkan keadaan setempat demi memastikan kebajikan seluruh warga sekolah sentiasa terpelihara.