SK Sungai Selepin - Ybb4336

SK Sungai Selepin - Ybb4336 Since 1961 | SKM(C) di kawasan luar bandar Miri dengan enrolmen murid sebanyak 59 orang

Selamat bercuti kepada semua warga Selepinians πŸŽ‰
23/05/2026

Selamat bercuti kepada semua warga Selepinians πŸŽ‰


PERTANDINGAN WATER ROCKET CHALLENGE PERINGKAT DAERAH MIRI 2026 πŸš€Pada 4 hingga 5 Mei 2026 yang lepas, adik Deastern Ngeru...
07/05/2026

PERTANDINGAN WATER ROCKET CHALLENGE PERINGKAT DAERAH MIRI 2026 πŸš€

Pada 4 hingga 5 Mei 2026 yang lepas, adik Deastern Ngerung dan Gibson Immanoel telah menyertai Pertandingan Water Rocket Challenge yang berlangsung di SK Riam Batu 2. Mereka telah meraih kedudukan ke-9 daripada 30 buah sekolah yang menyertai. Sesuatu pencapaian yang amat membanggakan ! πŸ‘πŸ»

Setinggi-tinggi penghargaan juga diucapkan kepada Cikgu Rozie kerana telah membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada murid sepanjang tempoh pertandingan dijalankan. Semoga lebih beroleh kejayaan di masa akan datang. Tahniah kepada guru pembimbing dan murid yang menyertai !

Selamat Hari Pekerja dan selamat bercuti kepada semua warga sekolah πŸ‘©πŸ»β€πŸ«πŸ‘¨β€πŸ«πŸš§
30/04/2026

Selamat Hari Pekerja dan selamat bercuti kepada semua warga sekolah πŸ‘©πŸ»β€πŸ«πŸ‘¨β€πŸ«πŸš§

PERTANDINGAN BINTANG IRAMA MALAYSIA DUO SEKOLAH RENDAH PERINGKAT DAERAH MIRI 2026 🎀🎢Tahniah diucapkan kepada adik Bhivie...
30/04/2026

PERTANDINGAN BINTANG IRAMA MALAYSIA DUO SEKOLAH RENDAH PERINGKAT DAERAH MIRI 2026 🎀🎢

Tahniah diucapkan kepada adik Bhivielynhie Kayla Kareng dan Davier Lucas atas penyertaan dalam Pertandingan Bintang Irama Malaysia Duo (SR) Peringkat Daerah Miri 2026 yang diadakan pada 28 April 2026 tempoh hari. Sekalung penghargaan juga kepada Cikgu Noriani atas bimbingan dan tunjuk ajar kepada murid yang bertanding. πŸ‘πŸ»

Semoga pengalaman yang ditimba pada tahun ini akan memberi lebih dorongan kepada murid untuk kekal aktif menyertai apa jua pertandingan pada masa akan datang.

JOM BACA BERSAMA 10 MINIT πŸ“–β°οΈTelah berlangsungnya program Jom Baca Bersama 10 minit hari ini. Semua warga sekolah meluan...
23/04/2026

JOM BACA BERSAMA 10 MINIT πŸ“–β°οΈ

Telah berlangsungnya program Jom Baca Bersama 10 minit hari ini. Semua warga sekolah meluangkan masa selama 10 minit untuk membaca dan menambahkan sedikit ilmu pengetahuan.

PERTANDINGAN SENI VISUAL SEKOLAH RENDAH PERINGKAT DAERAH MIRI TAHUN 2026 πŸŽ¨πŸ‘¨β€πŸŽ¨πŸ‘©β€πŸŽ¨APRESIASI SENI VISUAL (ASeV) πŸ–ΌTahniah da...
05/04/2026

PERTANDINGAN SENI VISUAL SEKOLAH RENDAH PERINGKAT DAERAH MIRI TAHUN 2026 πŸŽ¨πŸ‘¨β€πŸŽ¨πŸ‘©β€πŸŽ¨
APRESIASI SENI VISUAL (ASeV) πŸ–Ό

Tahniah dan syabas kepada 3 orang murid iaitu adik Eunice Mildred Banun, adik Elvenia Sunti dan adik Joeliser Alwi yang telah mendapat tempat Ke-4 dalam Pertandingan Seni Visual Sekolah Rendah Peringkat Daerah Miri Tahun 2026. Seni yang dihasilkan adalah Cetakan Lino bertema Tahun Melawat Malaysia 2026.

Jutaan penghargaan juga kepada guru pembimbing Puan Noriani Matius Ivong atas tunjuk ajar dan komitmen yang telah dicurahkan kepada murid sepanjang penghasilan karya ini bermula 3 Mac 2026 sehingga 2 April 2026. Semoga lebih banyak kejayaan dan pencapaian diperoleh pada masa akan datang.

BARISAN STAF DAN AKP SK SG. SELEPIN SESI PERSEKOLAHAN 2026 🏫Memperkenalkan barisan pentadbir, guru-guru panitia dan AKP ...
03/04/2026

BARISAN STAF DAN AKP SK SG. SELEPIN SESI PERSEKOLAHAN 2026 🏫

Memperkenalkan barisan pentadbir, guru-guru panitia dan AKP SK Sg. Selepin bagi sesi persekolahan Tahun 2026.

14/02/2026
KEJOHANAN MERENTAS DESA SEKOLAH RENDAH MSSB MIRI 2026 πŸƒβ€β™€οΈπŸƒβ€β™‚οΈHari : SabtuTarikh : 7 Februari 2026Tempat : Trek Pantai T...
07/02/2026

KEJOHANAN MERENTAS DESA SEKOLAH RENDAH MSSB MIRI 2026 πŸƒβ€β™€οΈπŸƒβ€β™‚οΈ

Hari : Sabtu
Tarikh : 7 Februari 2026
Tempat : Trek Pantai T***n, Bekenu

Tahniah dan syabas kepada murid yang menyertai kerana berjaya menghabiskan larian sehingga ke garisan penamat. Semoga pengalaman yang diperoleh hari ini menjadi satu titik permulaan yang amat berguna untuk lebih berusaha pada masa akan datang. Kami bangga dengan anda ! πŸ‘πŸ»

Address

SK SG SELEPIN
Marudi
98050

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Sungai Selepin - Ybb4336 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SK Sungai Selepin - Ybb4336:

Shortcuts

Share

Category