Kampus Bandar Raya Johor Bahru

Kampus Bandar Raya Johor Bahru Kampus Bandar Raya Johor Bahru Terletak di Permas Jaya. Menawarkan kursus Pastri, Fotografi & Barista

📢 KURSUS ASAS BARISTA SIRI 2✨Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ✨Ingin belajar buat kopi seperti barista profesional?Ja...
15/04/2026

📢 KURSUS ASAS BARISTA SIRI 2

✨Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ✨

Ingin belajar buat kopi seperti barista profesional?
Jangan lepaskan peluang ini!

Apa yang anda akan pelajari?
☕️ Pengenalan dunia kopi
☕️ Teknik asas bancuhan kopi
☕️ Cara menggunakan mesin espresso
☕️ Tips menjadi barista

Sesuai untuk:
Usahawan kafe, barista, belia dan individu yang ingin menceburi bidang pengurusan kafe dan barista.

🗓 Tarikh: 18 April 2026 (Sabtu)
⏰ Masa: 10.00 pagi – 1.00 petang
📍Kampus Bandar Raya Johor Bahru
🎯 Terbuka kepada belia berumur 15 – 40 tahun
❗️Pendaftaran terhad untuk 20 PESERTA sahaja

💰Yuran PERCUMA
📜 E-Sijil penyertaan disediakan.
🔗 Pendaftaran boleh dibuat dengan scan QR google form pada poster diatas.

📞 Sebarang pertanyaan:
Pn Nurul Munirah
011 2822 8648

📸 JOM SERTAI KURSUS FOTOGRAFI ICC JB📸DENGAN KERJASAMA JOHAN PHOTO CAMTRONICS SDN BHD DAN CANON MALAYSIANak belajar ambil...
15/04/2026

📸 JOM SERTAI KURSUS FOTOGRAFI ICC JB📸
DENGAN KERJASAMA JOHAN PHOTO CAMTRONICS SDN BHD DAN CANON MALAYSIA

Nak belajar ambil gambar macam pro? Ini peluang korang!

🎯 Kursus Canon Photography – Basic Workshop Vol.1
Sesuai untuk beginner yang nak mula dari basic sampai faham teknik sebenar!

📅 Tarikh: 19 April 2026
⏰ Masa: 10.00 pagi – 1.00 tengah hari
📍 Tempat: De Art Space, Johor Bahru
🔥 KURSUS PERCUMA!
Terhad untuk belia umur 15 – 40 tahun sahaja

📷 Belajar terus dengan tenaga pengajar berpengalaman

✨ Ilmu praktikal & tips real photography

🤝 Peluang tambah skill & network
Tempat terhad, siapa cepat dia dapat!

Scan QR code sekarang & secure tempat korang 🔥
Kalau minat fotografi atau nak upgrade skill, jangan lepaskan peluang ni!

KUNJUNGAN HORMAT PENGURUSAN IKBN BANDAR PENAWAR KE PERBADANAN USAHAWAN JOHOR SDN. BHD.ISKANDAR PUTERI, 10 April 2026– Pe...
10/04/2026

KUNJUNGAN HORMAT PENGURUSAN IKBN BANDAR PENAWAR KE PERBADANAN USAHAWAN JOHOR SDN. BHD.

ISKANDAR PUTERI, 10 April 2026– Pengurusan Institut Kemahiran Belia Negara Bandar Penawar telah mengadakan satu kunjungan hormat ke Perbadanan Usahawan Johor Sdn. Bhd. (PUJB) hari ini bagi membincangkan peluang kerjasama strategik antara kedua-dua pihak.

Kunjungan ini bertujuan meneroka kolaborasi dalam pelaksanaan program pembangunan kemahiran, pembiayaan, pameran serta kerjasama industri yang berkaitan. Selain itu, perbincangan turut memberi tumpuan kepada integrasi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dengan elemen keusahawanan dalam usaha melahirkan usahawan berkemahiran tinggi.

Delegasi ini diketuai oleh Pengarah Institut Kemahiran Belia Negara Bandar Penawar, Cik Fadhilah Binti Ahmad, yang menyatakan harapan agar kerjasama ini dapat membuka lebih banyak peluang kepada pelajar dan industri setempat.

