SRITI Al-Kauthar Pasir Gudang

SRITI Al-Kauthar Pasir Gudang

Share

Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) merupakan sekolah di bawah pertubuhan SRITI Malaysia.

Terdapat 169 buah sekolah di seluruh Malaysia dengan jumlah pelajar 29,986 murid dan merupakan sekolah rendah Islam Pra Tahfiz

26/05/2026

๐’๐€๐‹๐€๐Œ ๐€๐ˆ๐ƒ๐ˆ๐‹๐€๐ƒ๐‡๐€ ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ•๐‡

SRITI Al Kauthar mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam khususnya di Malaysia. Semoga ibadah haji dan sembelihan korban kita diterima oleh Allah SWT dan menjadi saksi untuk kita di akhirat kelak.

Hayatilah sirah Aidiladha ini sebaiknya agar dapat melahirkan sifat pengorbanan yang lebih tinggi. Renungkan makna pengorbanan dan kesetiaan Nabi Ibrahim AS. Selamat Hari Raya Haji diucapkan, semoga kita mampu meneladani semangat pengorbanan beliau dalam kehidupan kita.

16/05/2026

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐†๐”๐‘๐” ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih buat seluruh warga pendidik SRITI seluruh Malaysia khususnya di Negeri Johor yang terus istiqamah mendidik generasi ummah dengan penuh keikhlasan, kesabaran dan pengorbanan.

Sesungguhnya setiap ilmu yang dicurahkan akan menjadi saham akhirat yang berpanjangan, sebagaimana sabda Rasulullah SAW bahawa orang yang mengajarkan ilmu akan mendapat pahala daripada mereka yang mengamalkannya tanpa berkurang sedikit pun.

Semoga semua guru terus diberi kekuatan, kesihatan dan keberkatan dalam mendidik anak bangsa menjadi insan rabbani dan pewaris perjuangan Islam.

โ€œ๐‘ฎ๐’–๐’“๐’– ๐‘ฏ๐’‚๐’“๐’‚๐’Œ๐’Š ๐‘ท๐’†๐’Ž๐’‚๐’๐’ˆ๐’Œ๐’Š๐’ ๐‘ฒ๐’†๐’Œ๐’–๐’‚๐’•๐’‚๐’ ๐‘ฑ๐’†๐’Ž๐’‚๐’‚๐’‰โ€

Ikhlas daripada
Jabatan SRITI Negeri Johor ๐Ÿ’š




Photos from SRITI Al-Kauthar Pasir Gudang's post 05/05/2026

๐‰๐€๐–๐€๐“๐€๐ ๐Š๐Ž๐’๐Ž๐๐† ๐Š๐„๐Œ๐€๐’๐”๐Š๐€๐ ๐’๐„๐†๐„๐‘๐€ ๐‰๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” | ๐†๐”๐‘๐” ๐€๐Š๐€๐ƒ๐„๐Œ๐ˆ๐Š | ๐†๐”๐‘๐” ๐ƒ๐ˆ๐๐ˆ๐˜๐€๐‡

SRITI Al-Kauthar membuka peluang kepada individu yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan sebagai Guru. Sehubungan dengan itu, kami mempelawa calon-calon yang mempunyai kelayakan akademik, komitmen tinggi serta minat dalam bidang pendidikan untuk memohon jawatan ini.

Calon yang berminat boleh menghantar resume lengkap beserta salinan sijil berkaitan ke alamat emel atau hubungi pihak kami di talian yang tertera di poster.

"Membina Generasi Rabbani Murabbi."

Photos from SRITI Negeri Johor's post 28/04/2026
Mobile uploads 28/04/2026
Photos from SRITI Al-Kauthar Pasir Gudang's post 24/04/2026

๐’๐„๐Œ๐Ž๐†๐€ ๐’๐‘๐ˆ๐“๐ˆ ๐€๐‹-๐Š๐€๐”๐“๐‡๐€๐‘ ๐Œ๐„๐‘๐€๐ˆ๐‡ ๐Š๐„๐‰๐€๐˜๐€๐€๐

Dengan penuh rasa bangga dan sukacita, pihak sekolah ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan serta doa semoga berjaya kepada seluruh kontinjen sekolah yang akan menyertai Mahrajan Amal Islami (MAIS) SRITI Negeri Johor yang bakal berlangsung pagi ini.

Penyertaan ini merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan, hasil daripada usaha gigih, komitmen tinggi serta semangat juang yang tidak pernah luntur dalam kalangan para peserta dan guru pembimbing. Kejayaan melayakkan diri ke peringkat ini membuktikan dedikasi dan kesungguhan yang telah ditunjukkan sepanjang tempoh latihan dan persediaan.

Kami yakin bahawa kontinjen SRITI Al-Kauthar akan memberikan persembahan terbaik. Semoga segala usaha yang telah dicurahkan akan membuahkan hasil yang cemerlang. Menang atau kalah bukanlah ukuran utama, sebaliknya pengalaman dan ilmu yang diperoleh akan menjadi bekalan berharga untuk masa hadapan.

