SMK Marudi

Call

SMK Marudi Maju Terus Maju, Menghebat Kecemerlangan

Sesi Kunjung Bantu Pengurusan dan Pelaksanaan Standard Kualiti@Sekolah atau SK@S pada 10 September yang lalu.
24/09/2026

Sesi Kunjung Bantu Pengurusan dan Pelaksanaan Standard Kualiti@Sekolah atau SK@S pada 10 September yang lalu.

Pembentangan Program Perantisan calon NPQEL oleh Cikgu Elaine Rani Chiam. Pihak sekolah merakamkan ucapan tahniah dan me...
24/09/2026

Pembentangan Program Perantisan calon NPQEL oleh Cikgu Elaine Rani Chiam. Pihak sekolah merakamkan ucapan tahniah dan mendoakan semoga cikgu terus mencapai kecemerlangan.

KUNJUNGAN BIMBINGAN PROGRAM SEEP, STEM, MAKMAL + DTP CARE PBS Tarikh: 23 SEPTEMBER 2026
24/09/2026

KUNJUNGAN BIMBINGAN PROGRAM SEEP, STEM, MAKMAL + DTP CARE PBS
Tarikh: 23 SEPTEMBER 2026

TAHNIAH DAN SYABAS!Tahniah diucapkan kepada lima pemain bola keranjang kita yang telah membawa nama Miri ke pentas perin...
22/09/2026

TAHNIAH DAN SYABAS!
Tahniah diucapkan kepada lima pemain bola keranjang kita yang telah membawa nama Miri ke pentas peringkat negeri iaitu 12th Sarawak Boys & Girls 15 & Under Inter-Division Junior Basketball Championship 2026 yang berlangsung pada 15 hingga 20 September 2026 di Gelanggang Bola Keranjang, Sungai Antu, Sibu.

πŸ€ Hazel Goh Xin Hui
πŸ€ Elizabeth Tuna
πŸ€ Hong Chen Chin
πŸ€ Valerie Alden
πŸ€ Liwi Asong

Dengan semangat juang, kerjasama dan usaha yang tidak berputus asa, pasukan Miri berjaya membawa pulang Tempat Ketiga πŸ₯‰ dalam kejohanan tersebut.

⭐ Tahniah khas kepada Elizabeth Tuna yang berjaya muncul sebagai Top Scorer dalam kejohanan ini. Pencapaian yang membanggakan ini merupakan hasil daripada usaha, disiplin dan kerja keras yang ditunjukkan sepanjang pertandingan.

Lebih membanggakan, Hazel Goh Xin Hui, Elizabeth Tuna dan Liwi Asong turut terpilih untuk menyertai pemilihan awal pemain bagi mewakili Sarawak. 🌟

Satu pencapaian yang cukup membanggakan. Semoga kejayaan ini menjadi satu lagi langkah untuk mereka menjadi pemain yang lebih baik dalam dunia bola keranjang. πŸ’ͺπŸ€

Bangga dengan pencapaian kamu semuaπŸ‘
MaGGS Basketball β€” Keep fighting, keep growing.

Latihan ketika berlakunya kebakaran bersama Jabatan BOMBA dan Penyelamat Marudi pada pagi ini berjalan dengan lancar. Mu...
17/09/2026

Latihan ketika berlakunya kebakaran bersama Jabatan BOMBA dan Penyelamat Marudi pada pagi ini berjalan dengan lancar. Murid telah mempelajari tips keselamatan, teknik memadam api dan pengenalan kepada peralatan yang digunakan oleh pihak BOMBA dalam menangani kebakaran yang berlaku. Selain itu, jalinan antara agensi dapat diperkukuhkan dalam usaha memastikan kawasan sekolah kekal selamat dan mengurangkan risiko kemalangan jika berlakunya kebakaran. Jutaan terima kasih kepada Jabatan BOMBA dan Penyelamat Marudi di atas perkongsian ini.

16/09/2026

Bicara berirama bersempena sambutan Hari Malaysia peringkat sekolah oleh pelajar Tingkatan 6. Terima kasih di atas usaha guru pembimbing serta pelajar yang terlibat menyediakan persembahan ini.

Selamat bersara diucapkan kepada encik Denis Emang atau lebih mesra dengan panggilan uncle Den. Beliau telah banyak berj...
11/09/2026

Selamat bersara diucapkan kepada encik Denis Emang atau lebih mesra dengan panggilan uncle Den. Beliau telah banyak berjasa kepada sekolah terutama dalam pengurusan asrama. Sangat komited dalam melaksanakan amanah yang diberikan dan ketiadaan beliau pasti dirasai oleh pihak sekolah. Beliau tidak lokek dengan senyuman manisnya yang pasti dirindui warga sekolah nanti. Selamat menempuhi fasa baharu dalam kehidupan uncle Den. Semoga sentiasa ceria dan sihat selalu.

Selamat menjalankan praktikal kepada cikgu Felicia Cordelia Felix. Semoga beroleh input dan pengalaman yang bermakna sep...
11/09/2026

Selamat menjalankan praktikal kepada cikgu Felicia Cordelia Felix. Semoga beroleh input dan pengalaman yang bermakna sepanjang tempoh praktikal nanti.

Pihak sekolah ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada tiga orang guru pelatih dari UPSI yang telah selesai menjalank...
30/08/2026

Pihak sekolah ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada tiga orang guru pelatih dari UPSI yang telah selesai menjalankan Program Perantis Guru baru-baru ini. Semoga pengalaman dan input yang diperoleh dapat dimanfaatkan serta digunakan apabila menjadi guru kelak.

Address

SMK Marudi
Marudi
98050

Telephone

+6085755435

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SMK Marudi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category