Antara potensi Kerjasama IKBN Bandar Penawar dan PUJB merangkumi :-
a) Program Inkubator Usahawan

Memberi pendedahan kepada pelajar IKBN mengenai geran atau sokongan perniagaan yang disediakan oleh PUJB.

b) Latihan Kemahiran & Pensijilan:

Menyelaraskan kursus pendek (seperti bidang hospitaliti ) dengan keperluan pasaran usahawan di Johor.

c) Promosi TVET:

Mengintegrasikan program latihan inklusif dengan inisiatif pembangunan usahawan negeri.

Kampus Bandar Raya Johor Bahru (ICC JB) ialah cawangan satelit yang dikendalikan oleh IKBN Bandar Penawar yang memfokuskan kepada latihan kemahiran massa dan kursus pendek merangkumi pelbagai bidang kemahiran popular iaitu:-
-Hospitaliti & Kulinari:
Kursus Barista, Pengurusan Kafe, Pembuatan Pastri, Kek, dan Roti.
-Kreatif:
Fotografi dan Suntingan Kreatif.
-Teknikal & Pematuhan:
Kursus Halal dan Amalan Kebersihan Baik (GHP).

Kunjungan ini dilihat sebagai langkah proaktif dalam memperkukuh jaringan strategik antara institusi latihan dan agensi pembangunan usahawan di negeri Johor.

Pilihan Utama Kerjaya
Profesional Terunggul

SONY VIDEOGRAPHY WORKSHOPKAMPUS BANDAR RAYA JOHOR BAHRU DENGAN KERJASAMA JOHAN PHOTO CAMTRONICS SDN BHD DAN SONY MALAYSI...
10/04/2026

SONY VIDEOGRAPHY WORKSHOP
KAMPUS BANDAR RAYA JOHOR BAHRU DENGAN KERJASAMA JOHAN PHOTO CAMTRONICS SDN BHD DAN SONY MALAYSIA

JOHOR BAHRU – 10 April 2026 - Kursus videografi anjuran bersama Kampus Bandar Raya Johor Bahru, Johan Photo Camtronics Sdn. Bhd. dan SONY Malaysia telah berjaya dilaksanakan di Foon Yew High School, Stulang Laut, Johor Bahru hari ini.

Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar mengenai teknik asas dan lanjutan dalam videografi, termasuk penggunaan kamera profesional, komposisi visual serta suntingan video. Seramai 76 orang peserta turut berpeluang mempelajari secara langsung penggunaan peralatan terkini daripada SONY Malaysia.

Kursus ini juga menjadi platform kolaborasi antara institusi pendidikan dan industri dalam memperkasa kemahiran kreatif serta meningkatkan kebolehpasaran pelajar dalam bidang media digital.

Program seumpama ini akan diteruskan pada masa hadapan bagi melahirkan lebih ramai bakat muda yang berkemahiran dalam bidang videografi dan kandungan digital.




📢 HEBAHAN KURSUS PENDEK DI KAMPUS BANDAR RAYA JOHOR BAHRU (ICC) BAGI BULAN APRIL 2026 📢Kampus Bandar Raya Johor Bahru (I...
05/04/2026

📢 HEBAHAN KURSUS PENDEK DI KAMPUS BANDAR RAYA JOHOR BAHRU (ICC) BAGI BULAN APRIL 2026 📢

Kampus Bandar Raya Johor Bahru (ICC) akan menganjurkan pelbagai Kursus Pendek sepanjang bulan April 2026 merangkumi bidang Barista, Pengurusan Kafe, Halal, GHP, Pastri, Kek, Roti serta Fotografi & Suntingan Kreatif.

📅 Tarikh kursus: Sepanjang April 2026
📍 Mod pelaksanaan: Fizikal & Online
🎯 Tempat adalah terhad!

Jom rebut peluang untuk menambah ilmu, kemahiran dan meningkatkan potensi diri bersama ICC JB.
📌 Rujuk poster untuk senarai penuh kursus dan tarikh.
📲 Berminat? Sila hubungi pihak urus setia / daftar segera.

https://t.me/ILKBScitycampus

Terima kasih.




"Tulus ikhlas daripada warga kerja Kampus Bandar Raya Johor Bahru, kami mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Di kes...
21/03/2026

"Tulus ikhlas daripada warga kerja Kampus Bandar Raya Johor Bahru, kami mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Di kesempatan ini, kami memohon maaf zahir dan batin atas segala kekurangan sepanjang layanan dan perkhidmatan kami. Semoga hari raya ini dipenuhi dengan kemaafan dan kemesraan."