Akhir kata, kami mendoakan agar kontinjen sekolah sentiasa diberi kesihatan, keselamatan dan kekuatan sepanjang pertandingan berlangsung. Teruskan berjuang dan lakukan yang terbaik demi sekolah tercinta.
Sama-sama kita mendoakan agar anak-anak SRITI Al-Kauthar diberi ketenangan sepanjang acara berlangsung dan meraih kejayaan di Mahrajan Amal Islami (MAIS) peringkat Negeri Johor.

Sekian.

Photos from SRITI Al-Kauthar Pasir Gudang's post 21/04/2026

๐“๐€๐‡๐๐ˆ๐€๐‡ & ๐’๐˜๐€๐๐€๐’

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Muallimah Nurul Zawani Binti Zubaidi atas penganugerahan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang SRITI Negeri Johor Tahun 2026 sempena Sambutan Hari Raya dan Hari Guru di Kota Tinggi.

Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin untuk terus berbakti dengan penuh dedikasi dan cemerlang dalam mendidik anak bangsa. Terima kasih atas komitmen dan sumbangan yang tidak ternilai.

15/04/2026

๐‰๐Ž๐Œ ๐’๐”๐Œ๐๐€๐๐†

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera.

Pihak SRITI Al-Kauthar Pasir Gudang sedang berusaha untuk melengkapkan kemudahan perpustakaan demi manfaat pembelajaran murid-murid.

Sehubungan itu, kami dengan rendah hati mengajak tuan/puan untuk bersama-sama menyumbang dalam menjayakan usaha murni ini. Antara keperluan yang ingin disediakan adalah seperti rak buku, rak majalah, almari, meja Jepun dan kerusi.

Selain itu, sumbangan dalam bentuk buku baru atau terpakai juga amat dialu-alukan seperti buku ilmiah, buku cerita kanak-kanak, majalah Islamik, kamus dan novel.

โ€œIlmu dikongsi, manfaat diberkati.โ€

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun:
Maybank: 5512 4963 2752 (SRITI Al-Kauthar)
Rujukan: Sumbangan Pustaka

Segala sumbangan dan sokongan daripada tuan/puan kami dahului dengan ucapan terima kasih. Semoga setiap kebaikan ini menjadi saham akhirat yang berpanjangan.

Jazakumullahu khairan kathira.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi: Muallim Zuhilmi (0199427500)

UNIT RAIS PUSAT ILMU

Photos from SRITI Al-Kauthar Pasir Gudang's post 15/04/2026

๐‹๐„๐๐’๐€ ๐’๐€๐Œ๐๐”๐“๐€๐ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐‘๐€๐˜๐€ ๐€๐ˆ๐ƒ๐ˆ๐‹๐…๐ˆ๐“๐‘๐ˆ ๐’๐‘๐ˆ๐“๐ˆ ๐€๐‹-๐Š๐€๐”๐“๐‡๐€๐‘ ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ•๐‡

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah dan kurniaNya, dapat sama-sama kita berhimpun dan bersilaturahim menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama pada tahun ini.

Alhamdulillah Sambutan Hari Raya tahun ini julung kalinya diadakan pada waktu malam dengan kehadiran yang sangat memuaskan. Pelbagai juadab disediakan hasil daripada sumbangan para ibu bapa dan guru. Jutaan terima kasih kepada semua penyumbang yang telah menjayakan majlis sambutan ini.

Semoga dengan penganjuran majlis seperti ini dapat mengeratkan lagi hubungan sesama ibu bapa serta warga SRITI Al-Kauthar.

"Membina Generasi Rabbani Murabbi."

14/04/2026

๐’๐„๐‰๐€๐‘๐€๐‡ ๐Œ๐€๐‡๐‘๐€๐‰๐€๐ ๐€๐Œ๐€๐‹ ๐ˆ๐’๐‹๐€๐Œ๐ˆ ๐’๐‘๐ˆ๐“๐ˆ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐‰๐Ž๐‡๐Ž๐‘

Tahukah anda?

SRITI Al Kauthar pernah menjadi tuan rumah pertama dan kedua (di premis lain) bagi penganjuran Mahrajan Amal Islami SRITI Negeri Johor pada tahun 2018 dan 2019.

Dua edisi awal ini bukan sekadar permulaan, bahkan menjadi asas kukuh kepada perkembangan MAIS hingga ke hari ini serta menyatukan murid, guru dan ibu bapa dalam semangat tarbiah, adab dan kecemerlangan.

Dari pentas sederhana, lahir bakat luar biasa. Dari langkah pertama, tercetusnya tradisi yang terus mekar saban tahun.

Kepada guru dan ibu bapa pada ketika itu, masihkah anda ingat detik anak-anak beraksi? Suasana debaran, latihan tanpa jemu, dan kegembiraan di hari pertandingan?

Ayuh, kongsikan kenangan anda di ruangan komenโ€”gambar, cerita atau pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

Mari kita hidupkan kembali nostalgia indah MAIS yang menjadi titik mula perjalanan ini โค๏ธ




Want your school to be the top-listed School/college in Masai?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Website

Address

Masai

Opening Hours

Monday 08:00 - 16:00
Tuesday 08:00 - 16:00
Wednesday 08:00 - 16:00
Thursday 08:00 - 16:00
Friday 08:00 - 12:00