📸  KURSUS BASIC STUDIO LIGHTING : POTRAIT RAYA🗓 Tarikh: 15 Februari 2026 (Ahad)⏰ Masa: 9.00 Pagi – 5.00 Petang📍 Tempat: ...
13/02/2026

📸 KURSUS BASIC STUDIO LIGHTING : POTRAIT RAYA

🗓 Tarikh: 15 Februari 2026 (Ahad)
⏰ Masa: 9.00 Pagi – 5.00 Petang
📍 Tempat: Kampus Bandar Raya Johor Bahru (ICCJB)
👩‍🏫 Cik Izzah Insyirah
📞 WhatsApp: 011-3557 7617

🎯 Terbuka kepada belia berumur 15 – 40 tahun
📜 E-sijil penyertaan disediakan
🚫 Makan & minum tidak disediakan
📌 Pendaftaran melalui Google Form
https://forms.gle/Yt5VwGhEpJ8XTgiX6

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi melalui WhatsApp menggunakan kod QR di poster.

✨ Jom abadikan momen Raya dengan potret yang lebih eksklusif dan profesional!

📸 KURSUS ASAS FOKUS DAN FOTO🗓 Tarikh: 11 Februari (Rabu)⏰ Masa: 10.00 pagi – 12.00 tengah hari📍 Tempat: Dalam talian (Go...
10/02/2026

📸 KURSUS ASAS FOKUS DAN FOTO
🗓 Tarikh: 11 Februari (Rabu)
⏰ Masa: 10.00 pagi – 12.00 tengah hari
📍 Tempat: Dalam talian (Google Meet)
👩‍🏫 Penceramah: Cik Izzah Insyirah
📞 WhatsApp: 011-3557 7617

🎯 Terbuka kepada belia berumur 15 – 40 tahun
📜 E-sijil penyertaan disediakan
🚫 Makan & minum tidak disediakan
📌 Pendaftaran boleh dibuat melalui Google Form
Untuk maklumat lanjut, sertai kumpulan WhatsApp atau Telegram melalui kod QR di poster.

✨ Jangan lepaskan peluang untuk belajar asas fotografi yang betul dan lebih yakin ambil gambar!

MAJLIS TAMAT LATIHAN DAN PENYAMPAIAN SIJIL PROGRAM PENGURUSAN KAFE (BARISTA) KAMPUS BANDAR RAYA JOHOR BAHRU DENGAN KERJA...
01/02/2026

MAJLIS TAMAT LATIHAN DAN PENYAMPAIAN SIJIL PROGRAM PENGURUSAN KAFE (BARISTA) KAMPUS BANDAR RAYA JOHOR BAHRU DENGAN KERJASAMA INDUSTRI TEMAN JIWA COFFEE

Permas Jaya, 31 Januari 2026 - Kampus Bandar Raya Johor Bahru telah menganjurkan Majlis Tamat Latihan dan Penyampaian Sijil Program Pengurusan Kafe (Barista) dengan kerjasama strategik rakan industri Teman Jiwa Coffee. Majlis ini diadakan bagi meraikan kejayaan para peserta yang telah menamatkan latihan serta memperakui kompetensi mereka dalam bidang pengurusan kafe dan kemahiran barista.

Majlis ini dirasmikan oleh Ybrs. Encik Mohaizad bin Mohamad Daud, Timbalan Pengarah IKBN Bandar Penawar dan turut hadir Encik Mohd Fairul Rizal bin Abdul Hamid, Pengasas Teman Jiwa Coffee serta Puan Najwah Halimah Ab Alim, Pengarah Urusan Teman Jiwa Coffee. Program selama tiga (3) bulan ini merangkumi latihan teori dan praktikal meliputi penyediaan minuman kopi, pengendalian peralatan, standard kebersihan dan keselamatan makanan, serta asas pengurusan kafe. Kerjasama industri bersama Teman Jiwa Coffee telah memberi pendedahan sebenar kepada amalan kerja profesional dan keperluan industri semasa.

Majlis penyampaian sijil ini diharap dapat menjadi pemangkin kepada para graduan untuk menceburi industri makanan dan minuman (F&B), khususnya sebagai barista profesional atau usahawan kafe, selaras dengan keperluan pasaran kerja masa kini.

Pengambilan pelatih bagi bulan februari 2026 kini dibuka. Terhad kepada 10 orang sahaja. Daftar pada link dibawah.

https://forms.gle/2QRCPNci3yxHxWQc6








LAWATAN TAPAK DAN PERBINCANGAN KERJASAMA JOHAN PHOTO CAMTRONICS SDN. BHD. DAN KAMPUS BANDAR RAYA JOHOR BAHRU DALAM BIDAN...
27/01/2026

LAWATAN TAPAK DAN PERBINCANGAN KERJASAMA JOHAN PHOTO CAMTRONICS SDN. BHD. DAN KAMPUS BANDAR RAYA JOHOR BAHRU DALAM BIDANG KEMAHIRAN TVET FOTOGRAFI, VIDEOGRAFI DAN DRONE

Permas Jaya, 27 Januari 2026 – Satu lawatan tapak dan sesi perbincangan kerjasama telah diadakan antara Johan Photo Camtronics Sdn Bhd dan Kampus Bandar Raya Johor Bahru bagi meneroka potensi kolaborasi strategik dalam bidang kemahiran TVET Fotografi, Videografi dan pengendalian Drone.

Lawatan ini bertujuan memperkukuh hubungan industri–institusi pendidikan serta membuka peluang kerjasama melibatkan latihan kemahiran, pendedahan teknologi terkini dan perkongsian kepakaran profesional. Perbincangan turut menumpukan kepada keperluan semasa industri kreatif dan teknologi drone selaras dengan keperluan pasaran kerja.

Kedua-dua pihak menyatakan komitmen untuk bekerjasama dalam melahirkan tenaga kerja TVET yang berkemahiran tinggi, berdaya saing dan relevan dengan kehendak industri, sekali gus menyokong agenda pembangunan kemahiran belia dan industri kreatif negara.

Boleh follow page FB Kampus Bandar Raya Johor Bahru Kampus Bandar Raya Johor Bahru dan channel Telegram kami




Peluang Kerjaya di Kampus Bandar Raya Johor Bahru, Bandar Baru Permas Jaya, Johor yang merupakan Kampus Satelit IKBN Ban...
02/01/2026

Peluang Kerjaya di Kampus Bandar Raya Johor Bahru, Bandar Baru Permas Jaya, Johor yang merupakan Kampus Satelit IKBN Bandar Penawar

Jawatan kosong yang ditawarkan :

1. Mystep Fotografi Gred E9 - 1 orang
2. Mystep Pengurusan Kafe (Barista) Gred E5 - 1 orang

Tarikh Tutup Permohonan :
9 Januari 2026 (Jumaat)

*Mohon rujuk poster yang disediakan untuk syarat- syarat permohonan.




PENGAMBILAN PELATIH BAGI PROGRAM PENGURUSAN KAFE (BARISTA) DI KAMPUS BANDAR RAYA JOHOR BAHRUKampus Bandar Raya Johor Bah...
07/12/2025

PENGAMBILAN PELATIH BAGI PROGRAM PENGURUSAN KAFE (BARISTA) DI KAMPUS BANDAR RAYA JOHOR BAHRU

Kampus Bandar Raya Johor Bahru dan Teman Jiwa Coffee Enterprise menawarkan peluang kepada belia-belia Johor untuk menjadi barista dan penyelia restoran dalam tempoh 3 bulan sahaja. Program ini berkonsepkan "learn & earn" dan tajaan sepenuh oleh pihak industri.

MAKLUMAT PROGRAM :
• Program ini adalah tajaan penuh
• Pelatih akan menerima elaun
• Boleh membaca, menulis dan mengira
• Pelatih tidak disediakan penginapan
• Pelatih akan belajar mengikut syif yang ditetapkan
oleh pihak industri
• Pelatih akan di ajar oleh pengajar
profesional

SYARAT KEMASUKAN:
• Berumur 18 hingga 30 tahun
• Warganegara Malaysia
• Boleh membaca, menulis dan mengira

HUBUNGI PEGAWAI KAMI :
011-37766701
En. Muhammad Khairul

Link pendaftaran bagi sesi kemasukan bulan Disember 2025 :-

https://forms.gle/Mhj8eoEHWjctjNkj8






Address

No 11-02, Permas Sentral, Blok 1, Jalan Permas 10/3D
Masai
81750

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kampus Bandar Raya Johor Bahru posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Kampus Bandar Raya Johor Bahru:

Shortcuts

Share

Category